Assalamualaikum w.r.t
Yezzzzaaaaaaa..!!!! Hari ini genap 365 hari Te-Yan jadi blogger. Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu. Sebelum jadi blogger ni memang tahu banyak blog-blog popular yang memenuhi dunia tanpa sempadan ni. Ishh kalau cikgu ICT tak tahu blog tu apa, awwwwww malulah i.. Dah sah-sah tugasan students pun ada bab pasal blog nie. Tapi pada masa tu pintu hati tidak terbuka langsung untuk terjun ke bidang penulisan maya ni. Faktor utama disebabkan kesibukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Semuanya bermula pada sekitar Mei 2011 apabila Si Meow, yang merupakan seorang blogger dan juga merangkap student yang baru nak belajar grafik dengan penuh kusyuk mengadap lappy dia sambil tangannya laju menaip sesuatu. Ingatkan apa benda lah yang dia buat. Bila ditanya tak nak bagitau. Tapi bila jengah apa dia buat, rupanya sedang update entri terbaru dalam blog dia. Dah tu entri pasal Te-Yan pulak tu. Sudahnya Te-Yan minta alamat blog dia. Nak baca lah juga. Dah la nama blog dia pun kelaka. "Kisah Si Meow". Tapi memang kelakar lah bila baca blog dia. Bahasa sempoi gila. Dia pun ada tanya, "Tece ada blog ker?". Memang "Takde" lah jawapan yang terkeluar dari mulut Te-Yan ni. Sudahnya dia kata "Tece buat lah blog". Bermula saat itu, berkira-kira juga nak buat blog ni. Risau sebab takut nanti jadi gajah putih atau rumah labah-labah sebab jarang update. Tapi bila dah baca lagi dua blog student, maka dengan rasminya pada 3 Jun 2011, Te-Yan ada personal blog sendiri "te-yanstory.blogspot.com". Nama blog tu pun one of my students yang suggest.
Sepanjang tempoh setahun ni entri yang Te-Yan dah masukkan tak lah banyak sangat. Kiranya masuk dengan entri terbaru ni adalah lebih kurang 169 jumlah entri. Tak lah macam blogger-blogger yang lain. Setiap hari mesti ada update entri. Te-Yan bukan blogger sepenuh masa. Jadi cuma gunakan masa yang terluang sahaja untuk update entri.
Dalam tempoh 365 hari ni, apa yang Te-Yan dapat sepanjang jadi blogger yang tak femes neh....
Banyaknya Platform Blog
Sebelum nak create blog, Te-Yan surver dulu platform apa yang sesuai untuk buat blog. Jadi yang popularnya tentulah blogspot dan wordpress. Tapi Te-Yan prefer guna blogspot sebab lebih mudah untuk diuruskan.
Page Blogger
Rasanya memang banyak kat fesbuk yang buat page untuk blogger. Salah satu tujuan adalah untuk berkenalan dengan blogger baru dan tak kurang juga untuk melihat betapa ramainya bilangan blogger sekarang. Juga salah satu cara menambah bilangan Follower.
Kenal tagline "Follow"
Mula tu pelik juga bila ada yang bw seseorang punya blog akan tinggalkan tagline word tu pada bahagian shoutbox. Maybe itu satu strategi untuk menambahkan bilangan follower pada sesuatu blog. Ramainya bilangan follower maka begitu popular blog mereka. Blog Te-Yan pun bukannya banyak follower. Te-Yan tak kisah pun follower banyak atau tidak sebab tujuan Te-Yan buat blog ni pun untuk mengisi masa lapang.
BW @ Blog Walking
Haaa ini perkataan baru yang Te-Yan jumpa masa mula-mula jadi blogger. Mesti ada word "bw" kat shoutbox. Dok mencari apa benda "bw" ni sehinggalah tahu yang bw ni rupanya kata singkatan untuk Blog Walking. Maksudnya ada blogger dah lawat blog walaupun tak follow blog tersebut.
Personal Blog, Blog Berita, Blog Gossip
Sepanjang setahun ni, dapat juga Te-Yan view jenis-jenis blog yang ada kat dunia maya nie. Mostly yang banyak Te-Yan follow adalah blog personal yang mempunyai follower yang ramai. Dalam kategori blog paling popular. Te-Yan pun kagum juga dengan mereka yang ada blog personal mampu menarik minat ramai follower untuk join blog mereka. Ada kategori blog berita yang memaparkan berita-berita terkini dan tak kurang juga blog-blog berunsur gossip terutamanya gossip pasal artis-artis. Pergghhh memang banyaklah orang follow. Huihhh gossip kan..Sapa yang tak nak baca, mesti orang nak baca punya.
Nuffnang
Dulu memang tak tau apa tu Nuffnang. Pelik je bila tengok blog orang lain semua letak benda ni. Penuh iklan-iklan kat header, side blog. Bila explore baru tau yang Nuffnang ni merupakan sebuah syarikat pengiklanan secara online dan juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger. Rasanya ramai blogger yang boleh dapat pendapatan sampingan apabila mendaftar dengan Nuffnang nie.Te-Yan pun masih tak berapa jelas juga pasal Nuffnang nie. Register pun tak lagi sebab Te-Yan buat blog nie pun bukan untuk wang. Nanti lah kalau tergerak hati nak jana pendapatan tambahan, Te-Yan akan cuba, tapi bukan dalam waktu terdekat ini.
Betapa Kreatifnya Blogger
Yuppppp...ini memang tak dinafikan. Kebanyakan blogger memang dari golongan remaja. Blog merupakan salah satu medium yang paling mudah untuk mereka berkongsi cerita. Kalau dulu guna buku diari. Simpan bawah bantal. Siap ada kunci lagi. Sekarang dah bileh buat diari online. Sama ada blog tersebut untuk paparan umum atau pun blog itu hanya untuk mereka yang tertentu sahaja. Namun yang paling Te-Yan suka apabila melihat betapa kreatifnya blogger merekabentuk blog masing-masing mengikut citarasa tersendiri. Canggih-canggih belaka. Bila blog kreatif, mesti pembaca suka nak jenguk lagi blog tersebut. Te-Yan memang follow blog yang rekabentukya agak unik.
Penggunaan Bahasa Blogger
Hmmm yang ini juga pengalaman baru. Ada blogger yang menggunakan bahasa yang mudah untuk dibaca dan difahami. Sopan santun dan lemah gemalai. Dan ada juga blogger yang bahasa dalam blog nya boleh dikategorikan sebagai "OOPPPPPSSS". Maksudnya kata-kata yang digunakan dalam blog tu agak kasar dan kadang kala bila orang baca hati boleh panasssss. Ada juga bahasa blogger ala-ala bahasa sms atau bahasa budak zaman sekarang lah yang sampai satu tahap tak paham apa yang mereka tulis sebenarnya. Banyak menggunakan perkataan ala-ala sms dan bahasa chatting. Heheheh jangan marah ye. Te-Yan ni kan ke cikgu. Bila baca tulisan sms atau chatting kompom hangin je ngan students.
Kemahiran Menggunakan Coding @ Bahasa Pengaturcara
Ini lah salah satu faktor kenapa Te-Yan buat blog. Penggunaan coding HTML atau Hypertext Markup Language. Apa benda pulak tu...??? Ala sapa yang jadi blogger menti tau apa itu HTML coding. Coding ni Te-Yan dah belajar di zaman universiti dulu sebab dulu Te-Yan ambil jurusan Teknologi Maklumat. Jadi adalah juga belajar berkaitan dengan HTML Coding nie. Dulu nak buat website kena taip HTML coding ni kat Word Pad, then save kan sebagai .html. Memang susah juga lah sebab memang kena tau step membuat coding dari mula sampai habis. Tertinggal satu syntax dah kompom tak menjadi lah web tu. Tapi sekarang dengan platform yang sedia ada dalam blog, pembaca tak perlu nak tahu sangat coding HTML. Cuma mereka kena belajar cara nak ubah suai coding HTML yang sedia ada supaya paparan blog menjadi seperti yang dikehendaki. Te-Yan jadikan perkara ini sebagai salah satu cara untuk mengingat kembali penggunaan coding HTML yang dah lama dilupakan. Kiranya nak asah balik kemahiran pengaturcaraan yang telah lama ditinggalkan.
Welll itu sahaja untuk entri pada hari ke 365. Happy Blogging to everyone.....
No comments:
Post a Comment