Petang tadi sebelum melelapkan mata sebentar, Te-Yan membaca majalah Solusi Isu 38 bertajuk "Syurga Itu Benar". Banyak lagi topik dalam majalah tersebut yang belum habis dibaca. Namun setiap bulan majalah ini semestinya menjadi buah hati yang wajib dibeli.
Te-Yan amat tertarik dengan salah satu topik dalam isu ini : "Memburu Syurga". Bukan mudah rupanya untuk memburu Syurga Allah kerana mereka yang selayaknya masuk syurga adalah mengikut kategori masing-masing.
Syurga Firdaus
Memiliki 7 sifat terpuji:
Beriman
Khusyuk dalam solat
Menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berguna
Menunaikan zakat
Menjaga kehormatan diri
Menjaga amanah dan menepati janji
Menjaga solat
[Surah al-Mu'minun 1-11]
Syurga Adn
Orang yang bertaqwa
Diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan bersih dan suci daripada kufur syirik dan maksiat kepada Allah.
[Surah al-Nahl: 31-32)
Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh
Membersihkan diri daripada perbuatan kufur dan maksiat
[Surah Taha: 75-76]
Orang yang banyak berbuat baik
Mengguna pakai ajaran dan hukum seperti yang ditetapkan Allah
Bersifat wasatiyyah
Segera berbuat kebaikan
[Surah Fatir: 32-33]
Orang yang bersabar dalam meniti kehidupan
Sabar dalam mencari keredaan Tuhan
Mendirikan sembahyang
Menafkahkan harta di jalan Allah
Membalas kejahatan dengan cara yang baik
[Surah al-Ra'ad: 22-23]
Syurga al-Na'im
Orang yang bertaqwa [Surah al-Qalam: 34]
Orang yang beriman dan beramal soleh [Surah Luqman: 8, Surah al-Hajj: 56]
Syurga al-Ma'wa
Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh [ Surah al-Sajdah: 19]
Orang yang takut pada kebesaran Allah s.w.t dan menahan diri daripada hawa nafsu
[Surah al-Nazi'at: 40-41]
Dar al-Salam
Orang yang sering melakukan amal soleh [ Surah al-An'am: 127]
Dar al-Muqamah
Orang yang taat kepada Allah [Surah Fatir: 34-35]
Syurga al-Maqam
Orang yang bertaqwa [Surah al-Dukhan: 51]
Syurga al-Khuld
Orang yang bertaqwa [Surah al-Furqan: 15]
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah telah berfirman yang bermaksud : " Syurga itu sebuah tempat yang mata kamu tidak pernah melihatnya, telinga kamu tidak pernah mendengarnya dan kamu tidak terlintas di hati manusia" [ Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Perbanyakkan amal kebaikan dan tinggalkan perkara-perkara keburukan. Mudah-mudahan syurga menanti kita di alam sana.
No comments:
Post a Comment