Friday, September 30, 2011

PC Meletop~Skrin Camera Pecah~ Teh Masin

Assalamualaikum w.r.t

Tak tahu lah Te-Yan hari ni macam hari apa. Macam-macam hal yang terjadi. Rasanya hari paling malang sedunia. Ada tiga perkara pelik yang berlaku hari ini. Mungkinkah akan terjadi sesuatu perkara? Baik atau buruk ? Kalau perkara baik, Alhamdulillah. Tapi kalau perkara tidak baik, minta dijauhkan.

Camni agaknya PC tu meletop..???
Insiden PERTAMA yang terjadi memang mengejutkan Te-Yan. Tyme tu Te-Yan berada di makmal komputer. Sewaktu berbincang dengan technician, tiba-tiba Ketua Bidang datang beritahu ada one of the PC MELETOP. Tyme tu terkejut juga. Te-Yan tanya lah PC mana. Then KB cakap, "PC BILIK REDAKSI".. Astaghfirullah, terus Te-Yan mengucap. Dan lebih mengejutkan bila dapat tahu student yang tolong pasangkan CPU tu. Bila dia onn plug, terus PC meletop. Berasap satu bilik redaksi. Nasib baik tak berlaku perkara yang mencederakan student tu. Tapi student tu memang dah pucat lesi dan terkejut. Kalau toreh muka pun tak berdarah. Mana taknya. Bukan salah dia pun. Dah PC tu nak meletop nak buat cemana. Janji dia selamat. Itu yang paling utama. Dua hari sebelum ni, kami hantar PC tu untuk di format semula sebab banyak virus dan asyik jadi shortcut folder je bila masuk dalam portable hard disk atau pen drive. So dah sah-sahlah PC tu dah kena VIRUS SHORCUT tu. Dah cuba clean ngan Karpersky original pun tak mau jalan jugak. So jalan terakhir pi hantar kedai lah. Dah lah bahan majalah sekolah semua dalam tu. Seb baik dapat backup all data. Then hari ni amik semula PC tu. Perghhh macam-macam software untuk desktop publishing kedai tu install. Memang lah software tu kami guna. Sebab tu perlukan spec PC yang mantap. PC tu RAM 8 GB dan Hard disk 1 Terabyte. Tapi lain pulak jadinya bila PC tu meletop. TERPANA seketika. Cemana ngan data dalam hard disk? KB kata power supply yang meletop. Memang terbakar terus. Wayar dalam tu pun cair. Leaking habis kat dalam casing masa bawak pi kedai tadi. Bila test guna power supply baru memang tak hidup. SAH..!!!! MOTHERBOARD KONG.....!!!!!!! Adussssss dugaan betul. Check hard disk pulak. Alhamdulillah boleh diselamatkan. Cuma Te-Yan ngan Cikgu Su blurr sebentar di kedai, berfikir nak buat cemana ngan PC hanget tu. Call KB, dia kata susah nak dapat warranty sebab kategori burn out. PC BARU tuuuuu.....Tapi kedai tu kata, dia cuba cari motherboard yang sama spec, nak check processor sama ada burn out juga atau tak. Kalau processor okey, so tukar motherboard sahaja. Kalau tak leh juga, kompom BELI BARU....tapi....BOLEH KE BELI YANG BARU...!!!!!! WAAAAAAA... huhuhu kena tunggu lah apa jadi esoknya nie...

Ni bukan camera Te-Yan, tapi pecah macam ni lahhhh...huhu

Insiden KEDUA. Waaaaaa yang ini memang mau tangkap NANGIS......Skrin digital camera Te-Yan PECAH !!!!!!!..Ya Allah, tak terkata apa Te-Yan bila tengok camera tu. Yang ini salah diri sendiri. Te-Yan letak camera tu kat poket depan beg laptop. Selalu memang letak dalam henbeg je. Tapi entah cemana semalam kuarkan dari henbeg, terus letak kat beg laptop. Then pagi tadi Te-Yan letak beg laptop kat makmal macam GANAZZZZ sikit. Tak teringat langsung ada camera kat poket depan. Haaaaa amik kau...Pecah terus.....ingatkan tak boleh pakai. Tapi bila try cucuk kat laptop, Alhamdulillah gambar-gambar boleh backup. Terus cut and paste. LEGA....Cuma sedih tengok camera tu. Dah le kumpul duit bagai nak rak sebab nak beli camera tu..pastu jadik macam nie pulak...takde rezeki. Camera still boleh function, cuma tak nampak apa lah bila ambil gambar. Nak tahu gambar jadi cemana, kena transfer terus kat laptop. Huhuhuhu WAHAI CAMERA, SUNGGUH KESIAN KAT KAU....TAPI KESIAN LAGI KAT AKU, TUAN KAU NI HAAAA....!!!!!!!

Sedap je teh ni kannnn....MASIN tak..?

Insiden KETIGA memang paling lawak. Malu pun ye jugak. Hari ni ada member Te-Yan datang rumah. Dari minggu lepas dia nak datang tapi asyik tak jadi aje. Then tadi jadi juga dia datang umah Te-Yan. Best wooo jumpa kawan lama. Hampir 11 tahun tak jumpa selepas grade dulu. Jump kat GIANT pulak tu. Yang best sebab dia masih kenal SUARA Te-Yan walaupun dah tak ingat nama Te-Yan. Huhuhu nape dia kenal suara yeee..? Spesel ke suara Te-Yan nie..??? Actually dia member satu universiti and housemate masa keje kat KL dulu. Dok sembang-sembang, Te-Yan pun pi bancuh AIR TEH. Bila rasa air teh tu...MAKKKKKK AIIIIIIII......MASIN GILAAAAAAA....!!!!!!! Eh, tengok tong memang sah-sah bekas GULA...tapi pesal rasa macam GARAM...bila dok ingat balik, ooohhh patutlah, hari tu Te-Yan tertuang garam kat dalam tong tu. Ingat kan gula sebab plastik cover lebih kurang macam palstik gula. Dah sah-sah lah bila gula bercampur dengan garam dalam bekas yang sama jadi macam mana. Nak buang pun mana boleh. Try gak buang bahagian atas nya. Ingatkan habis dah semua garam dalam tu, rupa-rupanya ada lagi....huhuhu.. nasib baik rasa dulu. Kalau terus bagi kat kawan Te-Yan minum tadi, haaaaa cemana....mau BERSEMBUR dia minum.....Adusssss....pehal lah hari ni....

Kesimpulannya, Te-Yan tak terkata apa-apa lah....

ESOK APA PULA YANG BERLAKU...??????

AKU BERSERAH PADAMU YA-ALLAH. KAU SELAMATKAN LAH PERJALANAN KU BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KU PADA ESOK HARI.

5 comments:

Anonymous said...

laptop ada.. hard disk jadikan external sudeh.. hahaha..

Azzam Fadzil said...

hahaha malang2..hihi

ena said...

marziean.. sapa housemate hg tu?? housemate ku jua ke?? -ena-

itsmeizzs said...

OMG!! kisah masin lagi berulang...hahahaha

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

@Ena : Linda Hadi or LC....hehehehe....aku dah gi umah dye..so dye mai umah aku plak...

@Muic: Hoooo tu lah pasal...kisah MASIN berulang lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...