Assalamualaikum w.r.t
Entri sebelum ni, Te-Yan ada sebutkan pasal PTD -Program Transformasi Diri. Hari ini merupakan hari terakhir program tersebut dijalankan. Kali ni, Te-Yan nak buat entri pasal slot terakhir program tersebut. Macam biasalah, kalau kelas Te-Yan mesti bebudak semua tu nak buat kat makmal. Mentang-mentang makmal ber"aircond". Sedaplah nak melepak. Tapi bukan melepak sesaja. Ada program nak dibuat.
Slot terakhir bertajuk "Ceritaku". Objektif aktiviti untuk melihat kemahiran pelajar berfikir dengan pantas di samping melihat perbandingan idea antara lelaki dan perempuan. Jadi mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Masa yang diberikan hanya 15 minit untuk melengkapkan cerita.
Kedua-dua kumpulan diberikan satu perenggan cerita yang perlu disambungkan. Setiap ahli kumpulan perlu menyambung cerita tersebut dan pelajar yang terakhir dikehendaki melengkapkan penyudahan cerita dan perlu membaca cerita tersebut. Ini perenggan pertama yang perlu disambungkan.....
"Pada suatu malam, ketika aku sedang tidur di rumah, aku terjaga dan menyedari langsir di bilikku bergerak-gerak seperti ditiup angin yang kuat. Aku turun dari katil untuk menutup tingkap itu yang sebenarnya tidak terbuka. Kemudian...."
Inilah hasil cerita kedua-dua kumpulan:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar Lelaki
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu malam, ketika aku sedang tidur di rumah, aku terjaga dan menyedari langsir di bilikku bergerak-gerak seperti ditiup angin yang kuat. Aku turun dari katil untuk menutup tingkap itu yang sebenarnya tidak terbuka. Kemudian aku terasa nak terkucil. Tiba-tiba handphone aku berdering tanpa diduga. Rupa-rupanya, ada mesej masuk. Terkejut saya. Selepas itu, aku keluar makan di kedai Prima. Tetapi aku patah balik ke rumah kerana berasa tidak sedap hati.
Ketika aku membuka pintu rumah, aku terkejut melihat bapakku berdiri di hadapan pintu sambil memegang kayu golf. Lalu dia bertanya, " Kau hisap rokok ke?" Aku dengan bangganya menjawab " Mestilah TAK !". Tiba-tiba pintu rumah kami diketuk dengan kuat, dan apabila aku membuka pintu, aku ternampak pocong yang mempunyai bibir yang bengkak, yang seksi. Aku terkejut, dan terus memanggil bapaku. Kemudian apabila bapaku menjenguk ke luar, bapaku melihat tiada apa-apa di luar. Kami terus masuk ke dalam dan terus melupakan apa yang terjadi.
Selepas itu, aku masuk ke kamarku untuk merehatkan badan. Selepas beberapa minit, aku terlihat bayang-bayang seakan-akan seorang perempuan berambut panjang. Lalu dengan perasaan yang sangat takut, aku tetap membaca surah-surah Al-Quran yang aku ingat. Sambil membaca ayat-ayat Al-Quran, aku memegang kayu golf yang digunakan oleh bapaku. Lalu aku meghentam ke bahagian kepalanya. Melompat-lompat hantu itu dibuatnya. Terkekeh-kekeh aku ketawa.
Aku berasa sungguh puas apabila dapat memukul kepalanya seperti bermain tenis menggunakan kayu golf. Tiba-tiba kepala ku diketuk balik pula. Aku ingat hantu itu ingin melawan, rupa-rupanya emak ku memukul kepalaku. Baru aku tersedar itu hanya mimpi. Apabila tersedar dari mimpi, seakan-akan dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur.
[Hadoiiiiiii....inilah hasil cerita 7 orang pelajar lelaki......hahahahhaah apalah yang korang merepek nie...Kalau cikgu BM baca korang punya karangan macam ni, mau kena sumpah seranah.... jom kita baca pula hasilan cerita pelajar perempuan]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar Perempuan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu malam, ketika aku sedang tidur di rumah, aku terjaga dan menyedari langsir di bilikku bergerak-gerak seperti ditiup angin yang kuat. Aku turun dari katil untuk menutup tingkap itu yang sebenarnya tidak terbuka. Kemudian aku terdengar jeritan suara adikku. Aku pun terus bergegas ke bilik adikku. Tiba di biliknya, aku ternampak adikku terbaring di lantai sambil menangis.
Lalu aku bergegas mendapatkan adikku. Tetapi apabila aku menyapa adikku, berlaku perubahan pada wajahnya. Adikku bukan kelihatan seperti adikku.
Rupanya sepertiku pernah lihat di dalam kaca tv. Mukanya mirip muka E.T. Badannya juga berubah. Dia mempunyai ekor sepanjang 2 meter. Giginya berwarna biru langit. Matanya besar seperti mata seekor kucing. Tiba-tiba adikku menyanyi lagu "Wonder Pets".
Suaranya seperti Rebecca Black. Suara yang tidak dapat aku mengenal pasti bunyi apakah itu. Telingaku hampir berdarah. Suara itu semakin menghilang. Aku tercari-cari kemanakah ia menghilang. Aku mencari di manakah datangnya suara itu. Lalu aku pergi ke dapurdan tiba-tiba aku ternampak kelibat bayang-bayang bergerak laju dihadapanku. Aku keluar dan aku ternampak seorang lelaki berbadan sasa di sebalik pokok pisang seorang diri.
Dia datang untuk membantuku dan aku melihat muka sangat kacak. Aku berasa selamat apabila dia menghulurkan bantuan kepadaku lalu aku beriringan berjalan dengannya. Aku terfikir "Eh, aku nak pergi mana? Bukankah aku berada di rumah..?" Lelaki kacak itu hanya tersenyum. Rupanya tidak ubah seperti seorang penyanyi. Oh rupanya itu Malek dari kumpulan One Direction. Dan tiba-tiba semua ahli One Direction datang ke arahku. Aku seprti berada di konsert One Direction walaupun aku tidak berapa minat dengan penyanyi itu. Kami berborak-borak dan akhirnya mereka mempelawa aku untuk menyertai kumpulan itu. Dengan bangga aku menerimanya dan rakanku Laili Fadhelah mula cemburu akan aku dan Malek. Kami hidup bahagia selamanya.
Heh apahal pulak la terkeluar pasal kumpulan niiiii..... Baru hari ni Te-Yan tau ini kumpulan One Direction.....hahahahhahahahhahahahhahaha |
[ Hahahahhaha ini dikarang oleh pelajar 9 pelajar perempuan. Entah cerita mimpi ke,betul ke..tetiba je ada mamat kat pokok pisang..tetiba je ada One Direction..Dulu K-Pop..ni dah One Direction pulak.....habislah kena sembur ngan cikgu BM korang.....]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas nie memang "HAVOC"...GAMAT makmal dibuatnya bila pelajar terakhir membaca cerita tersebut. Cerita pelajar perempuan sudahnya Te-Yan yang baca sebab suara pelajar perempuan tu halus sangat...tak dengar apa......ngeeeee..
Tidak kiralah bagaimana pun penghasilan ceritanya. Yang penting objektif tercapai kerana mereka semua dapat melengkapkan sebuah cerita mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping boleh melihat perbandingan pemikiran antara pelajar lelaki dan perempuan.
Diharapkan selepas ini korang semua dapat lah perbaiki tatabahasa ayat dalam karangan. Nie kalau cikgu BM korang baca, mau dia jerit dalam kelas.....
Esok Te-Yan post entri pasal "Haiwan Berkaki Empat" yang kelas nie lukis..rupa-rupanya banyak haiwan berkaki empat yang baru....jadi ......
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU !!!!!!!!!!!!!!!
1 comment:
ni mimpi nie..haha
Post a Comment