Tuesday, January 10, 2012

Inilah Rumah "Banglo" Itu...

Assalamualaikum w.r.t

Wahhhh penatnya mengemas rumah baru. Dulu teres, sekarang ini sudah berpindah ke banglo. Ramai juga yang bertanya "betul ke dah pindah rumah..? " Laaaa, betul la. Penat tau pindah-randah ni. Kena  bersihkan rumah lama lagi. Nanti orang baru nak duduk, bising pula bila tengok rumah tu kotor. Nama aje rumah banglo, tapi takde lah seGAH rumah banglo orang yang terlebih kaya. Bolehlah untuk duduk dengan lebih selesa. Ramai juga tertanya-tanya rumah banglo macam mana lah yang Te-Yan dah duduk ni kan. Alaaa, malu pula rasanya nak tunjukkan pada korang semua. Walaupun tak semenggah mana, tapi keselesaan itu amat penting. Dah 3 tahun duduk kat rumah teres. Sempit juga lah. Jadi tahun ni dapat rumah banglo, syukur Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. 

Hmmmm inilah rumah banglo Te-Yan tu...

Ruang yang lebih luas untuk menulis dan juga meletakkan barang

Ada almari khas untuk letakkan segala bahan mengajar. Tak lah semak mata memandang.


Heheheheh korang jangan TERKUJAT pula ye.. Rumah "banglo" yang disebut-sebut itu sudah semestinya MEJA GURU yang lebih selesa. Ingat senang ke nak dapat meja yang complete set macam ni. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh guru semua sekolah di negara kita nie. Kekurangan tempat di bilik guru. Sehingga ada yang terpaksa duduk di bilik-bilik khas. Macam di sekolah Te-Yan, untuk mendapat set complete macam nie, perlu melihat pada seniority dulu. Tahun ni telah ditambah satu lagi bilik guru untuk menampung bilangan guru yang semakin ramai. Jadi semua guru-guru unit bahasa telah ditempatkan di bilik guru yang baru tersebut. Kekosongan meja guru yang lama akan diisi oleh guru-guru yang masih tiada lagi meja. Jadi siapa yang senior akan dapat lah set lengkap sekiranya ada kekosongan. Kalau cikgu-cikgu junior kena lah duduk meja yang kami gelar rumah "teres". Macam ni lah rumah teres tu :

Dulu guna meja kecik yang ada laci. Tak muat. Terpaksa beli rak buku sendiri sebagai tambahan tempat untuk meletakkan barang-barang yang berkontena itu.

Heheheh sekarang korang semua dah tahu kan macam mana lah rupanya rumah banglo Te-Yan tu kan..JANGAN MARAH YEEEE....Nanti TAK SHOMEL..Sesekali menceriakan keadaan kan.. Hidup mesti gembira sentiasa. 

Te-Yan masih duduk rumah teres kalau kehidupan sebenar. Tak mampu lagi nak beli banglo mewah. Kalau ada rezeki satu hari nanti, InsyaAllah....

1 comment:

afzahirulhussein said...

congrats...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...