Tuesday, May 22, 2012

Satu Hari Di Hari Guru : Hantu Jiwang Cintan

Assalamualaikum w.r.t

Ahaaaa entri kali ni Te-Yan nak sambung lagi sketsa hari guru tu. Al-maklumlah sketsa tu panjang bebenor adegannya. Tak leh nak upload sekali gus. Fail ya amat gabak besar. Terpaksalah menggunakan khidmat cikgu sorang neh untuk cut sketsa tu scene by scene. 

Jadi kisah kali nie tentang hantu yang sangat popular kat sekolah. Kat mana-mana sekolah pun, hantu yang ini mesti ada punya. Rasanya bila dah di alam remaja ni, hantu macam ni memang ramai kat sekolah. Kadang-kala waktu tadika pun ada juga hantu ni. 

Kalau kat sekolah ni, tempat yang hantu tu suka duduk semestinya kat belakang koperasi, belakang bangunan sekolah, tepi-tepi koridor sekolah, parking basikal. Ada jugak tempat-tempat tersembunyi yang hantu ni suka sangat buat perjumpaan. Tapi malaslah nak sebut kat sini. Nanti hantu-hantu tu terasa. Hahahah terasa lah konon kan. Takde maknanya. 

Hantu ni memang pandai dalam bab-bab berkomunikasi. Ishhhh kalau lah sapa yang termakan dengan ayat hantu tu, comfirm tak tido lena. Bak kata pepatah lama, Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah alkisah kerana terbayang-bayang kan hantu itu. 

Hantu nie juga memang amat mahir dalam menggunakan alat-alat komunikasi. Zaman serba canggih lah katakan. Hantu pun nak jugak ikut trend. Henpon setakat texting je tak main lah. Henpon canggih tau. Bukannya apa,  boleh jugak hantu-hantu tu merakamkan segala aktiviti perjumpaan mereka itu. Bluetooth sana.Bluetooth sini.Bukan setakat henpon canggih, skyping pun dah sinonim dengan mereka. 

Hantu-hantu ni partner nya ikut suka depa. Ada yang dalam tempat yang sama (sama kelas lah tu), tak kurang juga yang berlainan tempat. Selalu jugak lah diperhatikan, hantu-hantu kategori ni tak segan silu menayangkan pasangan masing-masing. Tambahan pula sekarang nie dah ada Muka Buku..Hmmmm lagilah sakan. Tengok je lah status hantu-hantu tu. Hari ni "Relationship is Complited", esok "Single", lusa "Enganged" , tulat "Married". Entah bila masa hantu-hantu kawin tak tau lah pulak kan. Nak kata dah besar, umur pun masih kategori "Di bawah umur". Sesuka hati main status macam tu kan. 

Rasa-rasanya lah kan, bila korang dah baca celoteh panjang berjela kat atas tu, mesti korang dapat agak kan, hantu apa nie. Ha inilah Hantu Jiwang Cintan. Sketsa kali ni memang lah lawak sungguh. Amboi dah lah couple satu kelas. Siap bagi "hint" lagi masing-masing, sebab nanti ada agenda tersendiri. Apa agenda nya ye..korang tengoklah sendiri. Kira ini kategori hantu zaman dulu lah kot sebab masih menggunakan teknik lama dalam passing surat menyurat..


Pengajaran:

Nak bercinta berpada-pada. Anda semua masih muda wahai pelajar sekalian. Pastikan ada matlamat hidup. Zaman sekarang sungguh mencabar. Kukuhkan dalam diri dengan ilmu agama. Dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa dihindarkan dari cabaran dan godaan yang menggugat keimanan kita di dunia ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...