Sunday, July 31, 2011

Syaaban Berlalu Pergi, Ramadhan Kini Dinanti

Assalamualaikum w.r.t


Hujan mencurah dengan lebatnya di pagi Ahad ini. Seolah-olah seakan menyambut Ramadhan yang bakal menjelma esok. Insya Allah jika tiada aralnya, maka seluruh umat Islam bakal menunaikan ibadah berpuasa mulai esok. Jadi malam ini bermulalah solat sunat tarawikh. Jadi kita cubalah untuk mempertingkatkan lagi ibadah kita kepada Allah sepanjang bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan ibadah puasa kita pada tahun ini akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.


Untuk entri kali ini, Te-Yan ingin berkongsi ilmu tentang kelebihan solat sunat Tarawikh. Insya Allah mudah-mudahan kita juga mendapat ganjaranNya.


Doa Hari Pertama Ramadhan
"Ya Allah ! Telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama sebulan ini. Dan Engkau telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah! Bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Wahai Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Kelebihan Solat Sunat Tarawikh

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawikh serta kedua ibu bapanya

Malam 3
Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosamu

Malam 4
Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam itu

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alalihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawikh sepertimana yang telah dikurniakan oleh Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W

Malam 10
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat

Malam 11
Keluar ia daripada duni (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam 13
Datang ia pada hari Kiamat dalam aman dan sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan

Malam 14
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Kiamat

Malam 15
Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, bersalawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam 16
Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam Syurga

Malam 17
Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi

Malam 18
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Taala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur

Malam 22
Datang ia pada hari Kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan

Malam 23
Allah Taala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur

Malam 24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur

Malam 26
Allah Taala kurniakan kepada orang bertarawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat

Malam 27
Allah kurniakan orang bertarawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 28
Allah kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat

Malam 29
Allah Taala mengurniakan kepadaya pahala 1000 kali haji yang mabrur

Malam 30
Allah Taala memberi penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimew sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga, dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama 'Al-Kauthar."

Subhanallah. Banyak sungguh keistimewaan solat Tarawikh ini. Mudah-mudahan kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama berpuasa di bulan keampunan ini, dan masih lagi diberi peluang untuk sama-sama menunaikan solat Tarawikh sepanjang bulan kemuliaan ini. 

Moral: Marhaban Ya Ramadhan 1432 H


Saturday, July 30, 2011

Hijau

Assalamualaikum w.r.t

* Green Rose.....mustahil ada dalam dunia......*

Sepanjang minggu nie, agak stress bagi diri Te-Yan. Banyak kerja yang terbengkalai apabila segala-galanya online. Matlamat utama mungkin ingin memudahkan kerja tetapi kadangkala menyusahkan juga. Bukan hendak mengeluh, tetapi itulah hakikatnya. Memang mudah sistem online, tetapi perlu dilihat impak di sebalik penggunaannya. Apabila satu negara menggunakan sistem yang sama, memang lah menjadi masalah bagi pengguna bila sistem down sepanjang masa. Rasanya dah seminggu Te-Yan mengadap perkara yang sama. Sehingga terpaksa menjadi BURUNG PUNGGUK berjaga malam. Esoknya mata umpama BERUANG PANDA bila tidur tidak cukup. Sehingga ke saat ini, masih tidak boleh akses. Aduhai dunia online. Bila fikirkan semula, alangkah bagusnya sistem manual. Tapi nanti dikatakan kita ketinggalan zaman. 

* Comey tak..? Name dye SNOWY-OWL *

* Ni lagi comey..temok sungguh dye...nama dye PANDA..hehhehe *

Rasa-rasa tenang tak melihat template terbaru blog Te-Yan ni? Disebabkan mata berpinar melihat sistem itu ini, jadi Te-Yan update template blog menjadi warna HIJAU. Ini memang warna kegemaran Te-Yan. Sejuk mata memandang. Boleh memberi ketenangan jiwa bila melihat warna hijau ini. Te-Yan ada mencari maklumat di gerbang dunia online ini maksud di sebalik warna hijau ini. Maka Te-Yan banyak terjumpa dengan perngertian warna hijau di sisi Islam. Semua memberikan tafsiran yang sama. Jadi Te-Yan pun kongsikan di sini sebagai info kepada pembaca semua. 


Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”

2. Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Al-Insan: Ayat 21

4. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. 
Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang  indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 
Dibimbangi bahawa orang yang benci warna HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t. kerana syurga-Nya berwarna hijau. WalLahu’alam.

Moral : Hijau itu Ketenangan

Malam Amal Sumbangsih Setulus Budi

Assalamualaikum w.r.t


* Sangat suke dengan gambar ini *



28 Julai 2011 Te-Yan telah menghadiri Jamuan Amal Sumbangsih Setulus Budi anjuran pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Jamuan ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi memperbesar bilik guru yang telah sedia ada memandangkan bilik guru tersebut tidak mampu lagi untuk menampung bilangan guru yang semakin bertambah di sekolah kami. Termasuk lah tempat Te-Yan..huhuhu dah tak tahu mana nak letak buku...penuh dah meja.....

Majlis bermula jam 8.00 malam. Tapi Te-Yan sampai dalam 8.15 malam sebab solat maghrib dulu di rumah. Sampai di dewan, semakin ramai jemputan yang datang. Pelbagai gaya, pelbagai ragam. Ada yang membawa keluarga dan ada yang berseorangan. Te-Yan datang seorang sahaja. Hubby jaga anak di rumah. Kopak juga kalau bawa satu family sebab satu seat RM50..Kalau 4 orang dah bape...tak RM200...wooooo.....

Majlis bermula agak lewat sekitar jam 8.45 malam. Bermula dengan bacaan surah Yassin dan doa selamat. Acara diteruskan dengan ucapan Pengetua dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Kemudian penyerahan cek oleh pihak PNB kepada sekolah. Alhamdulillah. 

Kemudian, bermula jamuan makan dan ada persembahan iringan. Yang paling menyerlah, bila tetiba Te-Yan rasa mata macam bersinar-sinar bila melihat di pentas. Waaduhhhhh bergemerlapan nya lah baju si penyanyi.

Walau apa pun, mari kita tangok, apa yang berlaku sepanjang majlis itu......

* Suasana dalam dewan*
* Hidangan malam tu..amat SUPERB !!!!..*

* Our table...*
* Wif Acu...cian dye..dapat kupon TAK BERTUAH...*

* Wif Mdm Rauziah..mata sudah nantok sebab kepenatan sukan petangnye..takpe berbaloi sebab rumah Kuning JUARA...*

* Cengginilah rupenye kalau kamera TAK CANGGIH..huhuhu *

* Ada style......:) *

* Nama dye Muhammad Azzam Ahmad Fadzil...umor tak masuk 19 thn lagi..anak bongsu...nak tahu lagi..tanye dye sendiri.....:) *

* Name dye Nik..ha ni lah tuan punye camera gempak tuh...*

* K-rul, Acu, Ucai, Mar, Ed,Te-Yan, Adik....hmmmm sorang jew  xde...Angah...:( *

* Waaaaahhhhh..BIRU MATA hitamku....itupun setelah diberitahu..kalo tak TARAK PERASAN pun....ngeee*

* Happiest face of my kids....gaya terbaek punye...Acu, Adik...sorang lagi mana? ..x cukup korum lagi....:( huh sorang lagi gi tengok bola..siap jadi PENGULAS TERBAEK laporkan result...ngeee *

* Disebabkan mata Ed yang cantik malam tu, ramai benar nak amik gambar ngan dye...*

* Ha..cube tengok..apa kelainan pada mereka..?*

Moral: Makan sambil beramal.....


Wednesday, July 27, 2011

8th Year Anniversary...

Assalamualaikum w.r.t

27 Julai....Today is my 8th Year Wedding Anniversary. Alhamdulillah sehingga ke saat ini kebahagiaan melimpahi kehidupan kami sekeluarga. Sesungguhnya alam perkahwinan ini menuntut kesabaran yang paling tinggi bagi mereka yang sudah berumahtangga. Perkahwinan adalah satu pengorbanan. Perkahwinan adalah kesetiaan. Perkahwinan adalah perbincangan. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Perkahwinan adalah kepercayaan. Perkahwinan adalah zuriat. 

Walau siapa pun jodoh kita, terimalah seadanya. Tidak dinafikan masing-masing punya impian pasangan tersendiri. Tetapi sekiranya Allah sudah suratkan jodoh kita bukan seperti yang dikehendaki, jadi kita terima dengan seadanya. Cuba perbaiki kelemahan diri dan cuba tonjol keistimewaan diri. Insya Allah perkahwinan itu pasti akan bahagia. 

Terima kasih kepada suami Te-Yan yang  tercinta dan anak-anak comel kesayangan kami berdua. Mudah-mudahan kehidupan kita sekeluarga sentiasa dilimpahi berkat oleh Allah Taala dan bahagia hingga ke akhir hayat. 

Moral: I love my family forever..May God Bless Us....

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Dihayati

Assalamualaikum w.r.t


Te-Yan amat tertarik dengan majalah Solusi : Isu 34 keluaran Julai. Tajuk yang amat menginsafkan Te-Yan. "Andainya Ini Ramadhan Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya". Terfikir di minda dan hati ini, bersyukur sekiranya Allah masih memberi peluang kepada Te-Yan untuk sama-sama menghayati Ramadhan pada tahun ini.  Namun jika sebaliknya, bagaimana pula nanti ? Jika kita masih diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bersama-sama di Ramadhan tahun ini, gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin untuk memenuhi Ramadhan dengan ibadah yang optimum. 


Wajib Puasa
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari."
(Riwayat al-Bukhari)

Niat Puasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya."
(Riwayat Abu Daud)

Bersahur
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan Dirantai
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Segerakan Berbuka
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memberi Makan Berbuka Orang yang Berpuasa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Solat Tarawikh
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui keadaan kalian, hanya sahaja aku khuatir kalau aku keluar untuk solat Tarawikh, maka solat tersebut akan diwajibkan kepada kalian sehingga kalian tidak mampu mengerjakannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan Sekadar Beroleh Lapar dan Dahaga
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar." 
(Riwayat Ibn Majah)

Tadarus
Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Iktikaf
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syafaat di Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak."
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)

Bulan Pengampunan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lailatulqadar
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuham mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang membawa berkat) itu hingga terbit fajar !" (Surah al-Qadr 97:1-5)

Nuzul al-Quran
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)"
(Surah al-Baqarah 2:185)

Pintu al-Rayyan
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di Syurga itu terdapat satu pintu yang diberi nama al-Rayyan. Dari pintu itu,orang yang berpuasa akan masuk pada hari kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk melalui pintu itu.Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari Raya Aidilfitri
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aildilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti orang kafir."
(Riwayat al-Tabarani)

Zakat Fitrah
Ibn Umar berkata: "Rasulullah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah (kepada umat Islam pada bulan Ramadhan)." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ramadhan :: Kehadiranmu Ku Nanti

Assalamualaikum w.r.t



Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat kulenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti
Tak ingin kubiarkan 
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Kutempuh jua


Moral: Masihkah aku diberi kesempatan menanti kehadiran Ramadhan tahun ini....?




Sunday, July 24, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Assalamualaikum w.r.t


Demi cintaku pergi
Tinggalkanmu relakanku
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau akan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadanya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati







Bila Anak-anakku Bercerita.....

Assalamualaikum w.r.t


Permata Hatiku, Izz dan Izzah. Gambar sewaktu Izzah masih kecil....


Pagi Ahad yang indah hari ini. Hari ini Te-Yan sekeluarga pergi membeli-belah di Tesco. Sebelum itu, hubby Te-Yan tinggalkan Te-Yan dan anak-anak di sebuah restoran mamak di Nilai. Te-Yan, Firdaus dan Izzah nak bersarapan dahulu sementara abah nya pergi selesaikan segala hutang piutang. Firdaus nak makan roti bom sementara adiknya Izzah nak makan mee goreng. Jadi Te-Yan buat pesanan roti bom dan mee goreng. Ditambah dengan teh ais tiga gelas. Bila makanan dah ada di atas meja, mesti baca doa makan dahulu. Kali ini adiknya Izzah yang baca doa makan. Alhamdulillah lancar bacaannya. Seronok bila melihat anak-anak makan dengan amat berselera. Bila sudah selesai, kami bertiga berbual-bual sambil menunggu abah mereka datang. Inilah perbualan yang yang berlaku antara kami. 

Izzah: Mama, adik makan sampai habis ni kan mama. Mesti Allah sayang adik sebab adik makan tak bazir-bazir.
Mama: Bagus adik. Macam tu lah. Allah mesti sayang adik sebab adik makan tak membazir.
Firdaus : Ala, Firdaus pun makan tak membazir juga. 
(Tak nak kalah juga abangnya)
Mama : Ye, Firdaus pun sama. Allah pun sayang Firdaus juga sebab tak membazir. 
(Tapi yang menghabiskan makanan mereka mestilah Te-Yan juga. Tapi kita kenalah pandai mengambil hati anak-anak supaya mereka gembira)


Izzah : Mama, kalau Allah sayang adik, nanti adik mesti masuk syurga kan mama?
Mama: Mestilah sayang. Kalau adik selalu buat perkara yang baik-baik, mesti adik masuk syurga. Dalam syurga ada apa?
Izzah: Syurga kan cantik. Ada sungai. Ada pokok cantik-cantik. Boleh duduk kat sana kan, mama. Tapi kat neraka ada api. Sapa suka buat perangai nanti masuk api neraka. 
(Ha, petah sungguh si adik berkata-kata)


Mama: Betul lah tu. Kalau selalu lawan cakap mama dan abah, selalu buat perangai nanti Allah marah. Nanti malaikat akan catat apa kesalahan kita buat kat bahu sebelah kiri tu. Kalau banyak buat salah, nanti Allah tak sayang kita.
(Masing-masing mengangguk. Faham agaknya)


Firdaus: Mama, Firdaus ada baca dalam satu buku pasal kena jaga ibu kalau sakit.
Mama: Buku tu cakap apa ?
Firdaus: Buku tu kata, kalau ibu kita sakit, anak-anak mesti jaga ibu dia. Contohlah kan, kalau mama sakit, Firdaus dengan Izzah kena jaga mama gilir-gilir. Kalau Firdaus nak pergi solat kat masjid, Izzah kena jaga mama pula. Lepas tu, kalau Izzah nak pergi solat kat masjid pula, Firdaus pula jaga mama. 
Mama: Bagus anak-anak mama nie. Lepas tu kena buat apa?
Firdaus: Lepas tu Firdaus kena mandikan mama, kena suapkan mama makan. Kena usap-usap rambut mama. 
Izzah : Adik pun sama nak jaga mama. Adik baca doa kat mama. Adik suap mama. Adik sayang mama.
Mama: Macam tu lah anak-anak mama. Kalau Firdaus dan Izzah sakit, siapa jaga?
Firdaus: Mama
Izzah : Mama jaga adik kat hospital.
Mama : Sebab tu anak-anak mama kena dengar cakap mama dan abah. Kalau mama marah, mesti ada sebab. Bukan suka-suka mama nak marah anak mama tau. Kalau kita dah buat salah kita mesti selalu minta maaf. Faham tak?
Firdaus : Faham mama
Izzah : Adik faham mama. Mama sayang adik ?
Mama : Mestilah mama sayang adik dan abang. Sebab tu jangan bagi mama marah tau. 


Bicara dari mulut mereka yang mungil itu benar-benar buat Te-Yan terharu. Te-Yan pun tidak sangka Firdaus membaca satu majalah yang Te-Yan beli itu yang menceritakan tentang apa yang anak-anak perlu buat sekiranya ibu sakit. Mudah-mudahan anak-anak Te-Yan menjadi anak yang soleh dan solehah. 


Moral : Sesungguhnya anak-anak itu anugerah Allah yang paling berharga. Didiklah mereka sebaik mungkin supaya mereka mendapat keteguhan iman. 

Saturday, July 23, 2011

Mari Berzikir Dengan Asma Ul-Husna

Assalamualaikum w.r.t



Setiap hari bila mendengar anakku Muhammad Izz Firdaus melagukan kalimah Asma'ul Husna dan berzikir dengan kalimah Asma'ul Husna selepas dia menunaikan solat fardhu, hati terasa sayu. Rasa bangga dan bersyukur dengan anak yang boleh menghafal Asma'ul Husna.

Sama-samalah kita menghayati fadilat zikir Asma'ul Husna. Mudah-mudahan dengan berzikir  hidup kita akan mendapat keberkatan dari Allah. Amin...

Bingkisan Hati

Assalamualaikum w.r.t

Tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberikan apa yang kita perlukan
Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka
Namun di atas sana
Dia mengaturnya terbaik untuk kita







Jika Sakit Pasti Ada Penawarnya

Assalamualaikum w.r.t


Migrain menyerang lagi. Rasanya minggu ini sudah 4 kali Te-Yan diserang migrain. Penyakit yang dah imune pada Te-Yan sejak dulu. Sampai satu tahap makan ubat pun dah tak mampu untuk melegakan sakit migrain ni. Akhirnya perlukan waktu tidur juga untuk kurangkan kesan sakit. Bukan tidak mencuba petua itu dan ini, tetapi hasilnya tetap sama. Bukan tidak cuba makan vitamin tambahan itu dan ini, tapi bila nak kena, kena juga. Jadi Te-Yan cuba kongsikan petua yang Te-Yan jumpa dalam Internet ini untuk perkongsian bersama. Cara ini adalah mengikut kaedah rawatan Islam. Mudah-mudahan boleh diamalkan. Insya Allah.

Ambil daun misai kucing dan dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Kemudian di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. 

Doa yang disarankan:

  • Baca Al-Fatihah
  • Baca Selwat Syifa : 

“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”

  • Baca “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun” : Mereka tidak pening dan tidak pula mabuk
Di samping itu, kita digalakkan menjaga pemakanan, perlukan suasana yang tenang dan tidur yang cukup.Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.
Moral: Tidak salah sekiranya mencuba sesuatu yang tidak akan memudaratkan diri sendiri.

Tahukah Kita.....

Assalamualaikum w.r.t


Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
Aku rumah yang gelap,maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (tahajjud)
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "Bismillahirrahmanirrahim" sebagai penawar
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah amalan bacaan "Lailahaillallah" supaya kamu dapat jawapan kepadaNya


Inilah yang selalu diseru oleh alam kubur kepada umat manusia setiap hari sebanyak lima kali.

Moral : Perbanyakkan amalan kita kepada Nya supaya kita tidak terlewat. 

Friday, July 22, 2011

Kadangkala

Assalamualaikum w.r.t


Kadangkala kita tidak pernah tahu bagaimana perasaan seseorang
Kadangkala kita tidak pernah tahu apa yang terlintas dalam fikiran seseorang
Kadangkala kita tidak pernah tahu apa anggapan seseorang kepada kita
Kadangkala kita tidak pernah tahu bagaimana emosi seseorang
Kadangkala kita tidak pernah tahu adakah cara kita disukai seseorang
Kadangkala kita tidak pernah tahu cara untuk mengenal seseorang
Kadangkala kita tidak pernah tahu untuk berterus terang
Kadangkala kita tidak pernah tahu untuk selami hati dan perasaan seseorang

Tetapi
Pernahkah ada orang yang cuba untuk memahami kita....?


Moral : Aku cuba untuk memahami....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...