Tuesday, July 19, 2011

Solat Dhuha ~ Pintu Rezeki Buatmu

Assalamualaikum w.r.t


Doa Solat Dhuha :

Bismillahirrahmanirrahim

" Ya Allah 
bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu
kebaikan itu kebaikanMu
keindahan itu keindahanMu
kekuatan itu kekuatanMu
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. 
Ya Allah
sekiranya rezekiku masih di atas langit maka turunkanlah
sekiranya ia masih berada di dalam bumi, keluarkanlah
sekiranya susah, permudahkanlah
sekiranya haram, sucikanlah
dan sekiranya jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuhaMu
keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu
Limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh "

Waktu mengerjakan solat dhuha adalah semasa matahari sedang naik setinggi satu ataupun dua galah hingga menjelang waktu zohor. Hukumnya adalah sunat. Jumlah rakaat adalah dari dua hingga 12 rakaat. Maksudnya, kita boleh mengerjakan solat dhuha dalam dua, empat, lapan atau 12 rakaat.

Rakaat Pertama:
Baca Al-Fatihah
Baca surah asy-Syams

Rakaat Kedua:
Baca Al-Fatihah
Baca surah ad-Dhuha

Selesai mengerjakan solat Dhuha, bacalah doa di atas dengan harapan dipermudahkan rezeki.

Semua rezeki yang kita peroleh adalah dari Allah. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa berusaha untuk mencari rezeki yang halal melalui kunci dan pintu yang tepat. Kunci rezeki adalah solat Dhuha dan pintunya adalah usaha kita yang sentiasa berterusan tanpa ada rasa jemu.

Moral : "Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambanya dan dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Ankabut, ayat 62)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...