Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Tulus Ikhlas Dariku Untukmu

Assalamualaikum w.r.t


Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Agak terkilan juga di hati bila Ramadhan bakal berlalu pergi. Ada KPI Ramadhan yang tidak dapat dipenuhi. Syawal bakal menjelma nanti. Tanda kemenangan kita sepanjang Ramadhan ini. 

Te-Yan tak berpeluang nak bagi kad raya pada semua. Cuma e-kad ini bolehlah Te-Yan hulurkan buat tatapan semua. Terima kasih kepada bekas murid ICT Te-Yan, Wan Norazura Wan Indera atas lukisan gambar Te-Yan pada kad di atas tu. Gambar Te-Yan tu Zura lukis pada tahun lepas atas permintaan Te-Yan sendiri sebab itu satu kenangan Te-Yan pada murid Te-Yan. 

Khas buat Mak tercinta dan adik-beradik tersayang, Yong mohon ampun dan maaf kerana tahun ini kita tidak dapat beraya bersama. Halalkan makan minum Yong selama ini. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap Yong pada mak dan kalian semua. Yong rindu ,sayang mak dan kalian semua.

Kepada murid-murid 5PD (ICT), Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tece halalkan segala ilmu yang Tece telah sampaikan. Tece doakan semoga kalian dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan percubaan SPM selepas raya nanti. Ingat raya,ingat exam juga. Jaga diri kalian sepanjang cuti ini. Mohon maaf sekiranya Tece ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan. Tece marah ada sebabnya. Carilah keberkatan ilmu. Cuma tece pinta pada kalian semua agar mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang telah kalian guriskan hati dan perasaannya. Semoga kalian berjaya. Tece sayang kamu semua.

Kepada semua murid 4ICT, Tece ucapkan Salam Aildilfitri. Jaga diri kalian semua. Jangan lupa, lepas raya nanti dah mula kelas tambahan tau. Mohon maaf sekiranya ada kata yang mengguris rasa. Tece sayang kamu semua.

Buat rakan-rakan guru, ucapan Salam Syawal buat kalian semua. Mohon maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati, ada yang terguris hati dan perasaan, ada yang menimbulkan kemusykilan. Kerana sifat manusia itu tidaklah sempurna. 

Buat bekas pelajar ICT 2008 (SEMESRA) dan ICT 2010 (SMKBBST), Tece ucapkan Salam Aidilfitri buat kalian semua. Kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam ingatan Tece buat selama-lamanya. Berusaha untuk mencari ilmu setinggi yang boleh. Tece doakan semoga kalian sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Tece sayang kalian.

Kepada teman-teman BLOGGER, Te-Yan ucapkan Salam Aildilfitri buat kalian semua. Walaupun hanya ruangan maya yang menemukan kita, tapi ikatan silaturrahim itu yang pasti. Terima kasih atas segala ilmu blogging yang diberikan. Semoga sentiasa bergembira di hari lebaran ini.

Kepada bekas teman-teman sekolah, teman-teman sekuliah, Salam Aildilfitri juga buat kalian semua. Hanya Allah yang boleh merencanakan bila kita semua akan berjumpa. Kenangan bersama kalian tetap terpahat dalam ingatanku.

Tatapan buat Along, Angah, Acu dan Adik. Mama ucapkan Selamat Menyambut Aildilfitri buat kalian berempat. Mohon maaf sekiranya ada tersalah kata, perlakuan, tutur bicara yang mengguris hati kalian tanpa mama sedari. Buat Angah, Acu dan Adik,terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan  sepanjang kita bertugas. Jaga diri kalian walau di mana juga kalian berada kerana selepas ini kita mungkin tidak berjumpa lagi. Mama doakan kalian diberikan ketenangan dalam menempuh peperiksaan percubaan STPM dan SPM yang bakal ditempuhi selepas cuti hari raya nanti. Buat Along, walaupun jauh dari kami semua nanti, tapi Along tetap di hati kami dan mama doakan Along berjaya dalam peperiksaan semester nanti. Mama sayang kamu semua.

Dan akhirnya, kepada mereka-mereka yang tidak dapat Te-Yan sebutkan nama-nama kalian di sini, Te-Yan mohon maaf zahir dan batin. Salam Aildilfitri buat kalian semua.

TANGAN KU HULUR MAAF KUPINTA(Al-Mizan)

Ku mengambil kesempatan untuk menghulurkan tangan ini
Dengan hati suci bersih
Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahanku
Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia makhluk Allah
Tak terlepas dari kesalahan selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepadamu lupakan sengketa lalu
Berdamailah dalam iman
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA. 
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI SEKIRANYA DIIZINKAN ALLAH.




2 comments:

cik nanie said...

sayang mama<3 muahhhhhxxxxx~

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

Sayang Along juge....mmuuaahhh..do the best okey sayang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...