Kali ini Te-Yan ingin bercerita kaitan antara buku di atas dengan tajuk post kali ini. Buku ini Te-Yan beli pada bulan lepas. Isu yang dikupaskan amat menarik perhatian Te-Yan. Kupasan mengenai Rukun Iman yang kelima, Percaya kepada Hari Kiamat. Hari Kiamat itu pasti berlaku. Sebagai umat Islam kita mesti percaya tentang kewujudan hari kiamat.
Te-Yan tidak menyangka pula buku ini telah menarik perhatian anak sulung Te-Yan, Izz Firdaus. Sejak keluar dari kedai buku tersebut, tangannya tidak lepas dari memegang buku ini. Bayangkan buku setebal ini boleh menarik perhatian kanak-kanak berusia 7 tahun. Sangat hebat dekorasi muka hadapan buku ini. Jadi apabila sampai sahaja di rumah, terus anak Te-Yan membaca buku tersebut. Terkedu juga Te-Yan bila tiba-tiba Firdaus mengambil naskhah Al-Quran yang ada di sebelah televisyen. Ini perbualan yang berlaku antara Te-Yan dan Firdaus :
Te-Yan : Firdaus nak buat apa dengan Al-Quran tu.?
Firdaus : Firdaus nak cari ayat dalam Quran yang sama dengan buku tu..?
Te-Yan : Buku mana ? Armageddon ker? Ada tulis apa?
Firdaus : Kan depan buku tu ada tulis Surah ad-Dukhan ayat 10-11. Firdaus nak cari la dalam Quran ni,sama tak macam dalam buku tu. Mama boleh tolong cari tak ayat tu dalam Quran ni. Firdaus nak baca.
Terdiam Te-Yan dengan kata-kata yang terkeluar dalam mulut si kecil. Te-Yan pun tolonglah Firdaus mencari ayat Quran tersebut. Dah jumpa Te-Yan pun bacakan ayat tersebut. Kemudian, Firdaus terus membaca buku tersebut sehingga bab seterusnya.
Firdaus : Mama, malam nanti boleh tak buka komputer ?
Te-Yan : Firdaus nak tengok apa?
Firdaus : Mama buka lah citer Armagedon tu. Adakan dalam komputer mama?
Te-Yan : Okey, malam kang mama buka. Firdaus nak buat apa tengok cerita tu?
Firdaus : Firdaus nak kaji lah. Sama tak macam dalam buku tu.
Wah, sampai nak buat kajian si Firdaus tentang hari kiamat tu. Maka waktu malamnya, Te-Yan pun bukalah montaj tentang cerita Armageddon yang ada dalam laman YouTube. Tak berganjak dari kerusi dua beradik, Firdaus dan Izzah melihat montaj tersebut.
Esoknya semasa dalam kereta sebelum ke sekolah, terpacul dari mulut Firdaus
Firdaus: Mama, betul ke dalam buku tu cakap, Kiamat tidak akan berlaku selagi kita menyebut nama Allah ?
Terus Te-Yan pandang muka Firdaus, seakan tidak percaya ayat itu terpacul dari mulutnya.
Te-Yan : Mana Firdaus tahu? Dalam buku cakap apa?
Firdaus : Dalam buku tu la mama. Buku tu cakap macam tu. Tahun depan tahun 2012 kan mama? Kiamat tak berlaku kan tahun tu?
Te-Yan : Balik nanti mama jawab soalan Firdaus.
Bukan Te-Yan tak nak jawab pertanyaan si kecil, tetapi takut tersalah tafsir. Balik dari sekolah terus Te-Yan buka buku tersebut. Rupanya dah banyak dibaca oleh Firdaus. Te-Yan pun baru baca bab 1. Selak dan terus selak, rupanya ada bab yang tajuknya berbunyi " Kiamat tidak akan berlaku sekiranya umat islam masih menyebut nama Allah".
Duduk termenung seketika Te-Yan ketika itu memikirkan apakah jawapan yang sebaiknya nak diberikan kepada Firdaus.
Bila difikirkan kembali, hebatnya anugerah Allah berikan kepada kanak-kanak. Maka sebagai ibu bapa, perlu ada ilmu yang secukupnya untuk menjawab persoalan anak-anak yang kadang kala di luar jangkauan pemikiran orang dewasa.
Moral: Kata-kata yang terpacul dari mulut si kecil sesungguhnya tulus dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment