Assalamualaikum w.r.t
Bila melihat Acu, Angah, Mar Ismail berjaya menghasilkan satu kajian R&D, Te-Yan teringat pula kisah Te-Yan menang dua anugerah pada bulan Mei yang lalu. Semuanya gara-gara kajian tindakan yang pernah Te-Yan hasilkan.
Selama ini, Te-Yan hanya pernah dengar perkataan *Kajian Tindakan (KT)*, tetapi Te-Yan tidak pernah ambil tahu apa itu KT. Tapi pada tahun 2009, Te-Yan pernah menghadiri kursus KT peringkat negeri di Cameron Highlands. Suasana sejuk di kawasan tanah tinggi tu, memanglah tempat yang paling sesuai untuk kerah otak mencari idea tajuk KT. Barulah tahu, bukan mudah untuk hasilkan satu KT. Perlukan tempoh masa yang panjang untuk dapatkan keputusan dan hasil kajian yang tepat. Balik dari kursus KT, ada jugalah Te-Yan teruskan sedikit tajuk KT Te-Yan tu. Tapi disebabkan kesibukan, maka terbengkalai lah KT tersebut sehinggalah hujung tahun 2010.
Awal tahun 2011, Te-Yan tergerak hati untuk meneruskan kembali penggunaan sistem KT yang dah terbengkalai tu. Dapat pula kumpulan pelajar yang memang OBSES ICT. Jadi tidak mustahil itu satu BONUS. Tahun ini, semua penghantaran tugasan ICT adalah secara online. Jadi pelajar 4ICT Te-Yan sudah maklum dan mereka amat berminat dengan penggunaan sistem ini. V-ICT Class tajuk KT tu.
Hujung bulan Februari Mac , Te-Yan menghadiri satu mesyuarat di jabatan. Terkedu Te-Yan bila nama diumumkan sebagai calon Guru Inovasi ICT mewakili daerah Sepang. Dalam hati terdetik " Heh siapa lah yang memandai-mandai suggest nama neh..? ". Rupanya nama dicadang oleh pihak PKG dan PPD. Akan dipantau pada 3 Mac 2011. Ya Rabbi, mengucap Te-Yan. Lagi dua minggu. Apa Te-Yan nak buat. Bukan ada buat inovasi apa pun. Heh, geram juga pada mereka yang cadangkan nama tu. Bukannya nak tanya dulu. Tapi terpaksa Te-Yan teruskan juga. Dalam kepala berfikir, inovasi apa perlu dibuat.? Tiba-tiba, Te-Yan teringatkan pasal sistem yang Te-Yan gunakan dalam kelas. Fokus kepada penghantaran tugasan secara online. Bahan bukti pun ada. Apa lagi Te-Yan gunakan bukti itu sahaja. Maka bertungkus lumus Te-Yan menyiapkan dokumentasi, sebab yang akan memantau adalah panel dari daerah lain.
Tiba hari yang dijanjikan, maka muncul lah dua orang pemantau dari daerah lain. Teruk juga Te-Yan kena observe hari tu. Macam-macam di tanya. Rasa macam orang salah di soal siasat. Rasa hangin juga bila ditanya perkara yang diluar dari pemantauan. Selesai pemantauan, Te-Yan berdoa supaya tidak pergi ke peringkat seterusnya. Bukan apa, renyah buat KT nie. Semua bukti nak kena ada. Siapa sanggup nak buat. Hanya mereka yang rajin sahaja yang sanggup nak tempoh KT nie.
Sebulan selepas pemantauan pertama, tiba-tiba Te-Yan dapat panggilan dari pihak jabatan yang ingin uat pemantauan inovasi kali kedua. Dalam hati Te-Yan terdetik, "Biar benar..?". Sebab Te-Yan teringat kata-kata bos di jabatan, kalau dah kena pemantauan kali kedua, maksudnya sudah berada dalam senarai TOP 3. Ehhhh, biar betul. Jadi bila panel jabatan dah turun pantau, memang sahlah dalam senarai Top 3.
Dalam masa yang sama juga, Te-Yan telah dicalonkan oleh sekolah untuk kategori Guru Inovasi Sekolah Menengah peringkat daerah pula. Te-Yan tak mengharapkan kemenangan pun. Tapi pengalaman itu yang penting. Tapi tidak disangka pula bahawa Te-Yan menang anugerah tu dan menerima anugerah tersebut pada sambutan hari guru peringkat daerah. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah.
*Anugerah Guru Inovatif Menengah Peringkat Daerah* |
Dan yang paling tidak diduga apabila Te-Yan menang Anugerah Guru ICT Negeri. Macam tidak percaya. Syukur padaMu Ya Allah.Tapi itulah hakikatnya. Semuanya sebab KT itu jugalah. Tidak sangka bahawa penghasilan DOKUMENTASI yang baik akan membuahkan hasilnya. Terima kasih kepada En Sailan yang memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan satu dokumentasi KT yang terbaik. Dan inilah hasil yang diterima. Jadi 23 Mei 2011, Te-Yan telah menerima anugerah tersebut di Politeknik Sabak Bernam. Punyalah jauh tempatnya. Memang di ceruk rantau. Tak pernah Te-Yan memandu kereta seorang diri dari Sepang ke Sabak Bernam. Memang pertama kali dalam hidup. Tidur di Sungai Besar. Huihhhhh.....pengalaman menarik. Sempat juga dapat pertolongan dari rakan yang tinggal di sana untuk mendapatkan tempat penginapan yang baik.
*Anugerah Guru Dalam ICT Negeri Selangor* |
Te-Yan tidak pernah membangga diri dengan anugerah yang diterima. Cuma masih lagi tidak percaya. Mungkin tahun ini rezeki Te-Yan. Alhamdulillah. Sesungguhnya anugerah ini telah menjadi pembakar semangat dalam diri Te-Yan untuk terus mendidik anak bangsa dengan segala ilmu yang dimiliki seikhlas mungkin. Terima kasih kepada En Sailan dan En Arif yang mencalonkan nama Te-Yan untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Terima Kasih kepada pihak pentadbir yang mencalonkan nama Te-Yan bagi peringkat daerah. Terima kasih kepada kelas 4ICT di atas kerjasama yang diberikan. Jasa kalian Te-Yan akan kenang.
Moral: Sesuatu yang dibuat dengan ikhlas pasti ada ganjarannya.
No comments:
Post a Comment