Monday, June 27, 2011

Wanita Amat SENSITIF kah ? ~

Assalamualaikum w.r.t


Isu yang selalu kita dengar..

Wanita mudah menangis
Wanita mudah marah
Wanita mudah merajuk
Wanita mudah sensitif


Tapi benarkah?
Itu memang tidak dinafikan juga. Banyak juga pendapat dalam Internet yang membahaskan isu ini. 
Ada yang mengatakan wanita mudah menangis disebabkan luahan emosi yang tulus ikhlas.
Ada juga yang mengatakan bahawa wanita mudah marah kerana itu salah satu cara mereka meluahkan emosi yang terpendam dalam hati.

Tapi pada pandangan Te-Yan tidak kiralah bagaimana seseorang menilai wanita, hakikatnya jiwa wanita memang lembut. Walaupun sekasar mana wanita itu, tetapi jauh di lubuk hati mereka terselit sifat kelembutan itu. 

Cuma kadangkala wanita tidak bijak mengawal emosi. Mungkin sebab itulah wanita tidak layak menjadi ketua keluarga. Cuba fikirkan, sekiranya wanita menjadi ketua keluarga, tidak mustahil ramai lelaki yang akan bergelar Bapa Tunggal/ Suami Tunggal...

Moral: Sangat tertarik dengan penulisan Dr Harlina Halizah Siraj dalam Majalah Anis keluaran Julai 2011 " Kita bukan mentimun, tergolek atau digolek tetap luka. Kita juga bukan lilin yang membakar diri. Kita mesti jadi seperti sang mentari. Wanita mesti teguh peribadi." 

Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...