Friday, May 18, 2012

Satu Hari Di Hari Guru : Hantu Datang Lewat dan Hantu Nasi Lemak

Assalamualaikum w.r.t

Yessss akhirnya dapat jugak lah Te-Yan mengupload video yang menjadi sebutan ramai di sekolah. Asyik dok tanya bila lagi nak upload..bila lagi....hissssh korang hengat senang ke nak edit-edit video tu..dah le masa panjang bebenor. Nak kena cut video tu jadi scene by scene..fuhhhhh..tenkiu pada Tece Jijah sebab sempat merakam aksi cikgu-cikgu masa lakonan tu..heheheh tahun nie pecah rekod Hari Guru sebab cikgu-cikgu dengan semangat lakonan yang tinggi tidak malu-malu untuk menjadi aktres terhebat pada hari tu. Sebelum nie asyik student je yang buat persembahan. Sampai boring jugaklah. Sesekali cikgu-cikgu tunjukkan bakat yang terpendam apa salahnya. Memang gamat suasana hari tu. Te-Yan cuba nak masukkan dalam blog sekolah....tapi alangkah sedihnya bila blog tu tak sediakan tapak untuk upload Video..kalau nak kena bayar...cesssssss....sudahnya Te-Yan try upload kat blog personal Te-Yan nie....seb baik lah boleh upload..tapi jenuh tunggu upload dekat 30 minit.....fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Kalau nak tahu, beberapa orang guru telah volunteer untuk berlakon dalam sketsa tu. Kisah tentang gelagat-gelagat sebenar pelajar-pelajarb di sekolah terutamanya yang melibatkan kes disiplin. Dah nama lagi pelajar kan, setakat masalah disiplin nie dah jadi macam ulat kat mana-mana sekolah pun.Jadi di kesempatan yang ada nie, cikgu-cikgu pun ambil inisiatif untuk melakonkan kembali apa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar dengan harapan mereka dapat berubah ke arah kebaikan.

Video ni terpaksa di cut ikut adegan sebab fail yang terlalu besar untuk di upload. Jadi untuk kali ini kita akan tengok kisah hantu sekolah yang pertama dan kedua. Apa kisah hantu tu ye..

Hantu Datang Lewat :
Huh ini hantu yang memang biasa ada kat sekolah. Dah banyak kali dijampi serapah pun tak mahu juga hantu tu hilang. Masih wujud tegar di sekolah. Dah lah datang lewat. Masuk senyap-senyap ikut pintu belakang kelas. Siap cover muka dengan kain lagi. Cehhhh macam lah cikgu kelas depa tak nampak. Korang hengat boleh lari kerrrr...Sudahnya kena tangkap juga..dah kena tangkap tak mengaku pulak tu datang lewat. Siap tunjuk-tunjuk jam lagi kat cikgu. Dah tu siap bawak henpon kat sekolah...Tepon parents sebab cikgu tangkap. Yoooooo....dah buat salah mesti kena hukuman. Akhirnya kena angkut bawak jumpa cikgu disiplin.....

Hantu Ponteng Kelas dan Hantu Nasi Lemak:

Hantu Ponteng Kelas nie pun memang susah nak hilang dari kawasan sekolah. Buatlah tindakan macam mana pun, hantu ni tetap ada. Suka sangat hantu ni buat tawaf keliling sekolah. Agaknya nak praktis cara nak tawaf masa buat umrah kot. Tapi kalau tawaf sebenar setakat 7 pusingan aje..yang hantu ni entah berapa ratus pusingan depa buat pun tak tahu. Tengah cikgu mengajar ambil peluang nak selinap keluar dari kelas. 

Yang bestnya Hantu Ponteng Kelas tu bukan buat itu sahaja. Rupa-rupanya boleh transform pulak jadi hantu lain. Ishhhhh hebatnya kuasa depa. Tetiba pulak depa muncul kat kantin dan telah bertukar menjadi Hantu Nasi Lemak. Kenapa pulak lah dapat gelaran tu ye...Haaaa depa ni ada agenda tersendiri. Jeng..jeng,....jengggg....Tengoklah sendiri apa yang depa buat...Ada skill nak curi nasi lemak tau. Tapi jangan ingat boleh lepas...silap haribulan ter"pass" nasi lemak tu kat cikgu...kantoiiiii.....


Pengajaran dari sketsa ini kepada pelajar:

Buat apa lah korang nak datang lewat ke sekolah kan.. takde pekdah pun. Orang lain dah sibuk belajar, korang baru terhegeh-hegeh nak masuk kelas. Kan ke dah ketinggalan subjek tu. Jadi cubalah sikap tu menjadi seseoang yang lebih baik.

Haram kita makan benda-benda curi nie. Dah lah makan harta curi. Jadi darah daging lagi. Mungkin kali ini korang akan terlepas, tapi di akhirat apa yang korang buat tu sudah tertulis dan pastinya mendapat balasan.

Kepada semua pelajar SMKBBST, ambil pengajaran dari sketsa di atas..

Entri seterusnya Te-Yan akan masukkan kisah hantu-hantu seterusnya. Jadi...

TUNGGUUUUUUUUUUUUUU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

FIZGRAPHIC said...

kah3. gila kelakar. pandainya cikgu berlakon no. kih3. baguih2. mcm nie anak murid syg.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...