Saturday, June 02, 2012

Jom TABUR Duit di Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum w.r.t

Hew..hew.. sekarang dah jam 12.10 pagi. Mata masih segar bugar tak mahu tido. Sambil melayan internet, skodeng sana, skodeng sini, bw sana, bw sini, rasanya nak update entri apa yang berlaku siang tadi. Wooo hari ni Te-Yan pergi meronda sakan  bersama kawan Te-Yan dan juga dua hero dan heroin itu. Destinasi seharian adalah di Seksyen 7, Shah Alam. Eheeee, apa yang ada kat situ..? Macam-macam ada. 

Motif utama adalah untuk membeli shawl yang dah lama berkenan di hati. Selama ni hanya tengok kat website je dan tak berpeluang nak beli. Asal nak beli online je SOLD OUT. Akhirnya buat plan ngan member,nak terjah time cuti sekolah nie. Hopefully shawl yang berkenaan di hati ada di butik itu. 

Kami bergerak awal dalam jam 9 pagi sebab nak dapat parking. Sampai kat Seksyen 7 tu dalam jam 10.30 pagi. Time cantik punya sebab kedai baru je bukak. Well terus je melangkah ke tempat yang ditujui. Wakaka nak tahu kami pi mana...? Kami pi sini haaaaa....RADIUSITE..butik shawl. Masuk je kat dalam butik tu, first yang terkeluar dari mulut, "Waaaa, cantiknya". Apa lagi belek sana sini lah apa-apa shawl yang ada. Fesyen shawl kat butik ni memang sentiasa up to date dan memenuhi citarasa peminat-peminat shawl. Memang rambang mata lah. Harga pun okey juga. Niat di hati nak beli shameen shawl sebab tengok dalam website memang cantik. Tapi bila dah tengok live, owhhh banyaknya manik-manik di bahagian atas shawl tu. Rasanya sesuai untuk pergi function je. Memang meletop lah kalau pakai. Te-Yan cuma nak cari shawl yang simple dan boleh dipakai semasa bekerja. Belek punya belek, dapat juga shawl Paddle Pop chiffon dengan warna yang agak unik. Tak pernah ada lagi tudung warna tu. Dapat sehelai pun cukuplah. Sebab lepas ni nak tabur duit kat tempat lain lagi. Member Te-Yan dan adiknya juga telah membeli shawl dan tudung yang telah memnuhi citarasa masing-masing.

Perut berkeroncong minta diisi. Hero dan heroin Te-Yan pun dah bising bila nak pergi makan. Kami isi perut dulu dekat satu restoran ala-ala Padang. Entah apa nama restoran tu pun tak ingat. Tapi yang uniknya restoran tu menyediakan beberapa ruang makan untuk mereka yang amat gemar bersila sewaktu makan. Kami memilih untuk bersila. Macam biasa kalau dah restoran padang, mesti ada benda-benda makanan yang berkaitan penyek-penyek tu. Tapi kami order 4 set yang berlainan dengan harga RM10.90 satu set. Thanks pada member Te-Yan yang belanja makan. Buat susah-susah je. 

Habis lunch, kami ke destinasi butik shawl yang seterusnya. Butik SugarScarf. Style shawl yang ada di butik ni lebih kurang sama dengan Radiusite. Tapi Te-Yan rasa lebih banyak pilihan. Hero-heroin tu jadi teruja pula tengok cermin besar yang ada kat situ. Berlari-lari dalam butik tu. Wooohh pening kepala dibuatnya. Mana nak memilih shawl, mana nak kawal diaorang lagi. Berbuih juga lah mulut suruh duduk diam. Dan akhirnya dapat juga Te-Yan pilih shawl yang bekenan di hati. Memang cantik lah. Uniknya shawl tu sebab material daripada chiffon dan kombinasi warna yang berlainan. Shawl yang panjang dari biasa dan harga pun tak mahal. Bulan depan rasanya mau datang lagi.

Kemudian, kami meronda lagi apa yang ada di sekitar tempat tesebut. Bagi Te-Yan, Seksyen 7 ni dah jadi macam pusat butik-butik menjual shawl. Apa nak semua ada di sini. Buat sahaja pilihan kedai mana yang nak diterjah. Kalau sesiapa yang bergelar ustazah, juga boleh dapatkan tudung yang labuh di Butik Ustazah. 

Yang paling best kat sini ada Bazaar Seven. Mula-mula ingatkan satu kedai je, rupanya ada lagi deretan kedai lain dalam bazaar tu. Dah rasa macam Mini Jalan TAR pula. 

Kesimpulan yang boleh dibuat, tak perlu lah korang susah-susah nak pi KL. Lajak je diri tu ke Seksyen 7 Shah Alam. Buat je pilihan. Pasti puas hati. Insya Allah, next month buat rombongan ke sini lagi. Motif untuk mencari baju raya...yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...