Monday, June 20, 2011

Bermulanya Kelas T.A.H.A.N.A.N

Salam semua

Hmmm mesti semua tertanye-tanye kenapa post terbaru Te-Yan bertajuk TAHANAN...?
Apa TAHANAN tu ye. 
Ha kalau nak tahu hanya pelajar-pelajar ICT Te-Yan sahaja yang tahu apa maksud tahanan tue.
Kelas TAHANAN atau KURUNGAN merupakan kelas tambahan yang TERPAKSA Te-Yan jalankan untuk selesaikan kerja kursus pelajar-pelajar ICT yang sepatutnya disiapkan sebelum akhir bulan Jun nie. 


Kalau mengikut peraturan sekolah, kelas tahanan ini BOLEH dilakukan kepada pelajar-pelajar yang TIDAK SIAPKAN tugasan yang sepatutnya. Dah sah-sahlah Te-Yan HARUS buat kelas TAHANAN nie..Banyak lagi yang dorang semua nie tak siap..padahal dah berbuih-buih mulut Te-Yan nie suruh siapkan. Nak markah FREE pun tak nak ka?...Hangin betul..dah tingkatan 5 tapi masih TAK BOLEH BERFIKIR dengan sebaiknya KENAPA perlu buat kerja kursus..

Rasanya dah banyak kali Te-Yan buat kelas TAHANAN nie sejak mengajar ICT. Memang ada KEBERKESANAN nya memandangkan pelajar TERPAKSA siapkan juga pentaksiran mereka.

Tapi hari nie memang Te-Yan mengamuk sakan dengan kelas hari ini. Mana taknya, hangin dengan pelajar yang boleh buat DUNNO dalam kelas padahal kengkawan yang lain dah hampir siap..nak kata tak paham arahan, rasanya Te-Yan dah bagi arahan jelas satu persatu. Kalau dye yg tak paham pesal kengkawan yg lain boleh siapkan sehingga yang diberitahu. Hangin la satu badan. Dah tak boleh sabor betul. Ini bukan masalah peribadi TAPI masalah PERANGAI yang TAK AMBIL KISAH dan TIDAK ADA rasa tanggungjawab terhadap tugasan.

So petang nie Te-Yan nak tengok apa pula yang akan berlaku..berapa orang yang datang kelas TAHANAN nie..berapa orang yang dapat siapkan tugasan sepatutnya..kalau masih lagi MAIN-MAIN, memang satu sekolah lah akan dengar Te-Yan mengamuk.......Kalau tak caya tanyalah pada si MEOW..heheheh dye sudah terkedu bile pertama kali tengok Te-Yan mengamuk sakan dalam kelas......Kan MEOW....???

So kita TUNGGUUUUUUUUU........!!!!!!!!!!!

1 comment:

w@k said...

tenang cikgu tenang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...