Assalamualaikum w.r.t
SYAABAN:
Kemuliaan / Ketinggian / Kebajikan / Cahaya
Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkirafatkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)."
Dinamakan bulan Syaaban kerana padanya terdapat amalan kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa di bulan Syaaban.
*Syarofun*
Bulan yang dikurniakan pahala beribadat sehingga 700 kali ganda, bulan yang dikurniakan keampunan orang-orang yang beribadat dan memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah dan mudah diperkenankan doanya oleh Allah Taala.
*Uluwan*
Ketinggian darjat iman dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Syaaban yang mulia ini. Ketinggian darjatnya di akhirat di dalam Syurga kerana memuliakan Syaaban dengan amalan yang diamalkannya. Ketinggiannya di sisi Allah Taala.
*Birrun*
Amat beruntunglah hamba-hamba Allah yang bersungguh-sungguh berbakti dan beribadat kepadaNya akan mendapat kedudukan yang tinggi di dalam Syurga. Syaaban membuka pintu kebajikan seluas-luasnya kepada umat Muhammad.
*Ulfun*
Mendekati dan mendampingi diri dengan Allah, keimanannya merindui Allah, maka Allah juga mendekatinya dan kasihkannya.
*Nurun*
Cahaya keimanan dari Alah kepada hambaNya, dan cahaya ibadat hambaNya yang dikurniakan Allah.
Pada malam nisfu Syaaban, telah datang Jibrail kepada Rasulullah S.A.W, lalu katanya :
"Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik), kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka kepada ibu bapanya."
(Al-hadis)
Enam golongan yang TIDAK akan diampunkan dosa oleh Allah pada malam nisfu Syaaban :
- Orang yang kekal minum arak
- Orang yang derhaka kepada ibu bapanya
- Orang yang kekal dalam zina
- Orang yang banyak berkelahi
- Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
- Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi
(Al-hadis)
Amalan pada malam Nisfu Syaaban:
- Membaca surah Yassin setelah selesai solat Maghrib. Niat mphon dipanjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian membaca doa.Kemudian dibacakan surah Yassin dengan niat diluaskan rezeki yang halal oleh Allah. Kemudian berdoa.Kemudian dibacakan Yassin dan berniat agar dimatikan dalam keimanan.Kemudian berdoa.
- Beristighfar
- Mohon keampunan dari kedua ibu bapa
- Memohon keampunan dan bertaubat
- Membaca Al-Quran
- Membaca tasbih 100 kali
- Membaca selawat ke atas Nabi
- Membaca zikrullah
- Melakukan solat-solat sunat.
Berusahalah kita untuk merebut amal ibadat sebanyak mungkin.Bertaubatlah kepada Allah dengan segala kesungguhan untuk bekalan di akhirat.
(Adaptasi dari kitab Fadhilat Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan: Karya Budiman Radzi)
Moral: Pada malam nisfu Syaaban, digalakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, serta meminta diampunkan Allah segala dosa-dosa kedua ibu bapa dan keluarga kita.
No comments:
Post a Comment