Friday, August 05, 2011

Tazkirah Jumaat Bersama Ustaz Anuar Hasin

Assalamualaikum w.r.t



Pagi Jumaat yang cukup indah. Cuaca yang redup. Dan merupakan hari kelima umat Islam berpuasa. Betapa pantasnya masa berlalu. Pada hari ini juga pihak sekolah Te-Yan telah mengadakan satu program tazkirah Ramadhan dan juga Majlis Pelancaran Permataku Sayang. 

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Anuar Hasin selaku penceramah pada hari ini. Kalau pembaca ingin tahu, Ustaz Anuar Hasin merupakan Juara Akademi Al-Quran Musim Ke-2 dan juga Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009. Beliau telah membimbing bacaan Yassin dengan diiringi oleh imam-iman muda sekolah. Rasanya hari ini paling khusyuk murid-murid membaca Yassin. Kemudian Ustaz Anuar memberikan tazkirah sempena bulan Ramadhan. Haaa keluar slang orang utara. Menarik tazkirahnya. Mudah-mudahan semua pelajar mendapat info yang baik itu. Mudah-mudahan tazkirah yang diberikan oleh ustaz menjadi panduan dan pedoman kepada semua pelajar dalam menghayati erti bulan Ramadhan ini.



Majlis diteruskan dengan majlis pelancaran khidmat masyarakat.Program Permataku Sayang. Program ini anjuran pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang bertujuan untuk mengutip dana bagi anak-anak yatim. Bagus juga progam mereka ini. Sekurang-kurangnya dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik dalam menyambut hari lebaran nanti. 

Sesungguhnya kedatangan Ramadhan ini sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada kita bahawa masih ada lagi golongan yang memerlukan bantuan dari kita.

Moral : Banyakkan bersedekah di bulan Ramadhan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...