Assalamualaikum w.r.t
"Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa" - Dale Carnegie
#Solusi 43
Te-Yan tertarik dengan kata-kata ini bila membaca Solusi isu 43 berkaitan dengan "Sukarnya Untuk Bersyukur". Betul seperti kata penulis isu ini "untuk hidup lebih tenang, jangan mengharapkan terima kasih".
Tidak dinafikan manusia agak sukar untuk mengucapkan ucapan terima kasih. Seolah-olah perkataan itu seperti emas berharga yang takut hilang jika mulut dibuka.
Apa salahnya ucapan terima kasih itu sentiasa hadir dalam diri kita walaupun pertolongan yang diberikan hanya sekecil zarah. Kadang-kadang ada di kalangan kita yang sudah berjaya hasil daripada pertolongan orang lain, agak sukar untuk mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah membantunya walaupun pertolongan individu itu hanyalah tidak seberapa. Malah ada yang secara terang-terangan melupakan terus individu yang telah membantunya itu. Macam orang yang sombong lagaknya bila sudah berjaya.
Walaupun bantuan yang diberikan itu dalam bentuk buah fikiran, dan bila diaplikasikan berjaya pula dalam destinasi hidupnya, tidak salah sekiranya ucapan terima kasih itu diberikan dengan hati yang penuh ikhlas. Individu yang membantu itu bukannya mengharapkan ganjaran berbentuk wang ringgit atau harta benda, tetapi sekadar ucapan terima kasih sudah memadai.
Mudah-mudahan diri kita sentiasa ada sifat berterima kasih dan bersyukur dengan kurniaan Allah. Jangan lupakan terus mereka yang telah mambantu kita tidak kiralah ibu bapa, rakan taulan atau saudara mara.
No comments:
Post a Comment