Wednesday, August 03, 2011

Memorial Nur Mutiara Iman

Assalamualaikum w.r.t

 * Bacaan Surah Yassin*

Sudah hari ketiga Ramadhan. Alhamdulillah Izz masih mampu untuk terus berpuasa. Syukur. Te-Yan ingat Izz Hampir tewas hari ini. Bila Izz balik dengan keadaan lesu, kasihan pula Te-Yan melihatnya. Bila disarankan untuk berbuka, dia menggeleng kepala. Akhirnya berpuasa penuh juga dia. Malam ini Izz minta untuk print sesuatu. Katanya cikgu Bahasa Melayu minta bawakan gambar buah-buahan. Kalau tidak ada di majalah, boleh cari dari Internet. Hmmm Te-Yan carikan gambar buah kegemarannya. Dapatlah sekeping gambar Pisang dan Strawberry. Bila abangnya dapat, adiknya pula pun minta gambar yang sama. Print gambar strawberry buat Izzah. Senyum melebar bila gambar strawberry tu penuh satu keping kertas A4.

Sambil-sambil tu, Te-Yan melihat koleksi gambar digital yang ada dalam simpanan. Terlihat semula video semasa Izz konvokesyen di Tadika Nur Mutiara Iman pada tahun lepas.Video Izz dan rakan-rakanya menghafaz surah dan juga melagukan Asma-Ul Husna. Tapi Te-Yan tidak rakamkan sampai penghabisan memandangkan Te-Yan hanya menggunakan kamera digital yang kapasitinya tidak mencukupi untuk merakam video. Tidak mengapa. Janji ada juga kenangan semasa konvo Izz. Bila diingatkan semula, Izz daftar ke tadika ini pada bulan 4 tahun lepas. Risau juga sebab tadika ini berkonsepkan islamic. Jadi sudah tentu banyak yang telah dipelajari oleh kanak-kanak yang lain. Tetapi Alhamdulillah, Izz cepat belajar di situ. Dalam masa sebulan sudah boleh menghafal beberapa surah seperti Ayat Kursi, Surah Yassin dan zikir-zikir. Dan semasa konvo, Izz antara pelajar yang menerima hadiah kerana bacaan Asma Ul Husna yang baik. Alhamdulillah.

Moral : Kanak-kanak seusia ini memang mudah menerima pengajaran dan pembelajaran.





3 comments:

eic'z al muix said...

salam tece...
anak itu anugerah pinjaman dari Allah s.w.t...
kepandaian , kecantikan , kekuatan, itu juga pinjaman..
Alhamdulillah tece seorg yg mensyukuri nikmat Allah..
org yg bersyukur, rezkinya lagi murah.. ^_^

Te-Yan said...

Hmmm tenkiu Syah...bersyukur atas nikmat kurniaannya...Mudah-mudahan Izz dan Izzah menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin

Muhammad Al Muic said...

amin juga.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...