Tuesday, June 28, 2011

Singkirkan HASAD Jauh Dari Hatimu

Assalamualaikum w.r.t

Hayati kata-kata ini :
"Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain, orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu" 
(Petikan Majalah Solusi Isu 32)

Blueeekkkkkkk !!!!!!!


Pernah dengar orang melemparkan kata-kata ini:
  • Eleh asyik-asyik muka dia aje. Takde orang lain ke?
  • Hmmm dia bukannya pandai sangat pun. Nasib je tu.
  • Huh, ada aje benda baru dia nak beli. Eleh nak menunjuk-nunjuk lah tu
  • Alaaaa dia bukan nya hebat mana pun. Ada lagi orang yang lebih hebat dari dia. Nasib aje tu.

Kenapa topik HASAD pula ye kali ini..? 

Rasanya semua pernah merasa kalau ada orang yang cemburu dengan apa yang kita ada kan?
Pada pandangan Te-Yan, perasaan hasad atau cemburu atau lebih kasar sedikit bahasanya dengki sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Hasad dari segi perbuatan. Hasad dari segi percakapan. Sifat semulajadi manusia yang tidak boleh melihat seseorang itu lebih sedikit dari dirinya. Tidak kiralah lebih dari segi apa pun. Lebih harta, lebih rezeki, senang kehidupan, pasti ada insan bergelar manusia yang merasa tidak berpuas hati. 

Ada orang yang sifat hasadnya melalui perbuatan. Sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain. Ada orang yang sifat hasadnya melalui percakapan. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain sama ada sedar atau tidak.

Singkirkan lah perasaan HASAD yang ada dalam diri kerana perasaan itu hanya merosakkan kehidupan kita. Jika difikirkan,orang yang mempunyai perasaan seumpama ini, setiap hari fikirannya akan sentiasa mencari idea untuk menyakitkan hati insan yang lain. Mengapa perlu ditanam perasaan sedemikian dalam diri ? Ingatlah setiap insan itu sudah diberi rezeki masing-masing secukupnya dari Allah Taala. Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. 

Sentiasalah bersyukur atas kurniaanNya. Nescaya hidup kita diberkati.

Moral : Mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan insan yang penuh hasad dalam diri. 

1 comment:

Fuddlo said...

Lain macam je bunyi nya ni...sabo la...dapat pahale...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...