Salam sayang semua....
Mama-Ibu-Ummi....
Panggilan yang biasa kita dengar setiap hari.
Panggilan yang selalu kita berikan buat INSAN yang paling bermakna dalam hidup kita dan sepanjang umur kita. Dan panggilan itu juga yang dipanggil oleh anak-anak kita...
Kenapa pula Te-Yan berbicara tentang topik ini pula ye..?
Malam tadi Te-Yan merenung jauh bila melihat tiga perkataan paling bermakna ini.
Alangkah indahnya diri Te-Yan kerana telah menjadi seorang MAMA kepada dua anak comel Te-Yan... Izz Firdaus dan Izzah. Melihat keletah mereka yang pelbagai ragam setiap hari, kadangkala dimarahi, kadangkala ketawa gembira, tersentuh sungguh naluri keibuan ini terhadap mereka. Cuma Te-Yan terfikir, mampukah Te-Yan untuk menjadi seorang MAMA yang terbaik buat mereka berdua..? Insya-Allah selagi hayat dikandung badan dan di panjangkan umur oleh Allah Taala, Te-Yan akan sedaya upaya menjadi MAMA terbaik buat mereka berdua.....
Buat ANGAH, ACU dan ADIK, terima kasih atas panggilan itu..Terharu sungguh rasanya. Semoga kalian bertiga juga akan menjadi INSAN yang berjaya. Pastinya Mama akan merindui kalian bertiga nanti. Jangan lupakan Mama pula sudah lah ye.......
No comments:
Post a Comment