Friday, July 15, 2011

Mama....Firdaus Nak Pergi Mekah....

Assalamualaikum w.r.t

Si comel Izz Firdaus semasa dikelas KAFA


Terasa pula di hati Te-Yan untuk bercerita kisah Firdaus bila melihat kembali gambar-gambar dia sewaktu mula-mula melangkah kaki ke alam sekolah rendah. Tahun ini Firdaus sudah 7 tahun. Dari bulan Januari hingga kini, pelbagai keletah dan ragamnya. Tapi yang Te-Yan nampak dan perhatikan, bahasa percakapannya memang Bahasa Melayu sejati. Teratur mengikut buku. Mungkin disebabkan selalu menonton rancangan Disney Channel dan yang seangkatan dengannya. Kalau berbual bersama Firdaus, Te-Yan kena bersedia dengan jawapan kerana kadangkala persoalan yang keluar dari mulut mungil nya amat di luar jangkaan.

Memandangkan Tahun 1 kini menggunakan silibus KSSR, jadi murid Tahun 1 telah diberi pilihan untuk memilih bahasa asing. Dua bahasa yang ditawarkan iaitu, Bahasa Arab dan Bahasa Cina. Jadi bila pulang dari sekolah,Firdaus terus memberi borang pemilihan bahasa yang ingin diikuti di sekolah. Jadi berlaku lah perbualan ini :

Firdaus : Mama, nie cikgu bagi kertas suruh pilih nak belajar bahasa apa kat kelas. 
Te-Yan: Ooooo, boleh pilih Bahasa Cina atau Bahasa Arab ye..? Firdaus nak belajar bahasa apa?
Firdaus: Firdaus nak belajar Bahasa Arab.
Te-Yan : Firdaus amik lah Bahasa Cina. Bahasa Arab kan Firdaus dah belajar.
Firdaus: Tak nak. Firdaus nak Bahasa Arab jugak.
Te-Yan: Kenapa Firdaus nak belajar Bahasa Arab? Cuba Firdaus bagitahu mama.
Firdaus : Mama, Firdaus ni kan ke nak pergi Mekah. Nanti kalau Firdaus tak tahu cakap Arab, macam mana orang Arab tu nak faham apa Firdaus cakap. Nanti Firdaus pun tak paham orang Arab tu cakap. Firdaus kenalah belajar cakap Arab. 

Te-Yan terkedu dengar jawapan dari mulutnya. Dalam hati rasa bersyukur sebab ada terdetik di hati Firdaus nak pergi Mekah. Dulu Te-Yan pernah bawa Firdaus mengerjakan umrah pada tahun 2006. Waktu itu, umur Firdaus baru 1 tahun 5 bulan. Kalau difikirkan, mustahil anak sekecil itu akan mengingati segala yang berlaku sewaktu mengerjakan umrah. Tapi sehingga kini Firdaus masih ingat apa yang dia lakukan sewaktu di Mekah dulu. Pernah dia bertanya " Mama, bila kita nak pergi Mekah lagi.? Firdaus nak pergi lagi lah. Macam kita pergi dulu. Kan abah bagi Firdaus pegang kaabah. Jom lah kita pergi lagi." Itulah yang terpacul dari mulutnya kalau melihat Kaabah di TV. Insya Allah, kalau ada rezeki lagi kita akan pergi lagi.

Firdaus paling suka menonton rancangan Imam Muda. Mudah-mudahan impiannya ingin menjadi mufti dimakbulkan Allah. Insya Allah.

Moral: Nikmatnya menjadi seorang ibu jika anak-anak  menjadi penyejuk hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...