Sunday, July 10, 2011

Suatu Ketika Bergelar A.R.T.I.S

Assalamualaikum w.r.t


Anda pernah jadi ARTIS?
Rasanya dalam hidup kita ni semua orang pernah bergelar artis. Walaupun bukan gelaran sebenarnya, tapi hakikatnya kita sebagai manusia memang pandai berlakon. Tidak kiralah berlakon melakukan perkara yang baik atau sebaliknya. 

Kali ini Te-Yan ingin berkongsi pengalaman Te-Yan bergelar ARTIS suatu ketika dulu. Bukan sengaja mereka cerita tetapi itulah hakikat sebenarnya. Walaupun bukan bergelar artis popular, tetapi pengalaman sebagai seorang pelakon walaupun dalam masa tiga hari sahaja, sesungguhnya memberikan pengalaman yang cukup berharga dalam hidup Te-Yan. Teringat pula sewaktu zaman sekolah rendah dahulu apabila suara Te-Yan menjadi pengacara dalam rancangan Bintang Kecil di radio. Waaaaahhhh.....saat itu paling tidak disangka dan paling berharga. 

Bila sudah terlibat dengan penggambaran, barulah Te-Yan sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi pelakon. Tidak mustahil sekiranya ramai pelakon sekarang yang agak "demanding". Memang penat badan, minda dan tenaga.

Alkisahnya begini. Pernah dengar EduWebTv ? Rasanya kalau anda sebagai warga pendidik, sudah pasti anda tahu tentang perkataan itu. Sebuah rangkaian televisyen secara online yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat untuk kegunaan warga pendidik. Te-Yan terlibat dalam bahagian Classroom Teaching. Bermaksud menjalankan penggambaran dalam bilik darjah. 

Mulakan penggambaran di bulan puasa. Itulah hakikatnya. Walaupun tiga hari, tatapi penatnya amat terasa. Keluar 6.30 pagi. Pulangnya 12 tengah malam. Selama tiga hari berturut-turut itulah rutin harian kami. 

Penggambaran pertama bermula di sebuah sekolah di Kepong. Te-Yan bertolak ke sekolah tersebut dengan komuter. Sampai di destinasi Te-Yan dan rakan diambil oleh seorang lagi guru yang terlibat dengan penggambaran tersebut. Sampai di sana, perlu bersiap untuk sesi penggambaran. Yang paling tidak sanggup, perlu menghafal skrip. Susahnya nak mengingat skrip. Dalam Bahasa Inggeris pula tu. Sebab Te-Yan perlu berlakon mengajar dalam kelas menggunakan Bahasa Inggeris. Tapi nasib Te-Yan sangat baik sebab skrip dipaparkan dengan projektor di bahagian belakang makmal.Jadi, tidak perlu bersusah payah sangat untuk menghafal skrip. Cuma jeling-jeling sahaja. Penggambaran dilakukan di makmal komputer. 

Apabila penggambaran bermula, barulah tahu, semua kipas, aircond , pintu,tingkap perlu ditutup untuk mengelakkan gangguan bunyi dari luar. Bayangkan dengan lampu spotlight yang terang. Tiada pusingan kipas. Tiada sejuknya aircond. Muka berpeluh-peluh mengadap panasnya lampu spotlight. Rasa tidak bernafas. Entah berapa kali "Cuttttttt !!!!!!!"...dan entah berapa kali "Action...!!!!!!!!". Selesai penggambaran, terduduk Te-Yan di bawah meja sebab mata sudah berpinar. Kepala sudah terasa berat.Bayangkan shooting di bulan puasa. Peritnya tekak. Hanya Allah yang tahu. Tapi digagahkan juga sebab bukan senang dapat peluang begini. Kemudian, berehat seketika sebelum memulakan penggambaran seterusnya. Tapi yang seronoknya, pihak syarikat belanja untuk majlis buka puasa. Kami semua berbuka puasa di satu restoran dekat kawasan itu juga. Hari pertama Te-Yan sampai di rumah 12 tengah malam.  

Hari kedua rutin penggambaran seperti biasa. Masih di sekolah yang sama. Tapi kali ini, penggambaran yang lain pula. Kali ini penggambaran perbincangan di bilik mesyuarat. Jadi skrip kena hafal. Tak sanggup nak ingat skrip. Susah sungguh. Tapi akhirnya dapat juga dilakukan. Pulang ke rumah juga hampir sama dengan waktu di hari pertama. Kepenatan sudah mula terasa. Tapi harus diteruskan untuk penggambaran terakhir keesokan harinya. Malamnya Te-Yan tidur tak ingat dunia. Punyalah lena. 

Hari terakhir penggambaran dibuat di BTPN Shah Alam. Kali ini terlibat dengan penggambaran dalam kumpulan. Dua kumpulan dipecahkan. Satu di BTPN dan satu lagi di sebuah sekolah di Shah Alam. Masih dalam  bualan puasa tapi sudah dapat membiasakan diri. Sudah rasa semakin seronok bergelar pelakon. Pelbagai pengalaman ditempuh. Kali ini juga pulang ke rumah jam 12 tengah malam. 

Walaupun bayaran yang diterima tidak seberapa, tapi pada Te-Yan pengalaman itu yang paling berharga. Bukan senang dapat peluang untuk terlibat dalam penggambaran. Paling utama kerjasama dengan rakan sepasukan. Kalau tiada kerjasama, maka tidak jadilah kerja.

Mahu berkenalan dengan Aktor dan Aktres yang terlibat..? Jom.... tapi kami semua tidak sepopular mana.


Yang ini pula barisan aktres nya. Comel-comel belaka.

Te-Yan, Azimah, Queen, Mash, Shima, Syuk

Haa...yang ini barisan aktornya. Jangan tak tahu. Hensem-hensem belaka. 

Yus, MdZani, ZZ, Choo, Kapten

Inilah Puan Pengurus dan Tuan Pengurus kami. Penat mereka menguruskan kami semua. Terima kasih diucapkan. Nasiblah aktor dan aktres tidak banyak kerenahnya.


Pn Baitee, En Zubir

Kenangan bersama kalian tetap terpahat diingatan.

Moral : Apa yang penting KERJASAMA !!!!!

     

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...