Thursday, June 30, 2011

~ Ikhlas Min Qulubi ~

Assalamualaikum w.r.t


*Ikhlas Min Qulubi *

Yang bermaksud ~ Ikhlas dari hati
*Ikhlas* ~ Perkataan mudah yang selalu diucapkan dari mulut kita. 

Banyak definisi KEIKHLASAN.
Tulus, hadiah, reda, rela, suci, jujur.

Melakukan perbuatan yang baik dengan tujuan mendapatkan redha Allah Taala tanpa mengharapkan sebarang pujian. Itulah definisi ikhlas sebenarnya.

Ikhlaskah kita dengan kehidupan seharian kita ? Keikhlasan itu penting dalam hidup kita. Tidak rugi sekiranya kita ikhlas terhadap insan lain. 

Seandainya tulus hati berbuat kebaikan kerana Allah Taala, nescaya hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Sentiasalah ikhlas dalam pekerjaan kita, mudah-mudahan rezeki yang kita peroleh itu mendapat keberkatan Alla Taala.
Sentiasalah ikhlas dalam percakapan kita, mudah-mudahan ilmu yang kita sampaikan itu mendapat keredhaan Allah.
Sentiasalah ikhlas dalam perbuatan kita, mudah-mudahan apa yang kita lakukan itu juga Allah berkati.

Renungkan peribahasa ini ::
*Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, akan kotor juga.* 
Yang bermaksud :: Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

Moral : Tidak rugi kita sentiasa ikhlas dalam diri.

Wallahualam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...