Assalamualaikum w.r.t
*Te-Yan bangga menjadi seorang guru. Masa ni Te-Yan buat shooting dengan students form 4ICT pasal projek ICT Te-Yan.* |
KISAH SEORANG GURU BIASA
Menulis Rancangan Mengajar
Siapa yang bergelar guru pastinya sudah maklum dengan Buku Rancangan Mengajar nie. Buku tu umpama nyawa kami sebagai seorang guru. Kena ditulis setiap hari. Kiranya macam diari lah apa yang akan berlaku untuk esoknya.
Menanda Kedatangan Murid
Yang ini pula tugas seorang guru kelas. Setiap hari mesti kena rekod kehadiran murid. Ini sebagai salah satu langkah keselamatan juga untuk memastikan berapa jumlah sebenar murid yang hadir dalam kelas masing-masing setiap hari. Kalau ada kes tertentu sudah pasti buku ini dicari dahulu. Te-Yan tak jadi guru kelas pada tahun ini sebab dah pegang jawatan yang lain. Berat sebenarnya tugas guru kelas ni. Seumpama seorang ibu atau bapa yang perlu menjaga anak-anak mereka di sekolah.
Menanda Buku Kerja Murid.
1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
Haaa nampak tak banyak mana buku kena tanda. Itu kalau guru tersebut mengajar banyak kelas. Dah lah banyak kelas. Kalau ajar subjek rencam (macam-macam subjek) tak ke lagi banyak. Sebab tu PEN MERAH memang jadi koleksi paling berharga. Tahun ni Te-Yan mengajar dua kelas sahaja. Tapi walaupun dua kelas, nak mengumpul buku kerja murid punyalah AZAB. Sudahnya Te-Yan buat kelas secara ONLINE. Tugasan semua hantar online. Siapa nama tak appear dalam sistem tu, memang sah-sah lah dia tak hantar kerja.
Menghadiri/ Mengendalikan Pelbagai Jenis Mesyuarat
Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum
Huhuhu itu memang kompom. Rasanya orang bekerja yang paling banyak pergi meeting, GURU lah. Kat sekolah aje dah macam-macam meeting. Belum lagi peringkat Derah, Negeri, Kebangsaan. Itu pun dah ada murid-murid yang komplen cikgu tak masuk kelas. Lepas tu komplen kat parents. Then parent komplen kat sekolah. Padahal itu hakikat sebenar yang mereka tak tahu. Yang nak kena sapa lagi kalau bukan CIKGU juga. Te-Yan memang selalu kena pergi meeting tapi Te-Yan cover balik dengan buat kelas tambahan. Memang rasanya masa habis banyak di sekolah.
Aktiviti Kokurikulum
Kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
Bab kokurikulum nie memang dah termaktub dalam tugasan mingguan. Itu yang rutinnya. Belum yang tambahan punya. Bawa murid ke pertandingan itu ini lagi. Hooo penat woooo. Ada yang pertandingan sampai ke malam. Tak ke malam juga ke cikgu balik rumah.
Menghadiri Pelbagai Jenis Kursus Dalaman / Luaran
Ini memang tidak dinafikan. Te-Yan pun dah merasainya. Memandangkan Te-Yan nie seorang guru ICT merangkap Guru Penyelaras Bestari, memang lah banyak nya kursus di luar. Kalau kursus dengan Kementerian, sahih empat hari. Kalau berkursus di hotel dan jauh dari rumah, tinggal lah keluarga ikut tarikh kursus. Kalau kursus berdekatan, mungkin lah boleh cilok balik kejap ke rumah. Kursus pun mesti sampai 10.30 malam. Ha ingat waktu malam kami nie senang lenang ke masa kursus. Masih lagi memerah otak mencari idea untuk keperluan anak bangsa.
Mengisi Pelbagai Jenis Borang.
Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum.
Banyak kan borang itu ini nak kena isi. Walaupun sekarang nie dah zaman ICT, tapi borang manual ni kena isi juga. Dibuatnya sistem down ke, tak ke haru kalau manual tak ada. Susah sebenarnya nak buat PAPERLESS environment. Sistem manual masih juga digunakan sebagai langkah keselamatan.
Menghantar Murid ke Klinik
Ha ini tugas guru bertugas mingguan. Dibuatnya masa bertugas ada pulak murid yang sakit ker, pengsan ker, cikgu bertugas ni la yang jadi drebar bawa murid ke klinik.
Mengisi Maklumat Murid Di Dalam Fail Peribadi
Ini pun tugas guru kelas. Bayangkan dalam fail peribadi tu macam-macam nak kena ada. Guru kelas juga nak kena pastikan semua benda-benda tu ada dalam fail. Dah pulak sekarang nie ada sistem SMM untuk kemasukan data pelajar dalam sistem. Cikgu kelas juga yang kena masukkan. Dahlah macam-macam yang minta diisi dalam sistem tu. Satu lagi sikap parents yang Te-Yan memang tak faham bila mereka isi borang SMM tu dengan TIDAK LENGKAP. Takut sangat nak bagitau gaji berapa, kerja apa, maklumat itu ini dirahsiakan. Kalau dah lompong satu bahagian, memang sistem tu jadi error lah. Jenuhlah cikgu juga nak kena kejar murid-murid berkenaan nak minta maklumat yang lengkap.
Menceriakan Bilik Darjah
Selalunya duit poket sendiri. Huhuhu yang ini tak payah nak cakap lah. Memang guru kelas akan TERKELUAR duit sendiri punya dalam nak men decorate kelas masing-masing supaya lagi ceria, bersih dan cantik. Kalau nak mengharapkan murid, hmmmm sampai ke hujung tahun lah keadaan kelas tu tak ceria.Te-Yan dah rasa dah. Jenuh lah nak paksa murid ceriakan kelas. Pernah kelas yang Te-Yan pegang dapat kelas TERKOTOR. Masa tu memang menyirap darah sampai ke kepala. Dah pesan suruh buat itu ini. Dah tolong belikan pun bahan-bahan untuk keceriaan. Kalau kelas tu berkongsi dengan kelas lain, lagilah haru. Pantang tengok kelas ceria, adalah tangan yang GATAL nak cabut itu ini. Tertinggal aje satu barang bawah meja, esoknya kompom cari tak jumpa.
Mengisi Markah Ujian/ Peperiksaan
Holllaaaaaaa..yang ini satu lagi hal. Sekarang nie semua guna sistem. Dah satu Malaysia guna pakai sistem yang sama, apa lagi asyik SERVER DOWN ajelah. Memang "AMAT MENYERONOKKAN" buat kerja-kerja online nie kan.
Menangani Masalah Disiplin Murid / Pelajar
Kalau ikut pekeliling, semua guru adalah guru disiplin. Tapi yeke? Budak zaman sekarang mana boleh di SENTUH. Marah sikit pun dah balik mengadu kat parents. Ini memang lah Te-Yan tak paham dengan murid zaman sekarang. Kalau cikgu tu marah mesti bersebab. Bukan suka-suka nak marah. Marah sebab nak bagi korang semua ni jadi MANUSIA berguna. Te-Yan dalam kelas memang HAPPY GO LUCKY. Tapi kalau ada students yang buat masalah, memang lah menyirap darah kan...!!!
Melayani Karenah Ibu Bapa / Penjaga
Hmmm yang ni nak komen panjang-panjang pun kang jadi isu pula. Tapi kesian bila tengok PK HEM dan guru disiplin melayan kerenah parents. Ada yang tiba-tiba datang serang sekolah bagai nak rak. Bila difikirkan balik, macam tak tahu adab pun ye juga. Cubalah datang berbincang elok-elok. Kalau pihak sekolah dah panggil datang ke sekolah pasal kes anak, mesti ada sesuatu yang anak-anak tuan-puan dah buat. Murid sekarang memang pandai. Di rumah PIJAK SEMUT PUN TAK MATI. Tapi bila di sekolah mulah TUNJUK BELANG. So cemana parents nak percaya kan..
Mengadakan Kelas Tambahan, Kelas Intensif dan sebagainya
Ini juga satu pengorbanan seorang guru. Ada yang sampai buat kelas tambahan waktu malam. Cuba bayangkan, dah lah sampai sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Waktu balik belum tentu boleh ontime. Kekadang tu drag sampai jam 3.00 petang baru balik ke rumah. Kalau malam ada kelas tambahan, kena datang lagi sampai jam 10.00 malam. Haa berapa jam guru bekerja sebenarnya ?
Bekerja Lebih Masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
Selalu terjadi perkara macam nie. Kalau ada event besar, kompom cikgu akan buat kerja lebih masa. Tapi guru tak kisah pun walaupun ada sesetengahnya yang kisah. Walau apapun memang kami nie YANG MENURUT PERINTAH.
Menyediakan Kertas Peperiksaan / Ujian
Yang ini mengikut takwim sekolah. Dalam setahun lebih kurang 5 set soalan lah kena buat. Itu kalau satu kelas. Sapa yang banyak kelas..? Ha tolong kiralah ye. Pecah kepala nak pikir soalan apa nak buat.
Menanda Kertas Peperiksaan / Ujian.
1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
Bayangkan berapa banyak seorang guru nak kena tanda kertas..? Sampai bawak balik rumah. Belum tentu kat rumah boleh siap. Dengan nka tengok anak dan suami lagi. Kompom tak sempat tanda. Bawa lah balik paper tu ke sekolah semula.
Agak-agak bila dah baca entri ni, rasa BEST tak nak jadi GURU..? Semua orang kata kerja cikgu senang sebab CUTI banyak. Ha word cuti tu lah paling Te-Yan tak boleh terima. Ingat bila sekolah cuti cikgu pun cuti samalah ye. Time cuti sekolah tu lah banyak cikgu-cikgu yang buat kelas tambahan. Nak bagi lagi ilmu tambahan pada murid-murid. Tapi bila cikgu-cikgu buat kelas tambahan, boleh kira berapayang datang. Cuma Te-Yan agak terkilan juga lah bila orang pandang kerjaya seorang guru ini sebelah mata. Kadang-kadang sakit hati juga bila orang tanya kerja apa..dan kita menjawab sebagai seorang guru..balasan yang diterima cuma perkataan ini " Oooo CIKGU je.."...Hina sangat ke kerjaya seorang guru nie..
"TANPA SEORANG GURU, TIADA LAH SEMUA KERJA DALAM DUNIA NI.."
Walau apa pun orang nak kata tentang guru, Te-Yan tetap BANGGA menjadi seorang guru. Te-Yan akan rasa lagi bangga bila anak-anak didik Te-Yan berjaya dalam akademik mereka dan dapat melanjutkan pelajaran demi masa depan mereka. Itu satu HADIAH paling berharga pada Te-Yan bila mereka berjaya.
Pesanan khas buat anak didik Te-Yan:
"Tece doakan kamu semua berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Tece halalkan semua ilmu yang tece dah berikan. Tece tak kaya harta. Tapi apa ilmu yang tece ada, tece akan kongsikan bersama. Jadilah insan yang cemerlang dan terbilang dunia dan akhirat. Tece sayang kamu semua."
7 comments:
xjadi ar nk jd ckgu.. hahaha XD
hahahaha takut ko ye...
WATCHING ONLINE MOVIE WATCHING
HBO,ZEEL CHANNEL,SPOT CHANNEL,GOLF
CHENNAL.B4U CHANNEL ,TV3 .TV1 ,NATIONAL GEOGRAFI
HISTORY CHANNEL AND MORE
CHANNEL FREE JUST CLICK LINK CLICK TO WATCHING
LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE CLICK LINK TO LISTEN
tece yan..ingat sy x?shamsul...anak tece yan ict 2010...i miss u la..nak tece ajar balik mcm dulu..rindu la dgn kelas kite dulu..ICT 2010..i will remember that...hehehe..
Shamsul: heheeh apa plak le yg tak ingat nye...mesty lah tece windu ngan kelas korang tahun lepas...huhu mcm2 perangai..tapi bila result ICT kelas korang paling GEMPAK...Bersyukur tece tak terkata.....Rasanya penat usaha dua tahun carry kelas korang tu BERBALOI dengan result paling gempak tu......Sayang korang tau....
tu laa kak yan.. kija cgu ni xpenah abih, kan.. klu ble claim OT.. x larat KPM nk byr kan.. tp xpa, kita jd cgu coz kita epi sharing knowledge ngan bebudak tu kan..
Yup mira..sharing knowledge is most important..sbb tu la kyan jadi cikgu...huhhuhu.....
Post a Comment