Tuesday, January 17, 2012

KUMON ~ The Best Way of Self Access Learning

Assalamualaikum w.r.t

Pernah tengok logo kat bawah ni...???



Mesti pernah tengok, jumpa, tak pun dah pernah join kelas KUMON nie kan. Dulu Te-Yan cuma pernah dengar aje pasal KUMON nie. Tapi tak pernah nak ambil tahu apa yang ada dalam KUMON nie. Cuma tahu ala-ala macam tuisyen Math aje. Tapi bila dah ramai yang mengatakan pencapaian Matematik anak-anak mereka meningkat selepas mengikuti program ini, jadi Te-Yan cuba menghantar anak sulong Te-Yan mengikuti program ini. Dan setelah hampir dua tahun, Alhamdulillah, pencapaian Matematik nya semakin meningkat. Kalau dulu kalau mengira sampai guna semua jari. Tapi sekarang ni tengok pun dia dah tahu jawapannya. Sekarang ni Te-Yan hantar dia megikuti kelas Math dan juga English. Geram bila dengar dia membaca ayat English macam ayat BM. Walaupun pernah belajar di tadika English, belum tentu akan ingat semua. Dalam masa dua minggu dia dah boleh lancar menyebut perkataan-perkataan baru. 

Jadi Te-Yan memang setuju bila dikatakan KUMON ni banyak ke arah SELF ACCESS LEARNING. Sebab..:

Ada Ujian Diagnostik
Anak Te-Yan kena lalui ujian diagnostik untuk tahu tahap pembelajarannya. Dan dari situ baru instructor akan letakkan dia pada level sepatutnya. Anak Te-Yan memang bermula dari level yang paling bawah. Dari mula tracing number walaupun masa tu dia dah tahun 1. Sebab masa buat ujian tu, hanya satu je yang betul. 

Kelas Dua Kali Seminggu -Pembelajaran Secara Individu
Anak Te-Yan akan ke kelas KUMON dua kali seminggu. Bila sampai anak dah tahu apa nak dibuat. Ambil fail di rak yang ditetapkan. Dalam fail dah ada tugasan untuk hari tersebut. Terus duduk dan buat worksheet yang ada dalam fail. Tiada pembelajaran seperti dalam kelas. Cuma pelajar digalakkan untuk buat worksheet secara individu. 

Ada Instructor Yang Akan Memantu Pembelajaran Kendiri
Instructor akan memastikan tahap yang betul dalam pembelajaran. Instructor akan sediakan worksheet mengikut tahap pelajar. 

Pelajar Kena Siapkan Worksheet Secara Individu
Pelajar kena siapkan worksheet pada hari tersebut dan diserahkan kepada Instructor. Worksheet akan disemak dan diserahkan kepada pelajar. Yang best sebab setiap kali tengok semakan ada kategori 100 STAR dan 100 SMILE. 100 star tu kalau semua betul. 100 SMILE tu kalau ada kesalahan. Pelajar akan buat correction sendiri. 

Kena Buat Homework Setiap Hari
Part ni yang paling best. Lepas dah attend kelas, pelaajr akan diberi worksheet ikut hari. Haaa memang kena siapkan semua worksheet mengikut hari. Setiap kali buat worksheet, kena tulis masa. Nak tengok speed dalam siapkan kerja. Memang bagus teknik macam nie. Lepas tu worksheet ni kena hantar bila datang ke kelas seterusnya. Bila dah dapat score yang memuaskan barulah akan dinaikkan ke tahap yang seterusnya.

Itulah kelebihan KUMON. Walaupun Te-Yan ni cikgu, tak semestinya dapat tahu kaedah terbaik untuk memberi pendidikan terbaik pada anak. Kadang-kadang teknik yang kita ajar belum tentu anak faham. Sekarang ni pun Te-Yan dah dapat ilmu sedikit semi sedikit teknik pengajaran di KUMON nie. Dah tahu cara nak tanda worksheet, dah tahu bagaimana cara menghafal sifir. Rupanya senang sahaja. 

Jadi kalau ada rezeki lebih, apa salahnya kita laburkan untuk pendidikan dan masa depan anak-anak kita. 

Cubalah hantar anak ke KUMON. Tak mahal pun. RM120 untuk satu subjek. 8 kali sebulan. Insya Allah, anak-anak akan lebih berdisiplin dalam siapkan homework. Dan pastinya ada peningkatan dalam pembelajaran mereka. 


2 comments:

Unknown said...

Terima kasih te-yan di atas perkongsian ni. Saya memang bercadang untuk menghantar anak ke kumon tapi memandangkan yuran dia agak mahal, jadi rasa kurang pasti. Bila baca entry te-yan ni rasa konfident sikit nak hantar anak-anak. thanks again.

Te-yan saya ada blog jugak. Jemput visit ye
http://souqvitamin.blogspot.com/

Dr Shima Mat Saad said...

thank you for sharing. tgh survey review pasal kumon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...