Hari jadi "body guard" mak Te-Yan ke Shah Alam. Hala tuju..? Of course lah tempat kaum hawa suka pergi...
JAKEL
BUTIK ARIANI
Kaya bonar Jakel nie. Ada wisma sendiri lagi. Sebelah tu Ariani. Bila lah pulak Te-Yan nak ada wisma sendiri .. "Wisma Te-Yan"..hihihi |
Mak silap pula beli tudung. Tak matching dengan jubah yang dibeli. Jadi Te-Yan pun menumpang sekali. Ingat di hati cuma nak "window shopping " aje. Tapi adik dah kata, "Hari ni last day Ariani sales"..Hmmm dah dapat bayang dah, kalau dah namanya JUALAN MURAH, sudah semestinya SEPARUH HARGA...
Pertama kali jejak kaki kat Jakel dan Ariani di Shah Alam tu. Selalunya ke cawangan di Bangi. Sampai di sana, aduhai berduyun-duyun nya manusia. Dah sahih lah parking kereta penuh belaka. Satu kerja mencari parking keliling kawasan tu. Dah dapat parking, terus ke tempat yang dituju.
Pertama kali masuk satu butik sebelah kedai Ariani tu. Apa nama butik tu pun, Te-Yan dah lupa. Tetiba berkenan dengan baju yang model patung tu pakai. Adik pun berkenan sama. Cuba lah melihat harga...HAAAAAAAAA...BIAR BENAR...? Nak tahu berapa RM..? RM 4,500 tau..ulang sekali lagi RM 4,500...Ya ampun...tengok material kain yang diguna tu cumalah kain Chiffon yang dijahit berlapis-lapis. Ala-ala dress. Cuma manik bertaburan. Haishhhh Te-Yan bukan lah artis nak beli baju macam tu. Duit gaji sebulan pun tak lepas nak beli. Bila fikir balik, eloklah beli kain yang sama, tempah je kat tukang jahit. Habis cerita....
Melangkah masuk ke Ariani....Gulpppp ramainya umat...seronok sakan kaum hawa bershopping sakan. Semuanya separuh harga. Al-maklumlah YEAR END SALES..Dari harga yang beratus-ratus ada yang tinggal puluhan ringgit aje. Hmm dapat jugaklah Te-Yan sambar 3 pasang tudung yang boleh dipakai bersama shawl. Dah lama cari anak tudung sebegitu. Akhirnya jumpa dan selesa di pakai. Harga pun tak sampai RM40. Heh tak kuasalah nak beli tudung harga ratus-ratus nie. Mak pun dapat juga tudung yang dicari setelah bawa jubah tu sama.
Ingat tak nak masuk Jakel, tapi mak nak masuk sekejap. Dari sekejap jadi lama. Dari pintu masuk dah dengar suara tuan punya kedai promote "HAPPY HOUR"..3 pasang RM 100 lah..2 pasang RM100 lah...bergulung-gulung kain habis.. Mak tahu taktik happy hour macam tu, jadi Te-Yan pun tak hairan sangat. Mak dapat juga dua pasang kain untuk dibuat kemeja.
Bila disebut kaum hawa, tentulah "shopping" dah jadi teman setia. Ada yang berjimat sehingga ke hujung tahun sebab nak kejarkan year end sales macam nie. Berbondong-bondong beg plastik kiri dan kanan. Yang KAYA tuan punya kedai. Yang habis duit TUAN YANG MEMBELI. Tapi tak pe, sekali sekala memuaskan kehendak di hati...kannnn.....
Jangan pula asyik bergaya tapi papa kedana.....
No comments:
Post a Comment