Cuba korang baca tajuk entri kali ni. Rasa-rasa macam pernah dengar tak..? Kalau sesiapa yang sezaman dengan Te-Yan mesti pernah dengar perkataan tu. Haaa itu le lagu romantik kelakar yang paling hits kat zaman persekolahan Te-Yan dulu. Tak ingat tahun bila lagu ni muncul. Tapi masa tu komik Gila-Gila tu paling top di pasaran. Arwah ayah Te-Yan memang peminat setia komik Gila-Gila tu. Te-Yan pun tumpang sekaki baca sekali. Memang tak jemu lah baca komik tu. Rasanya kat setiap rumah pada masa tu mesti ada komik tu.
Masa dalam kereta tadi, tiba-tiba je DJ tu pasang lagu nie. Terus teringat masa zaman sekolah. Kalau tengok video klip lagu ni memang video klip kartun. Lawak, tapi best..hahahahha..Lirik lagu ni kalau dihayati memang ada maksud tersendiri walaupun kalau korang dengar memang lawak. Te-Yan try jugak cari video klip yang original, tapi takde lah pulak kat Youtube tu. Last nya dapat video yang telah diubahsuai guna kartun animax Final Fantasy tu. Jadilah...jom kita dengar....
Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang
Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang
Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
Kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita
Andai antara kita
Ada lautan api sayang
Akan tetap ku renang
Tapi selepas hujan sayang
Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita
Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita
Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang
Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang
Heheheh amacam..best tak..lagu kategori slow rock tapi memang jiwang habis. Lirik memang kelakar, tapi cuba hayatinya. Mesti korang akan faham.....
No comments:
Post a Comment