Tuesday, January 10, 2012

Esok PTD....Hahahaha Pastinya Gamat....

Assalamualaikum w.r.t

Esok ada program PTD. Apa pula program ini ye. Bukan Pegawai Tadbir Diplomatik ye.Kalau di sekolah, program seumpama ini adalah aktiviti wajib setiap tahun. Selalunya akan diadakan pada minggu kedua persekolahan. 

Nama panjang PTD ni 
"PROGRAM TRANSFORMASI DIRI"

 Dulu nama asalnya "PROGRAM MAJU DIRI"

Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling setiap sekolah. Jadi memang ada disediakan modul bagi setiap kelas. Tapi tahun nie rasanya pasti akan menggamatkan suasana sebab Unit Kaunseling dah bagi modul baru. Minta maaf lah pada Unit Kaunseling ye sebab modul tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya amatlah memBORINGkan. Majoriti semua pelajar sudah tahu apa yang akan berlaku sekiranya masih menggunakan modul yang lama. Guru-guru akan juga merasa bosannya sebab modul yang sama juga setiap tahun. Tapi bila modul baru ini dah dibuat, dan bila diteliti dan dibaca, maka boleh membayangkan suasana di kelas pasti akan GAMAT

Yang pastinya, esok Te-Yan akan handle dua slot dan lusanya juga dua slot. Kelas yang sama juga. Hahahha wahai 5ICT marilah kita menggamatkan suasana esok dan lusa. Jangan korang semua nak ponteng pula yeee. Banyak input yang akan kamu semua dapat dari program ini. 

JOM TRANSFORMASIKAN DIRI ANDA KE ARAH YANG LEBIH POSITIF !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...