Saturday, June 23, 2012

~Beg Misteri 1000 Cerita~

Assalamualaikum w.r.t

Tak perlu nak kata apa, tapi yang pastinya sekarang nie Te-Yan rasa nak gelak guling-guling kat bawah meja. Apa taknya beg harta karun merangkap beg misteri sudah ada di rumah. Beg tu dah bertahun-tahun tinggal kat rumah mak di utara Malaysia. Sejak tamat study kat universiti sampai dah kahwin, dah beranak pinak, beg tu tersadai elok bagai puteri kat bawah katil umah mak tu. Last month my brother bawa ke rumah adik. Hahahah akhirnya sampai jugak kau kat sini wahai beg ku sayang. 

Kenapa rasa nak ketawa aje, sebab macam-macam benda ada kat dalam beg tu. Himpunan 1000 satu cerita dari zaman matrik sehingga dah habis universiti. Segala buku, surat tawaran, diari, surat cinta, semua ada kat dalam beg tu. Bayangkanlah habis belajar kat universiti tahun 2000. Kiranya beg tu dah berusia sekitar 12 tahun. Tapi beg tu masih cantik lagi tau. Barang-barang kat dalam tu pun masih elok lagi. Tenkiu pada my sister-in-law yang tolong jaga bagaikan puteri beg misteri tu. Nasib baik dia tak bukak. Banyak rahsia dalam beg tu.
Taraaaaa!!!! Ini lah beg tu. Ha 12 tahun dah beg ni tau.
Masih cantik  dan elok lagi.

Okey nak tau apa ada dalam beg misteri tu..? Meh sini Te-Yan nak cerita. Penat menyelongkar beg tu. Mula-mula cek poket kiri kanan kat beg tu. Taraaaaaa...!!!! Tau jumpa apa..? Surat cinta kau..!!!! Hahah surat cinta orang bagi kat Te-Yan masa kat zaman universiti. Wauuuu, bila baca dok sengih-sengih sendiri. Jiwang karat giler ayat budak-budak yang admire kat Te-Yan tu. Bila recall balik, haiyoooo lawak giler lah tyme tu. Tapi minta maaf lah ye sebab tak berapa nak terima korang tyme tu. Kesian juga. Tapi nak buat cemana, tyme tu hati masih tak terbuka untuk bercintan. Focus hanya untuk study. Wah, baik sangat lah kan focus untuk study. 

Selongkar lagi...hahahah yang ni memang lawak tau. Jumpa buku luahan hati dan perasaan yang dipanggil "DIARI". Korang tau ke apa tu diari.? Korang pernah ke ada diari..? Rasanya budak zaman sekarang mana ada buku diari dah. Buku yang kena tulis dengan pen. Sekarang ni semua luahan perasan kat dalam Blog. Buku Dairi tu siap berkunci lagi . Jangan memain, berkunci kau. Konon-konon rahsia sesangat lah kan. Ishh mana pulak lah kunci diari ni. Dah 12 tahun entah mana kunci tu tersorok. Hilang lah tu. Jalan terakhir koyak cover buku tu sebab nak baca apa lah yang dah ditulis 12 tahun yang lalu. Yesssss, dapat bukak. Huiyooo tak sangka pulak lah boleh jadi penulis terhebat di zaman itu. Setiap hari ada kisah dalam diari. Senyum simpul sendiri. Ni kalau orang jumpa mampuih orang gelak guling-guling. Dah habis baca, tak simpan dah buku tu. Koyak dan terus campak dalam plastik sampah. So tak boleh lah korang tengok cemana buku diari tu kan. Lawa buku tu..Heheheheh.

Buka satu lagi poket beg, jumpa sesuatu yang orang dah tak pakai dah. Apa benda tu...? Eleh kalau budak-budak cyber zaman sekarang ni, kira outdated lah kalau pakai benda ni. "Disket"...!!!!!!. Banyak nya disket guna waktu tu. Heheheh tu kalau bukak banyak nye projek IT masa zaman universiti tersimpan lagi dalam disket tu. Dulu semua guna disket. Kira disket lah medium paling canggih nak simpan data. 
Tu diaaaa...ni baru separuh koleksi disket..Semua projek ICT ada dalam ni..

Selongkar pula isi dalam beg. Wah masih tersusun rapi. Semua buku-buku masa study ada dalam tu. Dan paling tak sangka jumpa semula koleksi novel-novel remaja yang suka dibaca masa tu. 

Rossana, Di Pertemuan Kedua, Jodoh oh Jodoh

Koleksi penulis yang paling diminati Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman
Rindu Berdetik Lagi, Awek Cun

Blind Date, Rindu Yang Tertangguh
Tapi buku Budak Setan, Lagenda Budak Setan, Pilot Cafe, Katrina tak de pun dalam beg tu. Mana pulak buku-buku tu..????? Musykil. Alahai, sayangnya kalau hilang.

Wahhhh, ada sampul besar pulak kat dalam beg ni..Apa kat dalam sampul nie. Hmmm keras pulak tu. Jeng....jeng..jeng..ini bendanya...Cover certificate masa konvokesyen tahun 2000. Tersimpan rapi kau. Sayangnya...Bukti tau Te-Yan dah ada degree. Love it.

Bukti dah ada Degree tau. Original folder from UUM

Selak-selak buku-buku study dalam beg tu, ternampak satu buku yang boleh mengimbau pula zaman matrik. Hahahah baru teringat buku majalah zaman matrik dulu. Namanya "Bahtera". Sapa dulu budak matrik UUM for sure korang kenal buku nie...
Ini le majalah Bahtera. Edisi tahun 1996/1997. Majalah khas untuk budak-budak matrik.
Sapa matrik UUM, mesti korang ada buku nie.
Macam-macam ada kat dalam tu. Selak satu-satu muka surat. Dan akhirnya tiba pada muka surat yang paling dinanti-nantikan...Taraaaaaa...!!!!! Album Kelas.....Hahahahha baru lah ingat masa matrik dulu kelas mana. Tengok muka sorang-sorang. Cari pulak muka sendiri yang mana satu. Oppppsss jumpa dah...hahahha jongos-jongos belaka. 

Yeehaaaa ini lah member kelas masa semester dua kat UUM matrik dulu. Kelas 1.20.
Mana Te-Yan..? Carik sendiri okey. Saje buat gambar blur.....

Muka-muka budak paling top dan glemer zaman matrik pun ada. Muka-muka yang hensem-hensem dan cun-cun tyme tu pun ada. Hehehe ini 12 tahun yang lalu. Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Ada yang dah jumpa semula dalam Fesbuk. Then dah pernah jumpa mereka masa reunion tahun 2009 yang lalu. Tak sangka kan. 

Yang pasti, puas hati sebab dapat beg ni semula. Kenangan yang sungguh manis sepanjang jadi student dulu...

Okey, stop sini. Perut dah lapar. Nak makan nasi goreng ikan bilis dulu. Happy reading..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...