Wednesday, August 10, 2011

Cikgu Te-Yan yang Berjiwa GRAFIK

Assalamualaikum w.r.t

Adusss entri kali ni Te-Yan nak story pasal GRAFIK. Sedeh ni sebab tak leh nak install MR PHOTOSHOP kat lappy Te-Yan nie. Apa ke hal tah lappy nie kan. Actually lappy ni dah 4 TAHUN Te-Yan tak pernah format. Haaaa mesti korang tak caye kan. Tak tipu nie. Rasa cam CERMAT gilew la Te-Yan guna. Technician Te-Yan pun cakap "Cermatnya lah akak pakai laptop nie. Adik saya gune brand yang sama gak.Tapi setahun je dah start problem"..Huhuhu memang Te-Yan sayang sangat ngan lappy nie. Guna duit sendiri tu beli. Dah la macam-macam software grafik dan multimedia Te-Yan sumbat kat dalam nie. Memang guna habes la lappy nie kan. 

Cuma dua bulan lepas, tetiba aje lappy tercinta ini buat hal. OVER HEATING sampai battery out and adapter nyawa-nyawa ikan. Seb baik tak meletup kat makmal. Dah la time tu ada students. Huih....pucat muka seketika time tu.. Sejak hari tu, dua bulan lah lappy nie jadi LAPPY PEKASAM. Takot nak gune. Seb baik juge dapat menyelamatkan segala khazanah berharga dalam lappy tu kan. Sayang woooo..semua kerja grafik kat dalam tu...Maka berkuburlah Mr Photoshop tu bersama lappy Te-Yan. So terpaksa lah gune NETTOP yg sungguh Te-Yan tak berkenan. Ishhh sakit mata eh tengok laptop kecik-kecik nie. Maka, awal bulan hari tu Te-Yan cuba lah jenguk lappy tercinta Te-Yan dah jadi pekasam tu. Try onn..Wahhh boleh pulak. Apa lagi terus hantar kat Technician untuk format Windows 7. Bile dah format tu macam-macam hal la pula. Ada benda pula la yang lappy tu tak leh nak support. Tensen sungguh. Termasuklah PORTABLE PHOTOSHOP yang Te-Yan download dari laman sorang blogger nie http://www.fizgraphic.com/.. JELES sungguh Te-Yan bila skodeng blog Apit nie..Waaa Apit, cemana nie...

*Cover majalah 2010. Puas hati dengan hasil kerja
sendiri..*
Sebenarnya memang jiwa Te-Yan nie OBSES dengan grafik. Sejak dari Universiti lagi memang dah menjurus bidang berkaitan Multimedia nie. Then sambung belajar kat maktab pun amik Multimedia juga. AMAT MENCINTAI bidang grafik. Tapi bila dah jadi cikgu ni, masa nak menDESIGN tu tak de. Cuma sejak tahun 2008, bila Te-Yan dah masuk dalam TEAM REDAKSI kat sekolah sebelum ni, barulah Te-Yan old out balik dengan bidang grafik nie. Then bila berpindah ke sekolah sekarang nie, Te-Yan telah diberi kepercayaan untuk handle UNIT GRAFIK. Perghhhhh  suasana idaman Te-Yan lah kan. Tahun lepas Te-Yan design keseluruhan majalah sekolah. Bermula dari cover nya sampai lah terhasilnya satu majalah sekolah. Puas hati dengan hasil titik peluh sendiri. Walaupun tak sehebat graphic designer lain, tapi bila tengok hasil nya, tak ke bangga. Pedulikan lah apa orang nak soksek-soksek pasal majalah tahun lepas tu kan. Diaorang tak tahu betapa seksa nya nak menghasilkan satu majalah. Komen memang lah pandai. Cuba try buat satu. Sanggup tak? Gambar kat ATAS ni, contoh cover majalah yang Te-Yan hasilkan tahun lepas. Semua guna Photoshop dan Illustrator. 

Hmmmm tahun nie sekolah Te-Yan dah 10 tahun. Jadi tahun ni majalah adalah EDISI KHAS. Tahun ni Te-Yan tak nak buat dah keseluruhan majalah. Bagi pada publisher. Wooooo tak nak tanggung risiko untuk edisi khas nie. Nanti ada yang komplen, itu la, ini la, gambar takde la, yang tu tak betul la. Ehhh ingat senang ke nak buat...Jadi tak payah nak susah-susah kan diri Te-Yan tahun nie. Semua hulur kat publisher. Te-Yan cuma handle bahagian unit grafik Te-Yan aje. Tahun nie Te-Yan handle page THE MAGAZINE CREW, SENIOR PAGE, CANDID, dan grafik untuk IKLAN. Sempat juga Te-Yan buat bengkel PENGHASILAN SENIOR PAGE menggunakan PHOTOSHOP...ala page spesel untuk pelajar Form 5 dan Form 6. Dan apa yang mereka hasilkan amatlah MEMUKAU...

*Page Sidang Redaksi 2010. Hasil kerja contengan Te-Yan juga.
Pun dating ngan Mr.Photoshop gak...*

Untuk cover majalah tahun ni, pihak sekolah adakan pertandingan. Hadiah LUMAYAN nye..nak mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang grafik ni tau..masing-masing ada kelebihan. Cuma tak tahu nak tunjuk kelebihan tu kat mana. 

Tahun ni juga banyak sungguh kerja Te-Yan dalam perkara-perkara yang melibatkan grafik ni. Buku program tak usah citer la kan. Memang TETAP dan BERPENCEN. Then persembahan Multimedia untuk event besar-besar... Heheheh tapi takpe sebab Te-Yan SUKA...Kalau kita diberi tugas yang kita suka, mesti kita nak buat yang terbaik kan..

Ishhhh panjang pula la entri Te-Yan kali ni kan...Cukup-cukup lah dulu.. Jangan boring pula korang nak baca eaaaa.... Walau apa pun Te-Yan cuma nak cakap yang:

"AKU AMAT CINTAKAN GRAPHIC DESIGN"

Suara dengarkanlah aku
Apa khabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Lagu khas untuk Mr Photoshop...huhhuhu

Hopefully esok MR PHOTOSHOP boleh di satukan dengan lappy ku ini....

Catatan khas buat Adik Apit [Hafizzi Aziz] pemilik blog http://www.fizgraphic.com/: "Amacam, okey tak hasil contengan Te-Yan tu..? huhuhu.."

2 comments:

Hafizzi Aziz said...

Hihi..akak nie..hmm xpa..sok try Cd membe nak bagi tue..
kalau x leh gak..apt try search link yang portable yang len..
yang full version berat..
hihi..thanks kak sebab ada jugak tue nama apit..
hihi..terharu nie..cantik akak design majalah sekolah tue..
akak duulu student graphic ke?
apit x berpeluang belajar kos tue..
belajar kat youtube ja..kih3..
btw..suka design akak buat tue..
ada keja kosong x sekolah tue? hihi.

Te-Yan said...

Hihihi mestylah letak nama apit kat situ..huhu tu lah..esok nk try..buleh ke dak. Huh kalau x buleh gak x tau la nak buat lagu mana lagi..esok Full version punye..mmg ler berat..
Hmmm okey eaa design tu? tenkiu tau..
Dulu akak study kat UUM..amik Multimedia. Tapi time tu x belaja grafik sgt.
Bila sambung belajaq kt IPDA barulah belajaq grafik nie. Time tu mmg gila la ngan grafik.
Pi la try sambung dlm bidang ni kalau dah minat. Leh wat duit tu..ngeeee...
Keja kosong? hihihi...takdak lah apit. Akak wat keje design ni pun sukarela nye...dah minat, tak lah nak kata apa lah kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...