Tuesday, June 05, 2012

Sepinggan Kongsi Berdua

Assalamualaikum w.r.t

Semacam je kan tajuk entri kali ni. "Sepinggan Kongsi Berdua"..?? Kalau sepintas lalu mesti orang ingat couple-couple yang suka sangat kongsi makan berdua. Well ini kisah hujung bulan Mei hari tu. Baru je rasa nak update. Korang pernah makan "nasi arab"..? Alah kalau kat Cyberjaya ni dah confirm restoran ni famous tahap gaban. Sebutnya Restoran SABA mesti peminat nasi arab tau punya. Memang full je setiap hari tambah-tambah kalau waktu malam. Kat KL pun ada juga cawangannya tapi kat sini lagi sedap. 

Actually kami cikgu-cikgu ICT ada bengkel pembelajaran Virtual Learning kat Cyberjaya. Jadi sebelum ke bengkel tu, kami semua telah diraikan di satu majlis ringkas, ala-ala sempoi gitu kat restoran ni. Takde nya protokol. Our KUTV boss kat PPD tu nak belanja we all makan sempena meraikan kejayaan daerah kami dapat 1st ranking tiga tahun berturut-turut dalam subjek ICT dalam negeri Selangor nie. Selangor ni kan ada sembilan daerah. Jadi daerah kami nombor satu. Woooowww tak sangka sungguh. Alhamdulillah, berkat kerjasama antara semua guru ICT daerah, inilah hasil yang kami dapat apabila melihat kejayaan anak-anak didik kami dalam subjek ICT. Ramai juga yang tidak tahu subjek ICT ada ditawarkan di sekolah menengah sebagai subjek elektif bagi tingkatan 4 dan 5. Silibus subjek ni, woooooo taraf masa Te-Yan belajar kat universiti dulu. Kiranya students yang ambil subjek ni semasa di sekolah tidak akan ada masalah sekiranya mereka menyambung dalam jurusan ICT semasa di universiti. Habis tu dah semuanya belajar. Cuma bila di universiti kursus nya advanced sedikit. Tapi bila dah ada basic tak jadi masalah. 

Bukan perkara yang mudah untuk memastikan kejayaan para pelajar dalam subjek ini. Tahap kategori pelajar yang ambil subjek ini juga berbeza. Ada yang terdiri dari aliran sains dan ada juga dari aliran kemanusiaan. Kalau aliran sains pastinya tiada masalah dari segi pembelajaran. Tapi kalau aliran kemanusiaan, memang cabaran untuk gurunya. Tapi hasil usaha dan kerjasama antara guru, akhirnya kejayaan ini dicapai. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk terus mengekalkan prestasi. 

Terima kasih kami ucapkan kepada boss KUTV kami sebab sudi belanja kami makan kat sini. "Sepinggan Kongsi Berdua" tu maksudnya, kalau you all terasa nak makan kat sini, kalau order makanan tu tak yah lah order banyak-banyak. Sepinggan nasi arab tu boleh kongsi dua orang oiiiii. Itu baru yang quater punya. Cuba bayangkan yang half pulak..? Confirm 4 orang kongsi sepinggan. Tapi tak dinafikan menu-menu kat sini sedap-sedap belaka. For those yang memang suka makan daging kambing, try lah makan. Favourite Te-Yan , Khabsah Lamb..yummy....Te-Yan dah selalu juga makan kat sini. My kids memang suka sangat sebab nasinya sangatlah lembut. 

Jadi dah hari tu ada orang belanja, sumbat juga lah sampai habis. Walaupun perut dah tak boleh nak terima suapan seterusnya. Membazir lah pulak kan. Tapi memang kenyang sampai esok pagi. Burrrrppp......Alhamdulillah. Tengok member-member makan, mak aiiiiii sampai tak ingat orang keliling. Ada yang boleh makan sepinggan habis. Dah habis sepinggan makan pulak kebab. Tapi jus lemon memang terbaik. Kalau tengok orang arab makan kat sini, dorang mesti makan nasi atau roti dengan air coke. 

Inilah boss KUTV kami. Sangatlah sportingnya.....Tenkiu boss sebab  buat jamuan paling sempoi untuk kami
Seram tengok air jus tu.."Tropikal Juice"..segala jenis buah dicampur sekali.

Tu dia aihhh....sampai penuh mulut tu.....Sedap nooooo....Fokus tanpa belah bahagi

Setelah mendapat "kelulusan" maka kami mengorder tanpa had batasan..wakakakakaka

Makan tanpa mampu berkata apa-apa...fokus..fokus..heeeeee
Silalah datang ke Cyberjaya kalau nak pekena penangan nasi arab kat sini. Eceeeehhh macam promoter pulak lah kan dok promote kedai orang. 

Setelah kekenyangan maka kami segerombolan pun terus ke Bengkel e-Kelas untuk sesi seterusnya. Haishhh ini agenda utamanya, ada kursus wehhhhh. Pulak tu Te-Yan and KP kena bagi talk kat sini. Perut kenyang, mata ngantuk lah kan. Masuk pulak dalam lab komputer yang lampunya wooooww romantiknya. Jangan tak tahu, lab komputer ni spesel sebab lampu and aircond ada timing. Tepat pukul 4.00pm semua off automatically. Woooooo...

Hopefully apa yang kita dah dapat masa kat bengkel ni kita gunakan secara optimum kepada pelajar ICT kita. Then boleh suggest untuk digunakan satu sekolah. Yang penting keikhlasan kita mengajar. Kejayaan anak didik itu lah hadiah ternilai buat kita yang bergelar guru. Mudah-mudahan tahun ni daerah kita dapat 1st ranking lagi. Boleh buat trip lain pula..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

For ICT students, tahun ni you all must all out okey. 100% again and again and again...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...