Saturday, July 30, 2011

Hijau

Assalamualaikum w.r.t

* Green Rose.....mustahil ada dalam dunia......*

Sepanjang minggu nie, agak stress bagi diri Te-Yan. Banyak kerja yang terbengkalai apabila segala-galanya online. Matlamat utama mungkin ingin memudahkan kerja tetapi kadangkala menyusahkan juga. Bukan hendak mengeluh, tetapi itulah hakikatnya. Memang mudah sistem online, tetapi perlu dilihat impak di sebalik penggunaannya. Apabila satu negara menggunakan sistem yang sama, memang lah menjadi masalah bagi pengguna bila sistem down sepanjang masa. Rasanya dah seminggu Te-Yan mengadap perkara yang sama. Sehingga terpaksa menjadi BURUNG PUNGGUK berjaga malam. Esoknya mata umpama BERUANG PANDA bila tidur tidak cukup. Sehingga ke saat ini, masih tidak boleh akses. Aduhai dunia online. Bila fikirkan semula, alangkah bagusnya sistem manual. Tapi nanti dikatakan kita ketinggalan zaman. 

* Comey tak..? Name dye SNOWY-OWL *

* Ni lagi comey..temok sungguh dye...nama dye PANDA..hehhehe *

Rasa-rasa tenang tak melihat template terbaru blog Te-Yan ni? Disebabkan mata berpinar melihat sistem itu ini, jadi Te-Yan update template blog menjadi warna HIJAU. Ini memang warna kegemaran Te-Yan. Sejuk mata memandang. Boleh memberi ketenangan jiwa bila melihat warna hijau ini. Te-Yan ada mencari maklumat di gerbang dunia online ini maksud di sebalik warna hijau ini. Maka Te-Yan banyak terjumpa dengan perngertian warna hijau di sisi Islam. Semua memberikan tafsiran yang sama. Jadi Te-Yan pun kongsikan di sini sebagai info kepada pembaca semua. 


Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”

2. Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Al-Insan: Ayat 21

4. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. 
Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang  indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 
Dibimbangi bahawa orang yang benci warna HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t. kerana syurga-Nya berwarna hijau. WalLahu’alam.

Moral : Hijau itu Ketenangan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...