Assalamualaikum w.r.t
Waaahhh penatnya bershopping hari ini. Semuanya gara-gara memenuhi permintaan dua si kecil yang shomel ini nak baju raya. Dah masuk hari keenam kita semua berpuasa. Elok juga beli awal-awal. Takde la ramai orang. Te-Yan bawa anak-anak shopping kat Tesco aje. Malas nak keluar jauh-jauh sampai ke KL nun. Kat sini pun semua ada.
Tahun ni warna tema raya ialah HIJAU. Haaa bukan Te-Yan yang cadangkan. Tapi anak Te-Yan, Izz Firdaus tu yang beri cadangan. Awal-awal dah remind Te-Yan..."Mama, Firdaus nak baju melayu warna hijau. Tak nak dah warna PINK. Warna PINK tu untuk perempuan..Malu Firdaus nak pakai.."..Hoolaaaa...baju PINK tu baju melayu dia tahun lepas. Tahun lepas tema warna pink. Jadi kali ini Te-Yan memang ikut cakap Firdaus lah. Okey, warna HIJAU.
Pukul 9 pagi kami dah gerak ke KUMON. Sebelum shopping Firdaus kena pergi tuisyen dulu ye. Dalam jam 10.30 pagi kami pun menuju ke destinasinya. TESCO...here we come....huhuhu inilah masa nak menaburkan duit kat gedung tu.
*Ini baju si Adik.. Siap manik-manik lagi tu* |
*Ini baju si Abang. Hensem lah dia tahun nie..* |
Terus sahaja kami menuju ke butik GENE MARTINO..huk aloooo nama bukan main lagi. Kali ini Te-Yan suruh Firdaus pilih sendiri warna baju dan jenis kain merangkap dengan sampin sekali. Haaaa dia pun memulakan operasi belek membelek kat butik tu. Akhirnya dapat juga dia satu warna pilihan dengan kain pun okey juga kualitinya. Memang HIJAU. Nasib baik warna yang dia pilih tu Te-Yan memang berkenan. Pandai pilih nie. Sampin pun pandai pilih juga. Memang naiklah warna sampin tu dengan hijau. Dah abangnya warna hijau, dah sah-sah lah adiknya pun nak warna yang sama. Dapat juga warna dan kain yang serupa dengan abangnya. Sedondonlah mereka tahun nie dua beradik. For Te-Yan and abahnya..nanti dulu lah. Settlekan anak-anak ni punya kehendak.
*Bubble Gummers pilihan si Abang* |
*Bubble Gummers pilihan si adik. Dah gurlz..PINK juga pilhannya* |
Akhir sekali shopping tudung adiknya pula. Sibuk minta Te-Yan carikan tudung. Bukan tak nak bagi dia pakai tudung, tapi kebanyakan tudung yang ada untuk kanak-kanak semua yang jenis panas. Kesian pula Te-Yan tengok kalau si kecil tu berpeluh-peluh pakai tudung. Cari punya cari akhirnya jumpa tudung yang berkenan di hati. Kualiti kain pun yang tidak panas. Tudung Syria untuk kanak-kanak. Dapatlah dua pasang untuk si adik. Terus si adik pakai satu daripada tudung tu dari kedai sampai lah ke rumah. Shomel pula bila dia pakai tudung.
*Tudung raya si Adik. Sangat SHOMEL bila si Adik pakai tudung* |
Dah sampai rumah Firdaus macam dah tak larat nak berpuasa. Tapi bila tanya nak berbuka ke tidak, dia menggelengkan kepala. Alhamdulillah dia teruskan berpuasa.
Tapi yang sebenarnya motif nak keluar hari ni sebab Firdaus nak CD di bawah nie. Happy dia bila dah dapat. Terus tak sabar nak pasang dalam kereta. Tapi bila dengar, memang best lagu-lagu dalam album ni.
*CD Imam Muda. Dah lama si Abang nak beli. Akhirnya dapat. Semua lagu dalam CD nie memang best* |
Tapi yang pastinya hari nie terbanglah pulus dekat RM200 untuk mereka berdua...huhuhu..takpe lah..janji anak-anak Te-Yan gembira...
Moral: Tidak salah gembirakan hati anak-anak jika betul caranya.
3 comments:
wah !seronoknya dapat bju raya bru..mesti snyum lebar ank2 mama..hehehe..buat kueh raya thun ini...??=)
Heheh boleh lah Angah..Senyum melebar la dorang sebab taste sendiri. Tu lah semalam ajak tak nak.Kalau tak boleh juge lah survey2 baju2 angah kot ade yg berkenan. Try la kedai butik kat Tesco tu...byk gak design yg okey...
Taste Daus sama dengan Tok Chu.....hehe
Post a Comment