Saturday, June 23, 2012

~360 View ~

Assalamualaikum w.r.t


Malam ni nak taip entri pasal Negeri Hang Tuah @ Melaka. Actually pergi Melaka masa cuti bulan March hari tu. Disebabkan pergi on the spot, maka kamera pun tak bawa lah. Cuma snap picture guna phone aje. Tapi sayangnya tak boleh nak transfer gambar sebab kabel phone takde. Baru ni dapat transfer setelah pinjam kabel dari kawan. Tenkiu wa. Nasib baik port boleh masuk. 

Bukan tak pernah ke Melaka. Tapi masa tu pergi sebab menghadiri kursus. Dah nama lagi kursus, mana lah ada masa sangat nak pergi merayap even Melaka tu kecil aje. Setakat ke Hang Tuah Mall aje lah. Nak meronda naik bot tak sempat.

Jadi bulan March lepas berpeluang bawa my kids ke Melaka. Balik hari sahaja sebab dari rumah ke Melaka tak sampai dua jam pun. Save budget hotel. Hahahahah. Kiranya ini berjalan sakan ke Melaka. Pergi ke tempat pelancongan yang masih belum diterjah.

Terjahan pertama ke Taman Buaya. Melangkah sahaja ke temapat tu, first word keluar dari mulut " Woooo, lawanya.." Terpegun seketika dengan arca yang ada kat dalam tu. Semua arca berkaitan "tempat ajaib " di Malaysia. Kiranya kalau nak belajar sejarah boleh datang sini. For sure akan ingat dan lulus cemerlang dalam exam Sejarah. 
Menara KLCC pun ada kat sini. 

Masjid Negara / Tugu Negara / Sepang F1

Kat sini pun ada A Famosa. Budak kecik je boleh masuk..hehehhe


Bila melalui ke kandang-kandang buaya tu, seram dibuatnya. Kalau lah tetiba aje silap gaya terjatuh dalam kandang tu, memang lah tak bernyawa terus. Besar gabak sang buaya di sana. Macam-macam spesis ada. Yang paling best, ada water park pulak lah dalam taman buaya tu. Hadoiii silap tempat lah. Dah mengamuk si Kajol nak mandi kolam. 

Then ada "Sang Buaya" show. MC tu bagitau buaya tu baru je kena tangkap seminggu kat sebuah sungai. Kiranya susah nak jinak lah. Bila tengok aksi mereka dengan buaya tu, gerun beb. Cuba bayangkan kalau masa tengah masuk kepala kat dalam mulut buaya tu, tetiba sang buaya tu "Ngapppppppp" ....haaaa cemana tu...? Kojol lah kat situ kan. 
Ishhhh meh le sini. Apa ke hal nye susah sangat kamu nak naik ni Sang Buaya.

Oiiittt sakit lah...Tarik ekor aku tu pelan-pelan lah...Kang aku ngapppp korang semua baru tau

Haaaa tau takuuuuutttt

Habis meronda taman buaya, kami ke tempat lain pula. Hmmm jalan-jalan kat Bangunan Stadyus tu. Naik beca. Tengok pulak pameran Dinasour kat dalam Hang Tuah Mall (padahal kat Pusat Sains punya dinasour depa amik taruk kat situ rasanya) Then merasa naik bot menyelusuri sungai tu. Satu pemandangan yang sangat menarik. Sangat cantik kawasan perkampungan tepi sungai yang penuh dengan deretan rumah senibina Melaka. Comel-comel.

Namun yang paling teruja sekali bila dapat melihat pemandangan keseluruhan negeri Melaka melalui Menara Taming Sari. "360 -View". Sangat menakjubkan. Nasib baik lah ada phone cokia nie. Dapat juga lah ambil gambar dari atas menara. 

Cantik kan......

Hang Tuah Mall..Macam bentuk keris jeeee.....Depan tu Mahkota Parade.....

Holiday Inn Melaka...Hotel baru rasanya...Sea view...

Beautiful scenery..!!!!!!!!

Well, Jom pi Melaka..................

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...