Sebelum tu baca berita nie dulu ::
Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara
KUALA LUMPUR (8 Ogos 2011)- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama
Ish..biar benar kan bagai di kata. Te-Yan tak sempat pun nak tengok berita pasal isu BONUS ni kat tv semalam. Pagi tadi sebelum pi sekolah, barulah terpandang berita ni di tv. Alhamdulillah kalau betul bagai dikata, rezeki di bulan puasa dan hari raya. Ye lah kan, bak kata CEUPACS sejak tahun 2008 kakitangan awam tak diberikan bonus. Jadi tahun nie kalau dapat SETENGAH BULAN pun dah kira okey juga. Banyak tu..Sapa nak kasi kan... Mak Te-Yan pun merasa juga lah RM500 untuk pencen arwah ayah Te-Yan. Rezeki untuk mak juga di bulan Ramadhan dan Syawal ini...So tahun nie kita nak beraya kat mana pula mak?..Kampung Talang lagi eaaaa...? Jom..jom...
Hmmm apa nak buat pula dengan duit BONUS tu plak ye..? Pertamanya kan mestilah untuk preparation raya nie. Kueh raya apa pun tak "BUAT" lagi. As usual, Te-Yan "BUAT" kat kedai...hahahahah..Te-Yan nie kalau bab masak memasak lauk pauk kampung ni NO HAL punyalah..TAPI kalau bab-bab buat kek, kueh nie..Allloooooo..minta maap lah..agak KEMALASAN di situ. Renyah benar eh nak buat kueh, biskut-biskut n kek nie...Kat sekolah nie pun dah macam-macam cikgu itu ini bawa SAMPLE kueh raya. Pilih aje lah mana yang berkenan..huhuhu
Selebihnya duit BONUS tu of course la nak buat SIMPANAN.. penting nie ehhh...kang kot-kot ada perkara EMERGENCY yang berlaku, ada gak duit simpanan nak digunapakai.
OPEN HOUSE?...huhuhu maybe tak buat kot tahun nie. Sapa nak datang beraya, silakan..
Walau apapun Te-Yan nak ucapkan terima kasih la pada kerajaan sebab bagi juga bonus kat kakitangan gomen nie.
Moral: Rezeki jangan ditolak....
4 comments:
hikhikhik...kenyang dengar diz news...time2 sengkek ni rezeki dtg...alhamdulillah...arap2 taun depan ad lg...hohoho
huhuhu rezeki datng bergolek tahun nie...hopefully tahun depan SEBULAN GAJI la plak....
wah yan...banyak ko dapat ek...
hehehe kaktie..rezeki Allah nak beri..syukur yang amat...
Post a Comment