Thursday, January 19, 2012

Gededuk..gedebak...aku tibai bola tenis..Kompom lepas nie aku KURUS....

Assalamualaikum w.r.t

30 minit yang memenatkan. Baru 30 minit. Belum sejam setengah. Hari nie Te-Yan pi tibai bola tenis kat stadium. Kengkonon nak tengok je my players dok main. Tapi standby jugaklah raket, bola, kasut kat dalam kereta. Mana tau, kot-kot teringin nak tibai bola. Dah lah hari ni dok bagi briefing kat budak kelab pasai teknik-teknik asas cemana nak main tenis. Setakat teori boleh lah Te-Yan bagi kuliah. Tapi bab nak main nie..hehehehhehe malu lah pulak. Tibai bola tenis tau la. Tapi rules ka, nak kira mata ka, harus tak tau lagi. Akhirnya main jugaklah tadi dalam 30 minit. Dah tu bawak pulak dua kanak-kanak ribena tu [my kids la]...dah naik syok pulak Firdaus main tenis. Esok nak main lagi katanya. Harus lepas ni mau tiap-tiap hari dok mai stadium. Takpa nak latih dia sama. Stick pada one sport ja. 

Dok terpikiaq lagu mana lah nak handle 65 orang ahli kelab next week nie..? Woooooo...tak pa seb baik la ada pembantu. Latih dulu teknik-teknik asas. 

Penat betui walau 30 minit ja tadi. Kalau dua jam setiap hari mau KURUS lahhhhh....Tapi rasanya this is the best way to maintain your body....Yup..yup....

Agak susah jugak pada sesiapa yang pertama kali dok main tenis. Dari cara nak pegang raketnya..nak serve bolanye..nak tibai bolanya...memang perlukan masa nak paham..

Tapi takpa..lepas nie dah tau apa aktiviti kelab tenis sepanjang tahun. So, hangpa tunggu je lah ye...Kita jumpa next week kat stadium...

Bubyeeeee.............

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...