Friday, January 13, 2012

" AKUKAH ITU ? "

Assalamualaikum w.r.t

Entri semalam Te-Yan dah maklumkan tentang HAIWAN BERKAKI EMPAT yang dilukis oleh pelajar-pelajar kelas Te-Yan semasa Program PTD berlangsung. Hehehehe jadi hari ini kita akan melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi. Bukan sebarang haiwan tau. Ada definisi tersendiri. 

Sebelum tu jom kita lihat apa objektif sebenarnya aktiviti tersebut. Aktiviti ini akan menilai bahagian fungsi otak sama ada kanan atau kiri. Di samping itu ia juga akan menilai sikap diri sendiri berdasarkan objek yang dilukis. 

Bagaimana aktiviti dilakukan- Pelajar akan diminta untuk melukis sejenis haiwan berkaki empat mengikut pandangan masing-masing. Kemudian pelajar akan dikumpulkan mengikut kategori tertentu.

Haaaaa inilah hasil lukisan dia orang tu. Macam-macam jenis haiwan yang wujud. 

Mula-mula nak lukis KuNyu....

Rabbit...rabbit..lalalalalala

Kertas punya le besor..lukis cenonet nyeeee

Cemana nak lukis kaki gajah haaaa..?

Sleepy Eyes....me..? Garfiled

Hye..saya kucing Temok....

Sangat kreatif...Bunny....

Comel nye kepala kucing...mata hazel youuuuuuu....

Hahahah versi penyu kacukan kucing...jadi KuNyu..ngeeee

Hahahhaha katak yang dagu seperti tuannya....ngeeee

Katanya Zirafah..heheheh ada rupa ker?...

Unta ke dinasor..?

cicak man kerrr??????????????

Hihihihi..amacam lawa tak lukisan dorang..? Bila dah habis melukis mereka akan dibahagikan mengikut kategori tertentu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandang ke kiri

Pandang ke kanan

Pandangan dari depan

Pandangan dari depan

Pandangan dari depan

Pandangan dari atas

Pandangan dari depan
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Hahahahahah mau gelak guling-guling bila melihat hasil kreativiti mereka. Tapi sebenarnya ada persepsi di sebalik setiap lukisan tersebut. Baca interprestasi lukisan di bawah :

Pandang ke kiri
Seorang yang rasional, logik, fakta, ikut susunan

Pandang ke kanan
Seorang yang kreatif, berseni dan emosional

Pandangan dari depan
Seorang yang suka berterus terang

Pandangan dari atas
Seorang yang optimis

Pandangan dari bawah
Seorang yang pasif / negatif

Dilukis tidak lengkap
Seorang yang tidak mudah mengambil risiko

Ada telinga
Seorang yang mahu mendengar pandangan yang baik dan stabil

Ada 4 kaki
Seorang yang stabil

Pandangan dari belakang
Seorang yang pemalu, tidak suka berterus terang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haaaaaa dah tahu kannnnn....
Agak-agaklah, korang semua kategori yang mana...?????????????????

Kesimpulannya:

MANUSIA BERTINGKAH LAKU MENGIKUT DOMAIN PEMIKIRAN


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...