Hari ni ber"Tutti Fruti" dengan my kids kat Giant. Agak petang juga baru keluar dari rumah. Sampai di Giant, melilau mencari parking. Entah berapa kali keluar masuk, sehingga akhirnya dapat juga parking depan pasaraya Hari-Hari. Ramainya umat manusia hari nie bershopping sakan di Giant. Sebelum tu ada sms kat anak manja either nak join atau tak, tapi si anak manja bagi alasan nak keluar beli barang adiknya. Heheheh suka hatilah..dah ajak banyak kali, tapi asyik tak menjadi. Siap bagi pesanan "tolong makan kan yeeew.." Ohhh sudah semestinya....
Yummyyyyy....memang sedap Tutti Frutti......harga..? Boleh tahan.....makanan orang ELIT nie... |
Sampai di Tutti Frutti, my kids seronok ya amat. Heh, tempat aiskrim kan, budak mana yang tak suka. Semua nak taruk dalam cup tu. Haishhhh mana boleh kaut banyak-banyak..Mahal loooo yogurt aiskrim nie..RM5++ / 100gram. Haaaa terbanglah juga RM24.00++ tadi...takpe janji dapat penuhi kehendak my kids. Then masuk Giants sekejap, dapat juga sambar baju sehelai.
Nie baru part geram. Tadi intro baik punya. Dah habis meronda seketika kat Giant tu, tibalah waktu nak balik. Sampai je kat kereta comelku itu, hangen seketika bila "Shopping Trolley Giant" tu tersadai kat bontot kereta. Part ni memang lah Te-Yan paling tak suka. Inilah yang masyarakat kat Malaysia selalu buat. Tak tahu lah minoriti atau majoriti. Kalau cakap lebih kang tau nak menyentap aje kan. Tapi agak-agaklah kan. Dah tahu korang bershopping sakan dengan gunakan trolley tu, letaklah kat tempat yang sepatutnya semula. Tak payahlah bersenang lenang park je trolley tu kat bontot kereta orang lain. Tak ke menyusahkan empunya kereta. Tak pasal-pasal korang kena sumpah seranah dengan tuan punya kereta kan...Dah banyak kali Te-Yan perhatikan di shopping mall sebegini. Memang setiap hari berlaku. Dah sah-sah shopping mall tu sediakan tepat letak trolley tu kan. SUSAH SANGAT KE nak letakkan ke tempat yang sepatutnya. Takde kesedaran SIVIK langsung. Cubalah jadi macam kat negara barat ke, punya masyarakat yang agak berdisiplin bila menggunakan perkhidmatan sebegini. Elok sangatlah kat sekolah sekarang nie ada mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. My kids pun boleh tanya soalan "Mama, kenapa troli nie ada kat belakang kereta kita?"..Senang je Te-Yan jawab.."Lain kali kalau kita dah beli barang, jangan kita letak troli macam orang ni tau. Ini orang yang takde Sivik. Dia tak reti nak letak balik kat tempat troli. Kaki dia sakit kot kena jalan jauh"
Akhir kata, "Renung-renungkanlah......kita ni hidup bermasyarakat..."
No comments:
Post a Comment