" Oh no, I cant do it. I'm so nervous. I can talk here. Please help me..!!!"
Perkara seumpama ini pasti akan berlaku sekiranya kita pertama kali diberi peluang untuk memberikan pendapat atau membuat sesuatu pembentangan. Perasaan gemuruh itu pasti ada dalam diri kita. Sehingga kadang kala perasaan gemuruh itu sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi kita. Te-Yan juga pernah mengalami perasaan yang sama ketika pertama kali diberi peluang dalam satu aktiviti yang melibatkan pembentangan. Rasa gemuruh datang tiba-tiba sehingga rasa kebas di kepala. Apa yang ingin disampaikan hilang sekelip mata.
Te-Yan ada membaca majalah Nur keluaran April 2011 yang memberi sedikit sebanyak tips untuk kita membina keyakinan diri. Kita cuba tips ini, mudah-mudahan kita akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan percaya pada kebolehan diri sendiri.
*Bina imej yang meyakinkan*
Cuba untuk tampil dengan gaya dan perwatakan yang yakin. Cuba untuk membuat "homework" sebelum memberikan pandangan.
*Elakkan daripada berkata "TIDAK"*
Sentiasalah menerima sahaja apa tanggungjawab yang diberikan, sentiasa bersedia menyahut cabaran.
*Tidak segan bertanya*
Cuba bertanya dalam keadaan BIJAK. Dengan cara ini anda boleh meneruskan kerja anda dengan rasa terjamin tanpa membuat sebarang kesilapan.
*Elakkan daripada rakan-rakan yang negatif*
Rakan-rakan yang negatif berkencenderungan menjatuhkan anda.
*Maafkan kesilapan sendiri*
Sentiasa belajar untuk memaafkan diri sendiri. Ini adalah proses pembelajaran yang paling baik.
Bila kita ada keyakinan dalam diri, kta pasti boleh berjaya. Jika orang lain boleh lakukan, mengapa kita tidak?
Moral : Self confidence is most importance thing in our life
No comments:
Post a Comment