Monday, May 21, 2012

Satu Hari Di Hari Guru : Hantu Cermin dan Hantu Buli

Assalamulaikum

Horeeeee, hari nie Te-Yan dah dapat semua fail sketsa hari guru yang lepas. Hooooo tak sabar sungguh cikgu-cikgu kat sekolah Te-Yan tu nak tengok lakonan mereka yang mantap-mantap belaka tu. Kalah pelakon-pelakon paling popular tau. Ahakss...

Entri kali ni nak cerita pasal hantu seterusnya. Banyak hantu kat sekolah Te-Yan nie. Tapi hantu kali ni memang lain macam sikit. Nak jumpa hantu ni senang je. Waktu pagi, waktu rehat, waktu pertukaran kelas, waktu balik. Haaa muncul lah hantu nie. Tempat yang hantu nie suka sangat nak menempek kat depan cermin.

Sikit-sikit nak lalu depan cermin. Dah lalu depan cermin tu siap nak betul-betul kan tudung lah. Baju lah. Kalau masuk bilik guru lagi laaaa....bilik guru kan ke banyak cermin. Cermin kecik ada, cermin besar ada. Cermin panjang ada..apa mau...semua ada. Jadi hantu ni memang cari peluang nak jengol muka kat cermin kalau masuk bilik guru tu. Kami semua panggil hantu ni Hantu Cermin....

Hantu Cermin ni pun boleh transfom jugak. Bila dah kena sound dengan cikgu-cikgu, cuba lah balas dendam kat budak-budak lain. Maka jadilah mereka Hantu Buli. Kesian adik form 1 tu kena buli ngan depa. Sampai menangis. Tapi jangan tak tau. Ada jugak hantu buli yang baik hati. Jenggg....jennng...jenggggg..maka datanglah hantu buli kategori Baik Hati yang membantu adik-adik yang kena buli..hehehhe maka jadilah Hantu Buli membuli Hantu Buli juga...


video

Pengajaran dari sketsa ini:

Tak perlu lah nak melawa-lawa pi sekolah. Korang tu kategori budak sekolah lagi. Dah masuk bilik guru mesti tahu adab jumpa guru macam mana. Bukan bila cikgu tegur korang buat muka poyo. Tak berkat ilmu tu wahai cik kak dan cik abang.

Yang suka nak membuli-buli ni...hentikanlah perbuatan yang amat tidak berfaedah tu. Kaki tangan korang juga yang sakit suka sangat nak mendebik-debik orang kan. Korang bukan hebat sangat pun nak membuli-buli nie. Penuhkan ilmu di dalam dada tu dulu.  Baik duduk diam dalam kelas lagi lah bagus.

Ada banyak lagi entri pasal hantu ni...tungguuuuu...!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...