Hari kedua Ramadhan Te-Yan sambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Te-Yan berdoa kepada Allah supaya Te-Yan diberikan kesabaran yang paling tinggi sepanjang bulan Ramadhan ini. Minta dijauhkan juga perasaan kecil hati kepada sesiapa sahaja. Minta dijauhkan segala sifat mazmumah yang ada dalam diri. Izz juga penuh berpuasa masuk hari kedua ini. Walaupun Izz agak keletihan, tetapi semangat berpuasa tetap ada dalam dirinya. Te-Yan sarankan Izz berbuka sebab nampak agak keletihan dia pada hari ini. Tapi kata Izz " Malu kalau tak puasa. " Jadi anakku itu teruskan berpuasa sehingga tiba waktu berbuka. Alhamdulillah.
Al-Quran....Kalam Allah yang paling suci. Kalam Allah yang menjadi panduan hidup umat Islam.Bulan Ramadhan diturunnya Al-Quran. Jadi perbanyakkan membaca Al-Quran sepanjang bulan pengampunan ini. Bagaimana caranya untuk kita khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini ya..? Insya Allah kita boleh lakukannya. Jika niat kita baik, Insya Allah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Jadi entri kali ini, Te-Yan ingin berkongsi tips sekiranya kita ingin khatam Al-Quran sebulan Ramadhan ini. Tips ini Te-Yan dapat melalui pembacaan Majalah Solusi Edisi Khas. Amat bagus majalah ini kerana diberikan jadual kepada pembaca untuk membolehkan kita khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Sama-sama kita berkongsi tips ini. Mudah-mudahan kita mampu khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini.
Ramadhan 1
Surah al-Fatihah 1-7
Surah al-Baqarah 1-141
Ramadhan 2
Surah al-Baqarah 142-252
Ramadhan 3
Surah al-Baqarah 253-286
Surah Ali 'Imran 1-92
Ramadhan 4
Surah Ali 'Imran 93-200
Surah al-Nisa' 1-23
Ramadhan 5
Surah al-Nisa' 24-147
Ramadhan 6
Surah al-Nisa' 148-176
Surah al-Ma'idah 1-81
Ramadhan 7
Surah al-Ma'idah 82-120
Surah al-An'am 1-110
Ramadhan 8
Surah al-An'am 111-165
Surah al-'A'raf 1-87
Ramadhan 9
Surah al-'A'raf 88-206
Surah al-Anfal 1-40
Ramadhan 10
Surah al-Anfal 41-75
Surah al-Tawbah 1-92
Ramadhan 11
Suran al-Tawbah 93-129
Surah Yunus 1-109
Ramadhan 12
Surah Hud 1-123
Surah Yusuf 1-50
Ramadhan 13
Surah Yusuf 51-111
Surah al-Ra'd 1-43
Surah Ibrahim 1-52
Ramadhan 14
Surah al-Hijr 1-99
Surah al-Nahl 1-128
Ramadhan 15
Surah al-Isra' 1-111
Surah al-Kahfi 1-74
Ramadhan 16
Surah al-Kahfi 75-110
Surah Maryam 1-98
Surah Taha 1-135
Ramadhan 17
Surah al-Anbiya' 1-112
Surah al-Hajj 1-78
Ramadhan 18
Surah al-Muminun 1-118
Surah al-Nur 1-64
Surah al-Furqan 1-20
Ramadhan 19
Surah al-Furqan 21-77
Surah al-Syu'ara' 1-227
Surah al-Naml 1-52
Ramadhan 20
Surah al-Naml 53-93
Surah al-Qasas 1-88
Surah al-'Ankabut 1-45
Ramadhan 21
Surah al-'Ankabut 46-69
Surah al-Rum 1-60
Surah Luqman 1-34
Surah al-Sajdah 1-30
Surah al-Ahzab 1-30
Ramadhan 22
Surah al-Ahzab 31-73
Surah Saba' 1-54
Surah Fatir 1-45
Surah Yassin 1-27
Ramadhan 23
Surah Yassin 28-83
Surah al-Saffat 1-182
Surah Sad 1-88
Surah al-Zumar 1-31
Ramadhan 24
Surah al-Zumar 32-75
Surah Ghafir 1-85
Surah Fussilat 1-54
Ramadhan 25
Surah al-Syura 1-53
Surah al-Zukhruf 1-89
Surah al-Dukhan 1-59
Surah al-Jathiyat 1-37
Ramadhan 26
Surah al-Ahqaf 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah al-Fath 1-29
Surah al-Hujurat 1-18
Surah Qaf 1-45
Surah al-Dhariyat 1-24
Ramadhan 27
Surah al-Dhariyat 25-60
Surah al-Tur 1-49
Surah al-Najm 1-62
Surah al-Qamar 1-55
Surah al-Rahman 1-78
Surah al-Waqi'ah 1-96
Surah al-Hadid 1-29
Ramadhan 28
Surah al-Mujadalah 1-22
Surah al-Hashr 1-24
Surah Mumtahanah 1-13
Surah al-Saff 1-14
Surah al-Jumu'ah 1-11
Surah al-Munafiqun 1-11
Surah al-Taghabun 1-18
Surah al-Talaq 1-12
Surah al-Tahrim 1-12
Ramadhan 29
Surah al-Mulk 1-30
Surah al-Qalam 1-52
Surah al-Haqqah 1-52
Surah al-Ma'arij 1-44
Surah Nuh 1-28
Surah al-Jin 1-28
Surah al-Muzammil 1-20
Surah al-Muddaththir 1-56
Surah al-Qiyamah 1-40
Surah al-Insan 1-31
Surah al-Mursalat 1-50
Ramadhan 30
Juzuk Amma (Surah al-Naba'-Surah al-Nas)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. " (Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment