Wednesday, June 20, 2012

Belai Diri Di Spa

Assalamualaikum w.r.t

Ni tempatnya
Sabtu lepas after balik dari kenduri my cousin tu, dah janji dengan my aunt nak urut tangan yang bengkak tu.  bengkak dari tahun lepas sebab main tenis, angkat itu ini yang semuanya menggunakan tangan kanan. Dah banyak kali pi urut tapi still sama jugak. Hilang sekejap then bengkak semula. Mana taknya dah guna tangan kanan. My aunt ni kerja kat spa. So nak mencuba lah kena urut dengan owner spa tu. My mom dah pernah pergi. Mengikut kata my mom, "Memang best".

Nama spa ni Pusat Rawatan Alternatif Juara .Spa ni kat Alam Jaya, Puncak Alam. Kawasan perindustrian yang baru. Semua kedai kat sini beroperasi bermula jam 6.00 petang sampai 12.00 tengah malam. Kiranya macam Uptown juga lah. Cuma tak buka sampai pagi. Jadi memang banyak kedai yang ada kat sini termasuk lah spa ni. Murah-murah lah barang kat situ. Yang bestnya Milo Ais memang KAW giler..RM2 penuh beg plastik dengan pekatnya...

My aunt kata ambil pakej lah merangkap sekali urutan satu badan, body scrub, mandi wap, mandi susu. Cuma RM70 je. Haaa?? Biar benar. Selalu harga kat spa-spa yang vogue kan ke ratus-ratus. Dah alang-alang datang, cuba lah juga. Heheheh memang best lah. Walaupun spa ni baru lagi tapi servis yang diberi "macam-macam ada". Ada refleksologi, urutan tradisional lelaki dan wanita, terapi bekam sunnah, dan terapi medan elektrik. 
Bilik untuk urutan badan dan body scrub
Lepas body scrub boleh le rendam-rendam badan kat bath tub nie..
Ni le serbuk scrub tu. Pilih nak yang mana satu...

Juga menyediakan refleksiologi kaki

Haaa ni mesin rawatan kaki sebelum kena refleksologi.
Rendam kaki kat dalam ni  dulu lepas tu baru le buat refleksiologi

Bestnya kena urut.....

Haaa kalau sesapa yang dekat-dekat dengan Alam Jaya tu boleh lah singgah belai-belai diri kat situ. Ni alamat spa ni. Boleh lah korang contact pemilik spa tu tanya dengan lebih lanjut lagi.

Juara Therapy Centre
No 2A Jln PPAJ 2/6, Alam Jaya, Bandar Puncak Alam
018-2006311/017-6487448 (Kak Su)

Try lah. Lain orang lain pendapatnya. Tapi Te-Yan puas hati dengan servisnya sebab murah dan berbaloi-baloi. Tangan Te-Yan yang bengkak ni pun alhamdulillah dah pulih dengan izin Allah. Heheh sesekali jadi promoter apa salahnya kan....Artis-artis pun dah ada datang kat sini. Pesanan Te-Yan, kalau nak buat spa jangan la bawak budak-budak kecik Bukannya apa, datang spa nak relax tapi kalau dah bawak budak kecik cemana korang nak relax. Jenuh suruh dok diam. Dengan budak kecik sekali masuk bath tub....Huhuhhu.....



1 comment:

Meow Aizawa said...

aduii.. bestnye berurut.. nak jugak meyhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...