Assalamualaikum w.r.t
Tetiba pula "Monday Blues". Tapi hari ni bukan hari Isnin pun. Tapi rasa macam nak bercerita pula kisah semalam (Isnin). Adussss gamat seketika hari itu. Asyik ketawa dari awal pagi sehinggalah sekarang ni kalau mengingatkan kembali cerita itu.
Semalam ada kelas dengan pelajar ICT tingkatan 4. Biasalah kan bila hari Isnin, masing-masing, tak kira cikgunya atau muridnya semua muka toya. "Monday Blues" lah katakan. Kelas Te-Yan memang di waktu pagi. Jadi muka pelajar masih lagi fresh. Dengan lenggang lenggong budak-budak ni masuk kelas. Dah la lambat dekat 10 minit. Masih lagi berlenggang kangkung nak ke kelas.
Bila kelas dah bermula, maka bermula sesi semak tugasan online mereka. Semua berjaya membuat "attachment" files dan emel kepada Te-Yan. Cuma dua orang sahaja yang tidak hantar. Sorang tu dah dekat dua minggu tak datang sekolah. Entah masih nak sekolah atau tak. Yang sorang lagi bagi alasan internet takde. Jadi bagi peluang pada dia untuk buat hantaran sehari lagi. Masih terbayang muka seorang pelajar yang agak cuak bila Te-Yan bagi tugasan attachment tersebut. Rupanya dia tak tahu nak buat macma mana. Bila tanya rupanya ramai juga yang tak tahu nak buat attachment. Hmmmm jadi ajarlah cemana nak buat attachment tu.
Terus masuk tajuk pengajaran pada hari itu. Entah macam mana boleh tersebut-sebut nama salah seorang pelajar yang punyai nama seperti pembina Taj Mahal. Senyum je pelajar tu sampai dia sendiri yang berkata "Nama saya sedap kan, teacher ? "..Te-Yan pun balas kembali. "Aha, nama kamu macam nama orang yang bina Taj Mahal tu". "Teacher tau tak sekarang nie Taj Mahal tu dah senget 4 meter", beritahu pelajar tersebut. "Oh ye ke. Teacher tak tau lah pulak.." Te-Yan balas kembali.
Kemudian tengah mengajar tu tetiba je dengar suara orang berbisik-bisik. Ada tiga orang pelajar yang tak beri tumpuan. Bila ditanya, maka dialog ini yang keluar dari mulut mereka:
Te-Yan : Haaaa dok soksek -soksek apa pulak tu. Dok bercakap je.
Pelajar 1 : Tak de lah teacher. Ni ha [sambil menunjuk kepada rakan disebelah], dia tanya Taj Mahal tu apa..? Dia tak tahu.
Te-Yan : Haaaaaa...kamu biar betul...[Te-Yan tepuk dahi sambil memandang Pelajar 2]...Kamu biar betul Taj Mahal pun tak tau. Inilah kali pertama teacher dengar ada orang tak tahu pasal Taj Mahal...
Maka berderaian ketawa satu kelas. Bukannya apa, diaorang mungkin gelak tengok eksperesi muka Te-Yan yang agak tergamam dan terkejut. Dah tu tetiba je Te-Yan bantai ketawa.
Te-Yan: Laaaa kamu tau tak 7 benda ajaib di dunia..?
Pelajar 2: Hmmm tak tau...[geleng kepala]
Te-Yan: Taj Mahal tu salah satu benda ajaib di dunia. Dibina oleh Shah Jahan sebagai tanda cinta kepada isterinya. Terletak kat India. Senibina bangunan tersebut cantik. Ramai orang suka pergi. Kamu pernah tengok tak beras Faiza Taj Mahal..? Kan gambar ada kat situ. Macam tu lah rupanya Taj Mahal.
Pelajar 2: Beras tu saya tahulah cikgu. Tapi saya peliklah bila dorang sebut senget 4 meter. Jadi cemana pulak gambar kat situ boleh senget 4 meter..?
Te-Yan: [tak terkata apa..terus gelak sakan.]
Gamat terus kelas bila dengar jawapan dari rakan sekelas mereka. Sudahnya sampai habis waktu kami bergelak ketawa. Tapi sekurang-kurangnya dapat juga Te-Yan ceritakan pasal benda ajaib di dunia pada kelas ini. Kemudian Te-Yan minta mereka cari dalam laman web benda ajaib terbaru yang di senaraikan di dunia.
Sudahnya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terus merangkumi subjek ICT merentas Sejarah, Sivik, Moral, Sains dan Pendidikan Islam. Sampai ada pelajar yang terus buat kesimpulan..."Perghhh pendidikan Islam pun masuk sekali.."
Sampai saat ini, Te-Yan masih tersenyum mengingatkan gelagat mereka.
Sekian.