Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan setelah dua minggu bercuti. Rasanya dah beberapa hari Te-Yan tak jenguk mukabuku dan bog Te-Yan nie. Macam-macam hal yang berlaku sepanjang cuti nie.
Hmmm hari ni Te-Yan agak kurang bersemangat nak ke sekolah. Bukan sebab MALAS...tetapi dua buah hati Te-Yan yang tersayang, Izz dan Izzah tidak sihat.
Nak dijadikan cerita Izz terkena CHICKEN POX pula semalam (ahad)..hmm dan nak buka sekolah pula baru nak kena. Sambung cuti lagi seminggu hensem boy Te-Yan tue. Hmm dugaan....
Dan pada masa yang sama juga my kajol DEMAM juga. Panas demamnya. Risau juga kalau dia juga kena chicken pox mcm abangnya pula. Tapi buat setakat nie tak nampak lagi lah. Entah esok lusa tak tahu lah pula. Penat berulang alik ke hospital. Tapi ini ujian Allah. Te-Yan kena redha kerana ada sebab kenapa Allah berikan ujian ini.
Petang nie Te-Yan ke hospital lagi nak buat blood test kali ke 2. Sebelum my kids demam, Te-Yan yang demam dulu. 5 hari juga. Then hari yang ke 5, habis keluar bintik-bintik merah kat seluruh badan Te-Yan. Ingatkan denggi, tapi bila buat blood test, Alhamdulillah bukan. Viral infection. Tapi gatal-gatal juga lah satu badan. Hopefully petang nie blood test semakin okey. Te-Yan berdoa agar Allah berikan kesihatan yang baik kepada anak-anak dan Te-Yan.
"Ya-Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau sihatkanlah kedua-dua anak-anakku dengan sebaik-baiknya. Kasihanilah mereka yang masih kecil itu. KepadaMu aku bermohon dan berserah segalanya.Amin Ya Rabbalalamin."
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.
No comments:
Post a Comment