Tuesday, June 12, 2012

Gemalai Jari Jemari Bersama Yoyo

Assalamualaikum w.r.t 

Ahaaaa hari ni Te-Yan nak update satu entri yang agak menarik. Kalau baca tajuk pun dah boleh agak entri apa kali ini. Isnin lepas hari pertama persekolahan setelah cuti selama dua minggu. Biasalah kan kalau hari Isnin memang lah Monday Blues. Dah dua minggu tak pegang pen, tulisan pun dah macam cacing kerawit. Buruk nye lah tulisan kat buku rekod mengajar. Nak dapat skills menulis. Ini baru dua minggu, kalau hujung tahun tu entah cemana lah pula. 

Hari Isnin tu tak tahu pula ada pertunjukan yang istimewa. Ingat macam perhimpunan pagi Isnin yang biasa. Rupanya ada persembahan permainan Yoyo. Dah tu student yang buat pertunjukan tu student 5ICT. Student ICT Te-Yan le. Nama dia Aliff atau dalam kelas kami panggil dia "Mr Programmer" sebab dia sangat terror dalam Learning Area 5: Programming tu. Tahun lepas dia ni memang sibuk dengan tarian Shuffle tu. Tahun ni aktif Yoyo pula. Patutlah projek multimedia buat tajuk Yoyo. 

Bila tengok Aliff ni main Yoyo, teringat lah pula zaman sewaktu kecil dahulu. Yoyo kan ke selalu ada dalam kotak mainan yang ada coklat kat dalam tu. Tahu lah Yoyo tu cemana. Benda bulat yang ada tali. Ada pelbagai warna. Masa kecik hentam je main Yoyo. Tapi main Yoyo ni kena ada skills. Jari jemari memanglah kena gemalai nak main Yoyo. Kalau tak, skill tak menjadi. Macam-macam gaya boleh dibuat menggunakan Yoyo ni. Kena lilit tali Yoyo tu kat jari jemari, kemudian lepaskan tali nak bagi Yoyo tu berpusing. Silap gaya mau terbelit satu badan woooo. Budak-budak zaman sekarang ni macam-macam pendedahan yang mereka dapat. Nak dengan taknak je kalau nak buat sesuatu perkara tu. 

Banyak juga pencapaian Aliff ni. 
  • Semi-final Central Yoyo Contest 2011 masa perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2011
  • Malysian Yoyo Championship 2011 di Berjaya Time Square pada bulan Disember 2011
  • Finalist Malaysian Yoyo 2012 masa perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2012.
Tahniah. Tapi jangan lupa ye Alif. Tahun ni nak ambil SPM. Result biar gempak. Kalau berjaya dalam pelajaran, itu tiket untuk masa depan. 

Tece wish you good luck for SPM this year. Result ICT mesti A+ okey Mr Programmer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...