Assalamualaikum w.r.t
Hari Te-Yan nak sambung lagi kisah sambutan Hari Guru kat sekolah. Kiranya minggu ni nak story pasal insiden-insiden menarik masa majlis tu. Kali ni kisah kad ucapan pelajar-pelajar. Fuiyyoooooo sepanjang berarak semalam, kami telah melalui barisan kad-kad ucapan yang sangat kreatif dihasilkan oleh kelas-kelas dari Tingkatan 1 sampailah Pra-Universiti. Tapi bila tengok kad-kad tu semua ada kaitan dengan dadah. Rupanya sekarang nie apa sahaja program mesti kena related dengan e-PPDA. Patutlahhhh..siap ada gambar tengkorak lagi..haishhhh...seram...
Haiiii, pelajar-pelajar ni kalau bab-bab yang kreatif macam ni sanggup bersengkang mata tak tidur malam nak buat. Terfikir jugalah Te-Yan, bila masa lah mereka stayback buat kad-kad tu. Dah lah mingggu exam. Tapi penghasilannya memang lah sangat kreatif. Te-Yan rasa hanya insan bergelar guru sahaja yang akan dapat kad besar gedabak macam tu. Korang pernah dapat..? Mana pernah kan. Hehehhe..kalau nak dapat kad macam tu kenalah jadi cikgu. Kompom korang akan dapat punya.
Jom tengok hasil kreativiti pelajar sekolah Te-Yan nie.
|
Pemegang kadnye pun comel-comel belaka |
|
Ni kad kelas 1 Bakti, tapi apasal Pra-U yang pegang...loooo...oo lupa ni kan barisan pengawas..heheheh |
|
3 Abu Bakar bersama kad mereka. Yg sebelah tu tumpang inteprem. |
|
Ini kelas mana pulak.....tak nampak looooo |
|
Ni kad kelas 4STT...Mana ciri-ciri ICT dan Lukisan Kejuruteraannya..???? Sepatutnya korang kena buat yang virtual reality neh..hehehehe |
|
Huihh kad ini mesti 3 Budi punya. Yoooo merangkum sekali Hari Ibu. |
|
Ni kelas mana pulak..??? Orange nyeeee |
|
Huih senyum memanjang pemegang kad-kad nie... |
|
Cantiknya...kagumnya.... |
|
Yang ini sangat kreatif....cemana korang buat eaaaa..???? |
|
Macam-macam idea yang jadinya... |
|
Yang ini siap sembut cat...seram ada gambar tengkorak.... |
|
Kad dari Pendidikan Khas..hebat tau anak-anak istimewa ni..menari boleh..menyanyi boleh... seni lukis boleh.... |
|
Kad 5ICT..hehehe tak buat visual punye ker..? Banner tu Te-Yan yang design..hahahah |
Haaaaa amacam...betul tak.??? Kreatif kan.. Mau seminggu mereka tak tidur lena nak cipta kad seumpama ini. Terharu sungguh semua guru.
Te-Yan mewakili rakan-rakan guru mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar SMK BBST di atas kesungguhan dan komitmen anda semua dalam menjayakan Sambutan Hari Guru di sekolah kita.
No comments:
Post a Comment