Saturday, August 06, 2011

Antara Abdullah Khairul Azzam-Abdullah Azzam- Muhammad Azzam

Assalamualaikum w.r.t

*Inilah pelakon HEBAT cerita KCB*
Salam pembaca semua. Untuk entri kali ini Te-Yan ingin berkongsi kisah yang Te-Yan rasa secara kebetulan ia berlaku. Kalau tengok tajuk entri, Te-Yan rasa mungkin pembaca semua sudah maklum siapa kah gerangan "Abdullah Khairul Azzam". Tapi mesti semua tertanya-tanya siapakah pula gerangan "Abdullah Azzam" dan "Muhammad Azzam" itu ye..?

Sebenarnya Te-Yan baru sahaja menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih semalam di Astro 141. Itupun setelah ramai yang berkata bahawa cerita ni memang SUPERB !!!! Kebetulan Astro 141 buat promo sebagai saluran terbaru Astro. Semua cerita dari Indonesia. Dan salah satunya cerita KCB ni. Pertama kali Te-Yan menonton KCB ni, walaupun dah Episod ke 15, terdetik dalam hati.."Oooo patutlah semua suka cerita ni. Memang best. Unsur Islamic sungguh". Jadi bila sudah habis cerita tu, Te-Yan pun google di Internet nak mengetahui sinopsis cerita ini. Jadi fahamlah Te-Yan serba sedikit tentang cerita KCB ini. HARUS selepas ini, Te-Yan curi peluang pula nak tonton cerita nie sementara Astro masih bagi FREE untuk ditonton. Selepas ni tak kuasa lah Te-Yan nak melanggan saluran ni.Tambahan pula bill Astro pun dah naik pula. Ambil yang BASIC aje pun bayaran nya tinggi juga...

Okey, kita sambung cerita. Bila Te-Yan tengok cerita KCB ni, Te-Yan teringat satu kisah yang melibatkan empunya nama "Azzam" nie. Tiga nama yang berbeza. Orangnya pun berbeza. Kisah nie terjadi pada bulan lepas.Walaupun dah basi, tapi Te-Yan nak cerita juga. Sebab nak buat Te-Yan tergelak sebenarnya. "Abdullah Khairul Azzam" hero dalam KCB. Semua yang menonton kisah itu, pastinya juga ingin punyai sifat keperibadian tinggi seperti beliau. Belajar pun di Cairo. 

Bulan lepas tu, Te-Yan dapat satu undangan ke majlis perkahwinan salah seorang anak guru di sekolah Te-Yan. Namanya "Abdullah Azzam". Masih belajar di Madinah lagi. Kebetulan si pengantin cuti semester. Itu yang dilangsungkan perkahwinan nya.

Bila Te-Yan melihat nama anak guru itu "Abdullah Azzam" , terus Te-Yan teringatkan salah seorang murid Te-Yan yang punya nama seakan sama. Cuma depannya sahaja berberbeza. "Muhammad Azzam" gerangan empunya diri. Kebetulan pula "Muhammad Azzam " nie amat meminati cerita KCB tu. Dia lah yang cerita tentang KCB tu pada Te-Yan. Dia juga lah yang sebut pasal hero dalam cerita tu "Abdullah Khairul Azzam". Sebab kata Azzam dia amat minat dengan perinsip hidup Abdullah Khairul Azzam dalam cerita itu.Teruslah terdetik dalam hati Te-Yan ketika dapat kad undangan itu. "Nama yang hampir sama. Abdullah Khairul Azzam-Abdullah Azzam-Muhammad Azzam..hmmm ni kalau bagi kad kat Azzam ni, nak tengok apa reaksi dia." Kebetulan ibu Abdullah Azzam juga memberikan dua lagi kad jemputan buat Angah dan Azzam. Angah nie pula kawan satu sekolah kepada Abdullah Azzam, anak guru tersebut. Laaa berkai-kait sungguh. 

Jeng..jeng..jeng...tiba waktu nak bagi kad tu pada Azzam nie. Masa tu Te-Yan cuba buat reaksi muka biasa sahaja. Tapi dalam hati dah mula nak ketawa berbahak-bahak. Tapi sabor je lah dulu. Bila Te-Yan sua sahaja kad jemputan pada Angah dan Azzam, masing-masing belek dulu kad tu. Tiba-tiba si Azzam tu tepuk dahi, kemudian dia ketawa tapi gaya macam nak nangis. Saja Te-Yan tanya kenapa. Terus dia tunjuk nama pada kad tu. "Hehhehe, nama sama ye..?" Yang tak tahan tu, sebab si Azzam nie macam tak percaya lah nama "Azzam" tercetak di kad tu. Te-Yan pun kata dengan Azzam.."Nanti kita pergi majlis tu sesama. Tapi jangan TERTUKAR pengantin lelakinya pula. Haru jadinya". Si Angah dah gelak-gelak masa tu. Te-Yan pun gelak juga. Mana taknya kebetulan nama yang hampir sama. 

Tiba hari yang dijanjikan. Te-Yan tak bawa family. Kebetulan anak Te-Yan tak sihat. Jadi dah lama rancang dengan budak bertiga ni. Te-Yan ambil Adik dulu. Kemudian ambil Azzam di rumahnya. Kemudian terus ambil Angah di rumahnya juga. Jual mahal si Angah kata tak payah ambil di rumah. Konon nak ambil tepi jalan aje. Tapi last sekali dia juga yang minta ambil dekat rumah. Bayangkanlah punya jauhnya dari rumah dia nak menapak keluar tepi jalan besar. Dengan panas terik lagi. Eksyen lagi.

Bila sampai dirumah pengantin, wahhhh ungunya....kami pun sampai lambat juga. Dalam pukul 3 petang baru sampai. Saja Te-Yan pergi lambat sedikit. Nak beri peluang pada Angah berjumpa dengan pengantin Abdullah Azzam yang merupakan senior nya semasa di sekolah.  Apa lagi kami pun join la makan pula. SUPERB hidangan nya. Sedap. Te-Yan nak tambah, malu lah pula. Dah la bawa budak-budak tu. Tapi  si Angah dan Acu bantai minum air entah berapa gelas. Kebetulan air tu air sirap + soda. Memang lah sedap. Nak jadi cerita si Acu@Azzam dah rasa macam pening-pening sebab terlalu banyak sangat minum air tu. Dah tau tak boleh minum air soda, minum banyak buat apa. Kesian pula tengoknya. Sampai hantar ke rumah pun muka dia pun macam dah pucat semacam. Risau Te-Yan kot jadi apa-apa dengan anak En Fadzil dan Pn Aini ni. Tapi Alhamdulillah, malamnya bila Te-Yan sms tanya, Acu kata dia dah okey. 

Jadi jom kita tengok apa yang berlaku di majlis tu.

*Ha inilah Muhammad Azzam tu....*

*Azzam@Acu, wif his best frenz Raja@Angah...habes satu balang kerepek diorang telan.....*

*Te-Yan bersama ibu pengantin lelaki, Cikgu Rauziah. Sebelah ibu tu menantunya @ isteri kepada Abdullah Azzam*

*Akhirnya ada juga gambar kami berempat. Susah benar nak dapat.  Angah, Te-Yan, Acu dan Adik. Acu berdiri di sebelah banner pengantin tu..heheheh satu hari nanti pasti muka die pun ada kat banner juga..*

* Hahahah...nampak tak nama tu.."Azzam"...hihih kebetulan pula. Lepas  ni Acu boleh pacak pula  nama dia kat board tu*




Buat Angah dan Acu, semoga berjaya dalam exam STPM dan tidak lupa juga kepada Adik yang bakal menduduki exam SPM. Mudah-mudahan kamu semua berjaya dan meneruskan perjuangan kamu semua dalam bidang yang diminati. Mama doakan hidup kalian sentiasa di lindungi Allah. Berjaya dunia dan akhirat. 

Moral : Dalam dunia nie kan banyak yang nama nya hampir sama....

1 comment:

Meow Aizawa said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...