Sambungan........
Kali nie Te-Yan tak tahu mahu mulakan sambungan nya dari mana...sebab Te-Yan rasa terpana seketika bila mendapat tahu berita yang mendukacitakan...Nak tahu berita apa?...bacalah seterusnya....
Kalau ikutkan hati Te-Yan nak cerita pasal MEREKA yang lain pula. Tapi tetiba Te-Yan terasa ingin sambung semula kisah Te-Yan semasa mengajar di kolej dulu. Petang tadi, sambil jenguk fesbuk rakan-rakan dan pelajar-pelajar yg sama-sama di kolej itu, tiba-tiba Te-Yan terpandang satu komen yang memeranjatkan Te-Yan pada satu gambar...Ya-Allah..mengucap Te-Yan buat seketika...berfikir adakah semua itu benar belaka..
Sungguh Te-Yan tidak menyangka bahawa seorang student Te-Yan telah kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Innalillah...rupanya sudah lama arwah mengadap Ilahi..Cume Te-Yan agak terkilan sebab tiada sorang pun yg maklumkan pada Te-Yan..
Arwah adalah batch ketiga rasanya yang sempat Te-Yan ajar sebelum Te-Yan sambung belajar semula. Arwah seorang pelajar yang baik dan bijak. Dan tidak mustahil sekiranya arwah menjadi Pelajar Terbaik masa konvokesyen nye dahulu. Seorang yang rajin bertanya dan sopan. Kat bawah ni ada gambar arwah bersama rakan kelas. Gambar ni pun Te-Yan dapat dari album Epy (sorry epy, Cik Yan copy gambar ni ye)
Arwah Mat (baris kedua, sebelah kiri, yang hensem dan putih tu) |
Arwah Mat semasa majlis konvokesyen |
Buat Arwah Mat....CikYan (Panggilan mereka pada Te-Yan dahulu) doakan supaya kamu tenang dan damai di sana. Kenangan bersama kamu tidak akan luput dari ingatan. Alfatihah.......
4 comments:
innalilllah..saket ape je ??
hmmm x-cident moto....sedey sesangat.....teringat plak kat arwah...
Allah Bless Him Inshaallahh..
Amin.....
Post a Comment