Tuesday, August 09, 2011

Te-Yan Kenal Mereka (Part 6) ~ 4ICT 2011

Assalamualaikum w.r.t

*Picture of Us*
Salam pembaca semua. Dah nama lagi Te-Yan ni cikgu kan, for sure lah Te-Yan nak story about my students, my class. Seronok jadi cikgu ni. Sebab Te-Yan ni suka bercakap, amat sesuai lah pekerjaan ni pada Te-Yan. Tak boleh la kerja opis hour nie. Boring betui. Dulu pernah gak praktikal kat salah satu syarikat kat KL nun..huhuhu tiap-tiap hari dok tengok jam, pukui bape lah waktu breakfast, lunch dan waktu balik. Dah la opis hour lama betui. Masuk kol 8.00 pagi. Keluaq opis jam 5.30 petang..Hui dekat 9 jam lebih. Buat plak menda yang sama gak setiap hari. Owhhh sungguh tidak boleh diterima oleh jiwa ini. Then pengalaman jadi lecturer di salah sebuah kolej di Ipoh yang membuatkan Te-Yan tersedaq bahawa kerjaya Te-Yan nie sebenaq nya kena jadi cikgu. Jadi memang tak sia-sia lah Te-Yan jadi cikgu ni kan. Dah 9 tahun Te-Yan jadik cikgu nie. Tahun depan dah 10 tahun. Wahhhh betapa pantas nya masa berlalu tanpa disedari. Okey entri kali ini Te-Yan nak cerita pasal kelas Te-Yan, 4ICT tahun nie. 

Kelas ni asalnya tak tentu hala jumlah pelajarnya. Maklumlah bila dah masuk Form 4 nie, most of the students akan diasingkan ikut result PMR mereka. Jadi kelas ICT ni untuk murid-murid yang akan mengambil ICT sebagai subjek elektif mereka. Kiranya dipanggil kelas Sains Teknologi. Mereka belajar juga Fizik dan Kimia. Cuma Biologi sahaja diganti dengan ICT. Jadi hingga kini, jumlah pelajar kelas ni dah jadi 18 orang pula sebab baru masuk budak baru (bukan budak baru pon, dari sekolah yang sama, tapi dulu dia kelas lain). Kategori kelas nie pada Te-Yan adalah tahap SEDERHANA. Ada yang memang pandai dan ada juga yang terpaksa struggle untuk dapatkan markah yang baik. Dan yang paling tak sanggup nya sebab kelas nie memang la HAVOC. Huih agaknya siapa yang ambil subjek ICT ni, tak kiralah cikgunya ker atau muridnya ker, memang lah KECOH....hahahah Te-Yan memanglah HAPPY GO LUCKY kat dalam kelas. Tapi jangan sampai buat Te-Yan naik hangin. Bak kata one of the blogger dalam blog nya...

"Mrs V menjerit kat student die perghhhhhhh ta hengat ! haha..garang meyh...hihihihihihihihi...gelak2 jugak, garang pon kene garang..ye idok ??? haha..walopong begitu !!!! " (Ayat si Meow dalam blognye...hampeh..siap bleh karang citer plak pasal Te-Yan hari tu...ngeeee)

Haahahaha mestilah kena jadi cikgu yang serba boleh wahai Meow. Kalau 24 jam aje muka macam cuka baik tak payah jadi cikgu kan. Te-Yan lebih suka SANTAI dalam kelas. Supaya my students tak tensen. Tapi kalau kerja tak siap, HARUS satu sekolah boleh dengar suara Te-Yan. Seb baik dok kat dalam comp lab. Nasib tak runtuh je. 

Okey sambung citer balik. Te-Yan nak ucapkan million thanks la pada kelas BERTUAH ni sebab dengan kerjasama diaorang lah Te-Yan dapat menang dua anugerah tahun nie. Kalau nak tahu anugerah apa, bacalah Older Post Te-Yan bulan lepas. Ada story kat situ. Siap buat shooting lagi. Perghhh...bukan senang nak jadi PELAKON nie. Tak kisahlah walaupun hanya pelakon dalam kelas je kan. Kelas lain  mana dapat peluang. Kelas ni je tau. Dan disebabkan kerjasama diorang tu lah Te-Yan celebrate diaorang dengan sebijik KEK. Pun ada gak Te-Yan story pasal celebrate kek tu dalam post lalu. Klik SINI kalau nak tahu pasal kisah tu. Kek je la boleh bagi. Okeylah tu sebagai tanda penghargaan. Cuma satu je tak lepas-lepas nak buat dengan diaorang nie. Bila lah ada peluang nak OUTING together dengan korang kan..? Dari hari tu kita plan. Tak menjadi juga. 

Walaupun diaorang ni masih lagi Form 4, tapi Te-Yan dah ada strategi untuk memastikan diaorang dapat result terbaik untuk SPM tahun depan bagi subjek ICT. Setakat nie result ICT sekolah Te-Yan masih mengekalkan carta 100% lulus dengan ada banyak A. Tahun lepas kelas Te-Yan 11 orang dapat A/A- dalam subjek ICT. Tahun nie Te-Yan mesti cuba untuk kekalkan prestasi itu. Gulllpppp..!!! Dup..Dap..Dup..Dap...huihhhh bukan senang nak kekalkan prestasi 100% nie. Tambahan pula tahun nie Te-Yan ngajar kelas tingkatan 5 yang agak lemah sikit. Sebab ada 5 orang yang asyik FAIL aje untuk subjek nie sejak dari Form 4...Huhuhu...Tapi akan kucuba sedaya upaya untuk membantu mereka sebab mereka itu ada potensi untuk dapat result yang baik (Next time Te-Yan akan citer pasal kelas yang ini)

Jom view apa students kelas ini dah buat......
*I like this picture..agak-agak simbol apa kami buat tu..4ICT tau...*

*Haaa....pening korang kan..ingat belajar ICT nie senang ke.? Dah kena
godek-godek PC sampai terbarai pastu kena pasang balik. Test lagi
masih hidup ke tak PC tu kan...*

*Photographer time shooting. Nama dye Izzat. Dia lah manusia paling
tinggi dalam kelas. Tengok tu, Te-Yan nampak benar pendeknye..*

*Ha ni shooting untuk interview pasal sistem yang Te-Yan guna pakai tu.
Ko punya suara wahai Fadzlan cam pompuan..Tak dengar apa..*

*Shooting verbal presentation. Tu kena present apa info dorang
dah dapat. Nama si comel ni Nicky. Speaking English berabuk.
Almaklumlah pernah stay lama kat CAPE TOWN, Afrika*

*Elyza, Aneesa and Nabiha. Tengah dok GOOGLE bahan*

*Ni bukan cheating time exam eaaa..ni menghafal skrip..*

*Hye..I'm Nazirah in da Lab..!!!!!*

*Ish apa benda nak kena buat nie..? Bisik Iffah dan Syasya...Students paling
PENDIAM dalam kelas..*

*Hmm ko sinsing lengan apa lagi tu Amirul. Cepat present*

*Sebahagian mereka yang datang time shooting tu. Tenkiu atas kerjasama.
I LOVE U..*
Ha itulah cerita mereka dan Te-Yan..Te-Yan suka capture gambar students nie. At least boleh jadi kenangan bila dah PENCEN nanti. Lambat lagi nak pencen eaaaa..Next time Te-Yan akan story pasal satu lagi kelas....So..
TUNGGUUUUUUUUU !!!!!!!


Moral: Keikhlasan dalam diri sebagai seorang guru akan memberikan kita kepuasan dalam kerjaya kita.




2 comments:

aisyah said...

kene bljr dr akak ni cmne nk handle dieorg...huhuhu..klo dlm kelas sy, yg pmpoan je kot yg bg tumpuan...llaki fadzlan, izzat shukri n izzt termizie je...tu pon dengar je...sob3

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

Ala Aisyah, akak handle cam biase aje..Maybe sebab akak happy go lucky.Tapi dalam kelas mengamuk gak ngan dorang kalau ade yg buat perangai....Kalau salah akak tegur...so mostly faham dengan cara kyan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...